t>

Breaking News

PH Cadang Kerajaan Beri Tunai RM2,000 Kepada B40 Untuk Bulan Mac & April.

Kenyataan Media | Pakatan Harapan (PH) mencadangkan supaya kerajaan memberikan bantuan tunai kepada penerima Bantuan Sara Hidup (B40) sebanyak RM1,000 sebulan bagi Mac dan April.

Majlis Setiausaha PH berkata, bantuan itu sebagai langkah tambahan dalam meringankan beban mereka susulan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Ini akan menjadi relevan untuk mengekalkan mereka yang berada di sektor tidak formal atau tiada pendapatan tetap yang merupakan segmen besar tenaga kerja negara.

“Malah, mereka yang mempunyai pendapatan tetap di sektor formal turut terkesan, tetapi keadaan lebih buruk bagi mereka yang berada di sektor tidak formal.

“Nasib mereka harus segera ditangani untuk mengelakkan masalah kelaparan di kalangan orang ramai serta kegelisahan sosial,”
menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan wakil pemimpin kanan PKR, Amanah dan DAP, iaitu Saifuddin Nasution, Hatta Ramli dan Liew Chin Tong. - 25 Mac 2020.