Peniaga Tamak Sorok 223,000 Topeng Muka Diserbu KPDNHEP.
SOSMED |Facebook Face Mask Wholesale (Malaysia Only) didapati hilang dari radar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu dan merampas 223,000 unit topeng muka tiga lapisan berjumlah RM446,000 yang disorokkan bagi membolehkan ia dijual dengan harga lebih tinggi kepada pengguna.
Dikhabarkan, ia disorokkan di sebuah premis yang beralamat di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Difahamkan, hasil siasatan KPDNHEP mendapati topeng muka dijual kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM3.50 seunit, sedangkan harga yang ditetapkan kerajaan adalah RM2.00 seunit.
“Operasi ini dijalankan hasil daripada maklumat yang diterima daripada orang awam berkaitan penjualan topeng muka yang melebihi harga maksimum kawalan di Facebook Face Mask Wholesale (Malaysia Only) dan Pseud John Elton.
“Suspek menggunakan laman sosial Facebook untuk mengiklan penjualan topeng muka.
“Kaedah penjualan adalah melalui pesanan aplikasi whatsapp dan barang dihantar melalui pos atau melalui kaedah cash on delivery (COD) di kawasan Kota Damansara Petaling Jaya,” memetik kenyataan KPDNHEP.
Menurut KPDNHEP lagi, suspek didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00.
Bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM1 juta atau jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. - 26 Mac 2020.