t>

Breaking News

Sekolah Sabah, Sarawak Dan Pendalaman Dapat Peruntukan Khas Tak?

Oleh : Arif Atan 

Tahun 2019 tahun "peruntukan khas" kepada pendidikan Cina? Di mana KEUTAMAAN kepada PENDIDIKAN KEBANGSAAN?

Semalam di Perak, lima buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Sekolah Bantuan Modal) telah menerima peruntukan Tabung Khas 2019 sebanyak RM210,000 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Merangkap Ahli Parlimen Beruas, Dato' Ngeh Koo Ham turun ke SJKC Khuen Hean, Changkat Kruing untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Tabung Khas 2019.

Lagi dua bulan saja berakhir tahun 2019, mencurah pula duit kerajaan atas nama "Tabung Khas" kepada pendidikan Cina. 


Awal tahun ini pun kita semua sedia maklum Kementerian Kewangan salur secara terus peruntukan khas berjumlah RM12 juta kepada sekolah menengah persendirian Cina yang menghasilkan pemegang sijil UEC dengan kerajaan sekarang dipaksa untuk diiktiraf. Kolej Universiti New Era pun sama dapat peruntukan khas Kementerian Kewangan. Kalau tahun ini sudah dapat, tahun-tahun mendatang, bagaimana?


Mengapa pada tahun 2019 ini sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah menengah persendirian Cina dan kolej universiti Cina boleh dapat "peruntukan khas" daripada kerajaan? Apa takrifan "khas" itu? Adakah mengikut kaum atau mengikut keperluan?
Padahal, tiada peruntukan dalam Perlembagaan pun yang membenarkan penubuhan sekolah beridentitikan kaum apalagi membenarkan duit kerajaan disalurkan kepada institusi pendidikan yang bercanggah dengan kepentingan kebangsaan.

Adakah Sekolah Kebangsaan terutamanya di pedalaman Semenanjung juga di Sabah dan Sarawak turut mendapat peruntukan khas daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan?

Adakah peruntukan khas dari kedua-dua kementerian itu kepada Sekolah-Sekolah Kebangsaan di kawasan penempatan padat masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana di bandar yang kita boleh lihat dari luar pun tingkap cermin bilik darjah banyak hilang?