t>

Breaking News

Kontrak Ahmad Idham Di FINAS Dipendekkan.

SEMASA | FINAS Malaysia mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham telah memohon untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya sehingga MAC 2020.

Kenyataan media yang dikeluarkan pada 9 Disember 2019 itu disiarkan menerusi halaman rasmi agensi berkenaan semalam.


"Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menerima dan meluluskan permohonan daripada Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBRs Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau kepada 10 Mac 2020 di atas sebab-sebab peribadi.

Justeru, FINAS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ahmad Idham di atas segala sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di masa hadapan," petik kenyataan itu.

Tidak dapat dipastikan kenapa FINAS bertindak membuat pengumumannya pada Isnin sedangkan tarikh berhenti masih berbaki 3 bulan.

Dan tidak dapat dipastikan kenapa Ahmad Idham sendiri yang memohon untuk memendekkan tempoh perkhidmatan.

Sesetengah netizens beranggapan ini mungkin ada kaitan dengan kritikan yang diterima oleh selebriti itu baru-baru ini. Sesetengahnya pula berpendapat ia mungkin ada kaitan dengan kritikan terbukanya ke atas kerajaan hari ini. - 10 Disember 2019.