t>

Breaking News

Tempoh Kuarantin Dipendekkan Dari 14 Ke 10 Hari - KP Kesihatan.

SEMASA | Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah mengumumkan tempoh kuarantin untuk mereka yang baru pulang dari luar negara dipendekkan kepada 10 hari berbanding 14 hari.

Peraturan baru itu akan berkuatkuasa bermula 14 Disember ini (esok) dan terpakai untuk mereka yang dikuarantinkan samada di rumah mahupun di pusat.

"Sehingga kini, beberapa negara menyemak semula tempoh masa kuarantin wajib di negara masing-masing.

Negara United Kingdom, Jerman dan Belgium menurunkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari, manakala bagi Perancis mengambil tempoh masa kuarantin wajib selama tujuh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

KKM membuat keputusan demikian selepas mengambilkira situasi semasa #covid19 di Malaysia dan laporan klinikal terkini dari seluruh dunia.

Bukti saintifik klinikal terkini mendapati risiko jangkitan pascakuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin, kata Dr. Noor Hisham lagi.

"Justeru berdasarkan pelaksanaan tempoh kuarantin negara-negara lain di dunia dan laporan saintifik klinikal semasa, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari," katanya. - 13 Disember 2020.