Rosmah mansur nasihat pengguna jalanraya..
Rosmah mansur bagi nasihat kepada pengguna2 jalanraya sempena perayaan aidilfitri kali neh. Tak sangka nasihat rosmah mansur mendahului najib.. hahaha.. apa2 pun amek yang positif. Buang yang negatif. Mungkin najib terlalu sibuk sehingga rosmah mansur yang buka mulut berhubung hal neh. Cayalah rosmah! Baca bawah ;
Pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri perlu merancang perjalanan bagi mengelak berlakunya kemalangan, kata Datin Seri Rosmah Mansor.Isteri Perdana Menteri berkata ini adalah kerana setiap tahun, berita kemalangan maut ketika pulang berhari raya menjadi topik di dada akhbar.“Justeru saya merayu kepada anda semua, rancanglah perjalanan dan amalkan budaya berhemah di jalan raya agar kita dapat mengelak episod sedih (dan) tangisan di Aidil Fitri,” katanya pada majlis program Kasih Ramadan anjuran Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih) di sini Jumaat.Rosmah yang juga Yang Dipertua Kasih turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa berwaspada dan mengawasi tindak tanduk anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan kegiatan membuat dan bermain mercun.“Tidak perlulah diberitahu akan bahayanya kerana kita semua sedia maklum akan kesannya yang bukan sahaja mendatangkan kecederaan, malah ada yang kehilangan nyawa akibat mercun,” katanya.
Hahaha.. nice. Pasal mercun pun kena tegur gak. Bercakap pasal mercun dengar citer rampasan mercun di agih2kan.. ye ke? Hhahaha.. tatau2.. jangan tanya lanjut kat aku.. sapa makan cili dia lah yang terasa pedas. Pemimpin atas sibuk nasihat tapi kalau kakitangan bawahan tak ikut peraturan pun payah gak..
Erkk.. rosmah mansur pemimpin ka? Hahaha.. apa2 je lah. Sekian.
Tiada ulasan
Catat Ulasan