t>

Breaking News

MIC Bela LTTE, Kenapa PAS & UMNO Diam Soal Firdaus Wong.

SOSMED | Bila agaknya PAS dan UMNO mahu menegur rakan sekutu mereka, MIC kerana membela LTTE, soal Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong di Facebooknya semalam.

Ustaz Firdaus Wong yang berada di Australia ketika ini menyatakan kekesalannya ke atas PAS dan UMNO yang hanya berani tegur PH tetapi tidak bersuara ke atas rakan sekutu mereka meskipun pendirian MIC agak senada dengan P. Ramasamy dalam isu LTTE.

"Kegagalan PAS & UMNO bersuara ke atas ‘rakan sekutu’ mereka ini tetapi mereka bersuara ke atas PH sahaja dalam isu LTTE membuktikan mereka 2x5 sahaja. 

Lebih berminat bermain politik dan memainkan sentimen berbanding bersuara ke atas sesuatu yang melibatkan keselamatan negara," katanya.

Berdasarkan semakan di sosial media, Nasruddin Tantawi nampaknya ada membuat teguran terbuka kepada pihak tertentu tanpa menyatakan nama pihak yang ditegurnya. 

Tidak dapat dipastikan samada teguran itu ditujukan kepada MIC atau tidak, kerana Nasruddin tidak menyebutkan secara terang-terangan pihak yang dikritiknya.


Berikut kenyataan penuh pendakwah itu;

Oleh : Firdaus Wong

Saya sedang menanti apakah respon PAS & UMNO berkaitan kesanggupan MIC membiayai kos guaman untuk suspek LTTE serta kenyataan Presiden MIC yang senada dengan Waythamoorthy.


Kegagalan PAS & UMNO bersuara ke atas ‘rakan sekutu’ mereka ini tetapi mereka bersuara ke atas PH sahaja dalam isu LTTE membuktikan mereka 2x5 sahaja. Lebih berminat bermain politik dan memainkan sentimen berbanding bersuara ke atas sesuatu yang melibatkan keselamatan negara.

DAP & MIC berlumba pertahankan suspek pengganas LTTE yang ditahan di bawah SOSMA. Ahli politik Melayu terus layu dibuai mimpi kuasa dan jawatan. 

Menang sorak ‘kampung’ tergadai. Maruah yang dilaungkan sekadar slogan dan retorik penyedap telinga para peminat umpama ngauman singa yang menakutkan tetapi tidak bertaring & berdaya membaham mangsanya. 

@ Melbourne, Victoria, Australia. - 20 Oktober 2019.