t>

Breaking News

NGO Pencinta Haiwan Dikritik Kerana Mengacau Tugas PBT Membanteras Anjing Liar.

VIRAL | Dua insiden kanak-kanak sekolah digigit anjing liar mendapat perhatian netizens.



Insiden pertama membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 7 tahun dan bersekolah di
Sekolah Kebangsaan (SK) Lipasu. Manakala insiden kedua berlaku di Sekolah Agama Rakyat Haji Awaluddin yang membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun.

Dalam kedua-dua insiden berbeza itu, terdapat satu persamaan yang cukup ketara, iaitu sikap NGO dan NGI pencinta haiwan.  

Berdasarkan komen-komen netizens yang dilihat agak mencintai haiwan, mereka menyalahkan kanak-kanak itu kerana itulah menjadi mangsa gigitan anjing liar.

Menurut segilintir dari mereka, kanak-kanak itu bersalah kerana menggangu anjing liar dan mengacah-acah anjing tersebut kerana itulah menjadi mangsa serangan.

Kenyataan media oleh Persatuan Haiwan Malaysia menimbulkan lagi polemik itu di sosial media apabila beranggapan serangan anjing liar adalah kerana diprovokasi.

"Orang awam dan kanak-kanak juga perlu lebih rasional terhadap anjing dan tidak memprovokasi anjing. Perbuatan provokasi anjing melahirkan tingkah laku anjing yang defensive dan memusuhi individu yang tidak dikenali kerana beranggapan manusia memusuhi mereka. Akhirnya menjadikan individu tidak bersalah menjadi mangsa kerana anjing bukan haiwan yang pandai pilih mangsa atau melakukan siasatan, tangkapan atau memburu manusia pelaku provokasi terhadapnya," tulisnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Hal ini seterusnya menjadi isu sensasi dan netizens kemudiannya mengkritik sikap dan pendirian NGO dan NGI pro haiwan kerana lebih mementingkan nyawa haiwan berbanding nyawa manusia.

Antara yang mengkritik tindakan NGO itu adalah seorang facebooker yang dikenali sebagai Muhsin Zaidi.

Muhsin Zaidi |
NGO haiwan ni nak apa sebenarnya? Tolong jangan ganggu dan halang PBT buat kerja dia. Tolong letak tepi dulu sekejap rasa sayang pada anjing tu.

Kes anjing liar ni kita kena pandang dan pikir dengan neutral. Kena bersikap objektif. Emosi letak tepi. Sayang anjing ke, benci anjing ke, letak tepi.

Awal-awal sekali kita kena jelas, anjing liar ni takda orang yang benci. Kita terima dia pun sejenis makhluk. Kita berkongsi planet yang sama. Bahkan anjing ni memang satu haiwan yang sangat rapat dengan manusia. Manusia setiap hari bersosial dan berhubung dengan anjing. Part tu kita kena jelas. Tak ada orang benci anjing. Tak ada masalah di sini. Kita anggap anjing ni sama macam haiwan yang lain, macam kucing, ayam, lembu, kambing. Haiwan yang ada hubungan dengan manusia.

Masalah dia sekarang ni adalah apabila anjing ni dah start pandai-pandai nak pegi gigit orang tak tentu pasal. Jumpa orang kejar, orang melintas gigit.

Bahaya tak?

Bahaya lah!

Tambah-tambah kalau dia budak. Bleeding tak berenti, kejap je boleh mati. Bukan tak ada kes anjing gigit budak sampai terkoyak sana sini.

Benda ni ancaman dalam komuniti. Bukan hal kecik. Budak-budak takut nak keluar main, takut nak pegi sekolah, takut itu takut ini. Kau ingat seronok ke biar anak kau hidup dalam keadaan macam tu? Trauma kot.

Jadi, anjing liar yang asalnya tak jadi masalah, kini jadi masalah. Tapi kita setuju, tak semua anjing, cuma segelintir.

Isunya, macam mana nak kawal yang segelintir tu? Part ni sebenarnya yang buat kita bergaduh. Masing-masing bercanggah pendapat.

PBT dah tolong buat part dia. Kita orang awam ni patut berterima kasih la pada PBT. Dia punya SOP, dia punya perlaksanaan, tu terpulang la pada dia. Kalau kita ada idea lain yang lebih bagus, ada team yang boleh selesaikan masalah anjing ni dengan lebih berkesan, kau pegi bincang dengan PBT. Mesti dorang suka kalau ada orang tolong dia.

Ni tak. Contoh ada satu NGO yang ngaku cintakan haiwan ni. Masalah NGO ni tak buat apa benda sangat pun. Dia pandai kritik dan tegur PBT je. Lepas tu nak lepaskan tanggungjawab, dia cakap "kami tak ada peruntukan, kami tak dapat buat apa-apa."

Paling-paling hebat pun keluar malam cari anjing lapar, letak kibbles sikit, usap-usap kepala anjing, amik gambar upload dengan hashtag #animallover.

Cuba kau pegi usap kepala anjing liar yang suka gigit orang tu, tengok kau punya hashtag jadi apa.

Jadi, kalau kita tahu kita tak boleh buat apa-apa, baik kita diam je. Bila anjing liar buat hal, kau buat rilek je. Bila PBT bertindak, mula la nak ambik part komen dan kritik kerja PBT, itu tak betul, ini tak betul. NGO bangang apa kalau tindakan takda tapi ambik part kritik je. NGO ni tugas dia bantu kerajaan setelkan masalah yang kerajaan tak mampu nak buat samada kekurangan anggota atau duit.

Kalau aku jadi orang dalam PBT yang nak kena pikir macam mana cara nak kawal anjing liar ni, aku pun pening kepala. Katakan satu taman tu ada 20 ekor anjing liar, orang call complaint kata ada anjing suka kejar orang. Kena pulak maklumat pengadu tak tepat, jenuh team aku nak pegi cari anjing tu. Main agak-agak, silap tangkap. Esok dapat compaint lagi, anjing jahat tu tak tangkap lagi. Tertangkap anjing baik. Pening kepala siak! Nak soal siasat anjing pun dia mana reti cakap apa. Jenuh nak kena cari dog whisperer. Tu baru satu taman, belum 20 taman. Ingat PBT takda keja lain nak buat?

Kesian memang la kesian, dah tu nak buat macam mana? Nak tangkap semua, karang nak kena bagi makan. Tak bagi makan, NGO mengamuk pulak kata zalim. Kalau langsung tak tangkap, kang ada budak kena gigit lagi. Yang kena gigit ni anak orang, bukan anak patung. Takkan nak kata anak orang boleh digigit asalkan PBT tak zalimi anjing?

Jadi apa benda yang PBT buat, sila terima. Tak payah nak kritik. Kau NGO ke parti ke koperasi ke, kalau nak cakap banyak, kau sendiri pegi buat. Kang esok kalau ada budak kena gigit lagi, kau kena bertanggungjawab. Simple. - 20 November 2019.