Covid19, Kerajaan Tanggung T20 Menginap Di Hotel Mewah? Ini Jawapan Menteri Pertahanan.
COVID19 | Terdapat dakwaan kononnya kerajaan telah melakukan diskriminasi terhadap golongan gelandangan, B40, M40 dan T20 apabila membeza-bezakan pusat kuaratin yang diberikan kepada mereka.
Hal ini timbul gara-gara seorang netizen yang dikenali sebagai @AisyRumaisha mendakwa telah ditempatkan di pusat kuaratin di Hilton Hotel, PJ.
Dan wanita itu juga mengatakan kesemua kos penginapannya ditanggung oleh kerajaan.
Pengakuannya sekaligus membuatkan ramai orang marah. Malahan ada yang mempertikaikan kenyataan wanita itu yang pernah mengkritik pusat kuaratin di AKEPT, Nilai.
Berdasarkan semakan, hotel itu sememangnya telah diberikan kebenaran untuk menjadi pusat kuaratin bagi mereka yang pulang dari luar negara.
Baca sini.
Bagaimanapun semasa bercakap di PC harian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menafikan wujudnya layanan diskriminasi yang membezakan orang miskin dan orang kaya.
Menurut Menteri Pertahanan;
1. Sebanyak 45 hotel bertaraf 3 bintang ke atas telah diberikan kelulusan untuk menjadi pusat kuaratin.
2. Kerajaan membenarkan penggunaan hotel 5 bintang kerana atas permintaan diplomat yang mahu dikuaratinkan di hotel dengan kos yang ditanggung oleh pusat kedutaan masing-masing.
3. Kerana itu, hotel 5 bintang turut tersenarai.
4. Kerajaan tidak membiayai dan menanggung kos mereka yang mahu dikuaratinkan di hotel 5 bintang.
5. Kos yang dibiayai kerajaan hanya terhad kepada RM150 maksima sehari dengan makan sebanyak 3 hari sekali.
6. Selain dari kos itu, kos dobi, room service, makanan tambahan dan sebagainya adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
7. Kerajaan juga berterima kasih kepada pihak hotel yang sudi menawarkan kos RM150 sehari bersekali dengan 3 kali makan kerana ia adalah berpatutan.
Sebagai rekod, semua yang pulang dari luar negara tertakluk kepada arahan wajib kuaratin 14 hari. Dan kesemua yang dikuaratinkan itu akan dikawal oleh pihak berkuasa agar tidak melanggar perintah kuaratin.
Dalam warta yang dikeluarkan NADMA bertarikh 6 April;
- Setiap yang dikuaratin akan menerima makanan berbungkus 3 kali sehari.
- Akan dipantau selama 24 jam.
- Tidak dibenarkan tinggalkan bilik.
- Pusat kuaratin adalah kawasan larangan merokok.
- Tidak dibenarkan berkumpul.
- Sekalipun keputusan ujian adalah negatif, setiap yang tertakluk kepada arahan kuaratin perlu dikuaratinkan selama 14 hari.
- Perkhidmatan internet tersedia tertakluk kepada kemudahan di fasiliti masing-masing.
- Tidak boleh memilih hotel sendiri.
- Jika tidak mahu tinggal di pusat kuaratin yang ditentukan kerajaan, individu berkenaan boleh memilih dari senarai hotel yang diberikan kelulusan dan semua kos tambahan adalah atas individu itu sendiri.
- Kegagalan mematuhi arahan akan didakwa dibawah akta 342 dan berisiko dipenjarakan sehingga 2 tahun.
Selepas Menteri Pertahanan menafikan kerajaan menanggung sepenuhnya kos mereka yang memilih untuk dikuaratinkan di hotel lima bintang, wanita tersebut nampaknya tidak membalas pertanyaan netizens yang mempertikaikan kenyataannya. - 7 April 2020.