t>

Breaking News

Nama Siti Kassim Patut Disebut PuanKu Pembahagi Jika Anti Sangat Bahasa Arab Sindir RORA..

SEMASA | Tindakan mempersoalkan perkataan TAKWIM di website Kementerian Pendidikan nampaknya terus membuatkan Siti Kassim dikecam netizens.


Terbaru, pakar hadis yang juga dilihat agak rapat dengan Maszlee Malik menyindir peguam wanita itu kerana mempertikaikan penggunaan perkataan TAKWIM.

Menurut Ustaz Rozaimi Ramlee atau lebih mesra disebut sebagai RORA, nama Siti Kassim juga berasal dari Bahasa Arab, apakah ianya patut disebut sebagai PuanKu Pembahagi, dek kerana nak mempertikaikan sangat penggunaan Bahasa Arab.



"Saya terima printscreen ini. Setelah membacanya saya tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis. 


Beberapa soalan muncul di kepala saya:

1. Tidakkah Siti Kassim ini tahu bahawa perkataan jadual pun sebenarnya berasal dari bahasa Arab?

2. Bukankah bahasa Arab itu hanya bahasa? Abu Jahal petah berbahasa Arab walau bukan Islam.

3. Kalau nak pergi lebih jauh, nama Kassim itu sendiri berasal daripada bahasa Arab. Mahukah ia ditukarkan kepada Pembahagi supaya lebih Melayu?

4. Jika mahu slow talk lebih lagi, perkataan Siti itu pun dari bahasa Arab iaitu sayyidati yang disebut laju menjadi Siti. Sayyidati bermaksud tuan perempuanku. Senang cerita nak mudah faham ia sama seperti perkataan bossku atau Puanku.

Maka sedapkah nama Siti Kassim ditukarkan kepada Puanku Pembahagi atau Bossku Pembahagi supaya nampak lebih Melayu? Ataupun jika nak ikut trend sikit bolehkah tukar terus kepada:

Bosskurr Pembahagi?

Saya sekadar bertanya,"
tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook.


Sindiran RORA itu menjadi sangat tular dan dikongsikan lebih dari 3,600 kali di Facebook selepas enam jam disiarkan setakat ini.

Gara-gara itu juga Siti Kassim disindir sebagai PuanKu Pembahagi disana sini.

Siti Kassim bagaimanapun dilihat tidak respon terhadap sindir RORA itu setakat ini. Namun di Facebooknya, beliau berterusan mengecam Maszlee Malik.

Siti berkata Maszlee Malik tidak bertindak sebagaimana seorang menteri patut bertindak kerana masuk campur dalam urusan kepercayaan seseorang.

"Menteri Pendidikan kita tidak bertindak sebagaimana seorang menteri patut bertindak. Iaitu sepatutnya mendidik rakyat untuk menjadi seseorang yang berguna kepada negara. Mereka fikir mereka punya hak untuk terlibat dan masuk campur dalam urusan kepercayaan dan keagamaan ke satu arah (dipercayai merujuk kepada Islam). Sekarang anda lihat, ada banyak kan budak lelaki yang buat troll di sosial media tanpa memahami sentimen yang dibangkitkan oleh kami," katanya dalam satu kenyataan. 

Meskipun tidak menyebut nama, dipercayai kenyataan itu ditujukan kepada RORA.

Terdahulu, Siti Kassim yang pernah mencabar Ustaz Firdaus Wong untuk berdebat bertindak membatalkan program itu dengan mengatakan beliau tidak mengajak kepada debat sebaliknya hanya sembang santai.

Tindakan Siti itu dibaca sebagai uturn.

Tindakan Siti yang mempersoalkan perkataan TAKWIM dipercayai satu lagi siri serangan yang dilancarkan ke atas Maszlee.

Terdapat tanggapan umum yang kumpulan seperti Siti Kassim ini anti kepada Maszlee Malik dan Mujahid Rawa, dipercayai ada kaitan dengan imej Islam yang dibawakan oleh kedua-dua menteri itu. - 10 Oktober 2019.