t>

Breaking News

Semakin Ramai Rider Tinggalkan FoodPanda, Netizens Buat Kempen Boikot.

SOSMED | Ini susulan dari kenyataan Pengarah Urusan FoodPanda Malaysia, Sayantan Das yang berkata mana-mana penghantar makanan FoodPanda yang enggan menerima sistem pembayaran baru bolehlah berhenti kerja.

Kenyataan itu disifatkan angkuh oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan netizens turut beranggapan bos FoodPanda itu sebagai sombong.

Mereka kemudiannya melancarkan kempen BoikotFoodPanda dengan hashtag #DeleteFoodPanda.


Kempen ini turut disertai aktivis Fahmi Reza yang terkenal dengan kempen menjatuhkan Najib dengan lakaran Badut Najib. 

Pereka Grafik itu turut membuat lakaran DeleteFoodPanda sebagai tanda menyokong kempen maya itu.


Di halaman Boikot FoodPanda pula, beberapa penghantar makanan FoodPanda dilaporkan telah berhenti kerja.

"Tuhan itu maha adil. Rezeki kami ada dimana-mana. Hari ni secara rasmi kami resign daripada keluarga FoodPanda," kata pentadbir halaman Boikot Food Panda.


"Isu gaji & komisen dah jadi nombor 2 pada kami, kami berhenti jadi rider sebab tak nak maruah bangsa melayu dipijak pijak!," kata pentadbir halaman itu lagi.





"Sekali lagi rider-rider foodpanda berkumpul. Katanya untuk kali terakhir.

Ini malam kita bakar bag FoodPanda!!!

Insyaallah ada rezeki lain untuk bangsa melayu! Boikot FoodPanda," memetik kenyataan di halaman Boikot FoodPanda.

Setakat ini halaman Boikot FoodPanda telah mempunyai 13,000 pengikut sejak dilancarkan semalam. - 8 Oktober 2019.