t>

Breaking News

#WabakWuhan : Ringkasan Kisah 3 Pesakit Terawal #Koronavirus Di Malaysia.

SEMASA | Isu #koronavirus semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia. Malangnya terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja menyebarkan fitnah dan elemen ketakutan bagi mencetuskan panic mode.

Apa sebenarnya yang berlaku?

1. Pada 20 Januari 2020, 10 orang dari satu kumpulan yang sama telah menaiki kapal terbang dari Guangzhou, China dan turut di Singapura.


2. Pelancong China yang berusia 66 tahun telah menunjukkan beberapa simptom awal pada keesokan harinya (22 Januari 2020), iaitu;

- Deman
- Batuk
- Selsema

3. Pesakit kemudiannya dimasukkan ke hospital Singapura dan disahkan mempunyai jangkitan 2019-nCov.

4. Anak kepada pesakit tadinya, berusia 36 tahun turut menunjukkan simptom yang serupa.

5. Ujian dilakukan dan didapati mempunyai jangkitan serupa, lalu dimasukkan ke hospital.

6. 8 orang dari kumpulan terbabit terus ke Johor Bharu dan meninggalkan 2 pesakit yang sakit tadinya tu di Singapura untuk menerima rawatan susulan.

7. Pihak Singapura kemudiannya menghubungi Malaysia untuk memaklumkan dua kes jangkitan 2019-nCov di Singapura.

8. KKM kemudiannya menjalankan operasi mengesan 8 anggota terbabit.

9. Sebagai rekod, kelapan-lapan yang tiba di Johor Bharu itu TIDAK MENUNJUKKAN SEBARANG SIMPTOM telah terjangkit virus yang sama.

10. Pihak KKM kemudiannya membawa kelapan-lapan individu itu ke Sungai Buloh untuk saringan kesihatan.

11. Keputusan ujian mengesahkan;

- 3 dari 8 individu dijangkiti virus 2019-nCov.

- Isteri kepada lelaki yang berusia 66 tahun, pesakit pertama yang disahkan dijangkiti di Singapura.

- Dua cucunya yang juga merupakan anak kepada pesakit kedua, berusia 36 tahun yang dirawat di Singapura.

Kanak-kanak tersebut berusia 11 tahun dan 2 tahun. 

Kesemua pesakit sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

12. 5 lagi yang tidak dijangkiti bebas sepenuhnya dari virus tersebut namun telah dihantar pulang ke China.

13. Identiti kelima-lima mereka ialah;

- isteri kepada pesakit kedua, ibu kepada kedua-dua anak yang dijangkiti.

- sekeluarga yang terdiri dari bapa, ibu dan dua anak-anak mereka.

Demikianlah kronologi bagaimana wabak wuhan memasuki Malaysia.