t>

Breaking News

CUBAAN MEMBAWA MASUK 6 WARGANEGARA INDONESIA (KES COUNTER SETTING)

 ðŸ›‘ LAPORAN KEJADIAN: CUBAAN MEMBAWA MASUK 6 WARGANEGARA INDONESIA (KES COUNTER SETTING)

Gambar Hiasan

Tarikh Kejadian: 15 Oktober 2025

Masa: ± 3.00 petang

Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Pegawai Bertanggungjawab: TPPI Jeya Prakas (AKPS)

1. Ringkasan Kejadian

Pada jam lebih kurang 1500 hrs, Penyelia bertugas PIT Muhamad Jafry telah merujuk satu kes kepada TPPI Jeya Prakas melibatkan 6 pelawat warganegara Indonesia yang diiringi oleh seorang wanita warganegara Malaysia bernama Nuraidah di Gate L3 dan dibawa ke Kaunter A3.

Pegawai kaunter (PI Alinah) kemudian merujuk kes tersebut untuk siasatan lanjut.

2. Hasil Siasatan Awal

a. Maklumat Individu Utama

Nama: Nuraidah

No. MyKad: 910302-12-****

Jawatan: Lounge Supervisor, Sky Suite Lounge Terminal 2

Status bertugas: Cuti pada hari kejadian

Tempoh bekerja: 2 tahun

b. Maklumat Aktiviti

Nuraidah mengaku membawa masuk 6 warganegara Indonesia atas permintaan Naim Asmawi, seorang Front Office Supervisor di Sama-Sama Ekspres Terminal 1.

Nuraidah dibayar RM100 bagi setiap penumpang yang berjaya dibawa masuk.

Aktiviti ini telah dilakukan selama 2 bulan, melibatkan hampir 20 warga asing (kebanyakannya dari Indonesia, selain China dan Vanuatu).

Slip “Fast Track” yang digunakan diambil dari lounge tanpa kebenaran majikan.

Aktiviti ini dilakukan tanpa pengetahuan pihak pengurusan dan pada waktu cuti untuk pendapatan tambahan.

3. Pihak-Pihak Terlibat

Hasil semakan telefon bimbit menunjukkan beberapa nama lain terlibat dalam aktiviti sama:

1 . Naim Asmawi - Front Office Supervisor, Sama-Sama Ekspres T1

2. Jimmy - Lounge Supervisor, Terminal 2

3. Muhammad Faizal - Staff Hotel, Sama-Sama Hotel

4. Shah, Greeter FTCO
5. Razana, Greeter FTCO
6. Selvester, Greeter FTCO

4. Pengakuan Naim Asmawi

Naim mengesahkan menerima senarai 6 nama pelawat Indonesia daripada seorang ejen bernama Nicholas (No. 014-628****) melalui WhatsApp.

Dibayar RM150 bagi setiap individu, dan RM100 diserahkan kepada Nuraidah untuk urusan eskot.

Mengaku menjalankan aktiviti ini selama lebih setahun, melibatkan warga Indonesia, China, Vanuatu, Kemboja, dan Laos.

5. Maklumat Warganegara Indonesia Terlibat

Tiba dari Yogyakarta melalui penerbangan AirAsia AK347.

Tujuan transit di Malaysia dan akan berlepas ke Hanoi pada 16 Oktober 2025 (12.30 tengah hari) menggunakan Vietnam Jet.

6. Tindakan Susulan

1. TPPI Jeya Prakas telah memaklumkan kejadian kepada:

Tuan KI

En. Kesavan (Lounge Manager)

En. Fairus (Assistant Director)

2. Siasatan terperinci dilakukan, termasuk semakan komunikasi dan dokumen.

3. Tindakan diambil:

6 warga Indonesia: Ditolak kemasukan ke Malaysia.

Nuraidah: Diserahkan kepada majikan untuk tindakan tatatertib.

Naim Asmawi & individu lain: Dirujuk untuk siasatan lanjut.

Pas Lapangan Terbang (airport pass) Nuraidah dan 6 individu lain dirujuk kepada AVSEC untuk dibatalkan.

7. Kesimpulan

Siasatan mendapati wujud aktiviti “setting fast track” untuk membawa masuk warga asing dengan bayaran tertentu melalui rangkaian pekerja dalam terminal.

Aktiviti ini dijalankan tanpa pengetahuan majikan dan tanpa penglibatan pegawai Imigresen.