t>

Breaking News

Laporan polis terhadap "ali setan" dan penafian azmil mustapha hina perlembagaan.

Rasanya ramai dah tahu bahawa ali setan = azmil mustapha dah lama berubah dan telah terjun ke dunia dakwah bertahun2. Cuma dia tidak lah aktif berpolitik sambil berdakwah macam bob lokman. Dia cuma berdakwah dan berdakwah tanpa membabitkan diri secara aktif dalam dunia politik. Tapi baru2 neh terdapat spekulasi bahawa azmil mustapha telah menceburi bidang politik yang boleh dikatakan lebih menyokong pakatan rakyat ataupun lebih tepat senang disebut sebagai menyokong wadah perjuangan pas.

Dan baru2 neh dia dikatakan telah menghina perlembagaan dalam satu sesi ceramah [andai boleh disebut sebagai ceramah] di dalam salah satu masjid di selangor. Berikut di bawah ialah antara kandungan ucapan yang dipercayai disebut oleh azmil mustapha sehingga mendorong kepada satu laporan polis terhadapnya ;

Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam.
·         Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.
·         Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu diagungkan hanya Tuhan sahaja.
·         Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.
·         Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.
·         Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.
·         Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
·         Apabila ditegur oleh seorang jemaah (Tuan Hj. Keman), Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka. -mynewshub-
Urmm... aku tak pasti samada maklumat di atas neh sahih ataupun tidak. Info neh dibekalkan oleh pengadu yang membuat laporan polis terhadap azmil mustapha. So pandai2 lah tafsir sendiri. Nak percaya ke taknak percaya ke terpulang pada kehendak masing2.

Dan di bawah pula ialah penafian azmil mustapha berhubung tuduhan di atas neh ;

Bekas pelakon popular, Azmil Mustapha, 60, atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’, menafikan dakwaan yang dibuat melalui satu laporan polis bahawa beliau telah menyampaikan ceramah yang bersifat menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong.
Azmil berkata, maklumat tersebut langsung tidak berasas dan disalah ertikan oleh pihak yang membuat laporan polis.
Beliau yang telah dihubungi oleh beberapa wartawan, dimaklumkan tentang laporan polis itu hari ini mengaku belum membaca dan mengetahui kandungan sebenar laporan itu dan enggan mengulas mengenainya.
“Pada saya, maklumat itu tidak berasa langsung dan bagaikan berlaku salah faham tentang apa yang saya katakan,” katanya ketika dihubungi mynewshub.my hari ini.
Mengulas lanjut, Azmil berkata, beliau mengaku ada menyampaikan ceramah di masjid di Kampung Melayu Subang, semalam.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak ada sebarang kepentingan politik serta tidak pernah terbabit dengan mana-mana pergerakan politik tanahair, sama ada UMNO, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Saya tidak ada kepentingan politik pun, saya dah berumur 60 tahun dan tak pernah sertai mana-mana parti pun…mengundi pun tak pernah,” jelasnya menyangkal dakwaan yang mengaitkan beliau dengan kepentingan politik oleh sesetengah pihak.
Menjelaskan tentang ceramahnya semalam, Azmil berkata, beliau telah dijemput oleh Nazir dan Ahli Jawatankuasa Masjid An-Nur, di Kampung Melayu Subang, untuk menyampaikan sedikit ceramah kepada jemaah masjid tersebut.
Menurut pemerhatiannya ketika menyampaikan ceramah, beliau melihat seorang dua jemaah yang ‘gelisah’ dengan ceramahnya dan salah seorang dari mereka telah keluar dari masjid kerana enggan mendengar penyampaiannya itu.
Setelah selesai berceramah, beliau bersama Nazir masjid serta beberapa orang ahli jawatankuasa masjid duduk bersembang sebentar dan salah seorang dari mereka memberitahu bahawa antara jemaah yang keluar dari masjid ketika ceramah itu sering memberikan masalah kepada mereka.

So nak percaya sapa? Hahaha.. taktau lah aku nak cakap. Kalau ada rakaman ceramah tue lagi bagus. Biar kandungan nya didedahkan baru lah kita boleh tahu sapa menipu sapa tidak. Habis citer. 


Sozcyili : Mengundi pun tak pernah? Hahaahahah...

Tiada ulasan