t>

Breaking News

Basikal Lajak : Netizens Puji Polis Siasat Dan Tahan Penjaga.

SEMASA | Semalam enam penjaga kepada kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.
 

 
“Tangkapan telah dilakukan ke atas (6) orang penjaga kepada kanak-kanak tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. Kesemua tangkapan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Menurutnya lagi, jika didapati bersalah membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan dibawah Akta Kanak-Kanak 2001, kesemua mereka berdepan tindakan didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala enam kanak kanak yang ditahan sebelum ini turut dikenakan saman dan basikal lajak milik mereka dirampas di bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebagai rekod, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penjaga kepada kanak kanak yang berbasikal lajak. 


Netizens Puji Polis

Dalam perkembangan berkaitan, netizens menyatakan sokongan padu ke atas PDRM yang menahan dan menyiasat penjaga kepada anak-anak yang bermain basikal lajak secara berbahaya di jalanraya.

"Alhamdulillah.. biar mak bapa menangis bayar saman anak sekarang dari menangis sambut mayat anak je nanti,"
- Siti Aisyah.

"Diharap ianya dapat membantu menyelamatkan nyawa anak-anak melayu ... semoga Allah mempermudahkan," - Asmawi Smc.

"Bagus satu tindakan baik oleh polis..... Sepatut nya emak bapak harus bertnggungjawab," - Roslan Abdul Hamid.

"Yang ni aku suka. Biar kita sedar tanggungjawab kita sebagai penjaga kepada anak-anak. Terbaik," - Akek Lanun.

"Ha elok sangat.. Sendiri suruh ajaq anak tak leh biaq polis ajaq lak sekali penjaga depa.. kena keluar duit dengan dok penjara baru depa nanti jaga kot..baguih-baguih," - Yatie Rahim.

"Patut dari dulu lagi kena ambil tindakan undang-undang begini dan sayang anak-anak tu," - Suhaibah Jaafar.

"Terbaik pihak berkuasa.. kerana kelalaian ibu bapa lah menjadikan anak mereka bebas begini.. ingat lagi pesan DYMM sultan johor, 'biar anak kita (ibubapa) menangis, jangan sampai kita (ibubapa) yang menangis',"- Zuwairi Razali.

"Mak bapak ni tak fikir kalau jadi apa² ramai yang terlibat. Paling malang driver. Takde driver sesuka hati nak langgar orang melainkan yang mabuk tu. Driver ni lagi berisiko bila cuba nak elak dia dengan kereta sekali jahanam. Bila langgar pula kena saman dan bila melibatkan nyawa denda+saman+penjara yang mak bapak pula berpakat dalam whatsapp tak puas hati,"- Azlin Aireen.


"Ni jenis mak bapak isap gam jugak. Nanti anak dah mati kena gelek diaorang akan gi kutip mayat dan akan saman pemandu yang gelek anak diaorang," - Antar Akil.


"Nak sangat manjakan anak dengan basikal lajak diorang tu, cubalah larang anak-anak daripada buat aktiviti yang tak berfaedah tu. Kalau ada apa-apa yang terjadi, kome juga lah yang susah nanti 😂," - Fid Dy.


Isu basikal lajak mula menjadi perhatian masyarakat apabila aktiviti berbahaya itu mengorbankan 8 nyawa dalam satu nahas kemalangan tragis yang membabitkan anak-anak bawah umur di Johor pada tahun 2017.

Kesemua mangsa yang mati dilaporkan berada di luar rumah pada jam 3 pagi diwaktu sepatutnya semua kanak-kanak ini tidur dan berada dalam pengawasan keluarga.

Sejak itu masyarakat mulai mengambil peduli mengenai aktiviti basikal lajak dan mendesak pihak berkuasa untuk turut menghukum penjaga yang membiarkan anak-anak jagaan mereka terlibat dalam aktiviti berbahaya itu. - 12 November 2019.