t>

Breaking News

Vape Haram Tetap Haram Tetapi Hukum Berbeza Atas Individu.. - PU Hafiz.

SEMASA | Pencetus Ummah, PU Hafiz menegaskan amalan vape tetap dianggap sebagai haram disebabkan mudarat-mudarat yang terdapat di dalamnya.




PU Hafiz juga menjelaskan antara perkara yang negatif terbentuk akibat vape ialah terdapat wanita-wanita bertudung yang menghisap vape sebagai trend dan gaya hidup dan hal ini amatlah dibimbangi masyarakat.

"Vape dihukumkan sebagai haram atas faktor yang sama seperti rokok iaitu kerana mendatangkan perkara buruk, setakat ini, 430 orang mati kerana rokok, meskipun belum ada kajian menjelaskan vape akan mendatangkan impak bahaya seperti kanser dan sebagainya, namun diputuskan haram kerana ada benda tak baik, yang buruk mungkin berlaku," jelasnya.

PU Hafiz juga berkata kerajaan perlu mengambil satu ketetapan mengenai vape memandangkan isu tersebut dah bergantung selama tiga, empat tahun sehingga memeningkan semua pihak.

"Pejuang-pejuang vape ada maklumkan, di Jepun, vape zero nikotin, tetapi di negara-negara jiran ada mengharamkan seperti di Singapura dan Brunei, tetapi di Indonesia mereka mempunyai satu garis panduan yang cukup baik. Bagi saya kepada kerajaan, anda perlu membuat keputusan. Dan tiga, empat tahun. Semua orang pening kepala. Kasihan semua orang. Kita perlu buat satu keputusan. Perlu ada satu garisan panduan. Saya pernah ke Jepun. Dia (perokok) cukup menghormati orang ramai. Semua orang merokok di kawasan tertentu, di bangunan tertentu, semua orang happy dengan suasana seperti itu. Jika ada dilaksanakan di negara kita, alhamdullilah," katanya.

PU Hafiz juga menjelaskan, para ulama perlu meletakkan VAPE sebagai haram kerana ini hukum untuk seluruh, semua orang tetapi hukum atas individu boleh dilihat secara berbeza.

"Saya punya ramai kawan CEO-CEO yang kaya-kaya, dia daripada rokok dulu yang gila 3,4 kotak (sehari), dia tukar kepada vape, berjaya, memang. Bagi saya, bagus. Memang kena lakukan. Kalau itu caranya boleh ubah.

Saya tidak anti kepada orang vape. Kawan-kawan saya vape. Mereka hormat saya, saya hormat mereka. Tetapi kita kena hati dengan anak-anak, dengan bayi, dengan persekitaran, kena hormat mereka. Usaha la sampai satu tahap hingga meninggalkannya. Insya-Allah.

Haram tetap haram. Tetapi atas individu-individu yang dalam proses perubahan, kita tak boleh nak cakap haram juga bagi dia, mudah-mudahan dalam proses yang nak berubah, dia tidak terjerumus kepada haram tersebut," jelasnya. - 8 November 2019.