t>

Breaking News

Nik Aziz Mengajak Kepada Gaya Hidup Iblis dan Dajjal- Prof Dr Nasoha

 

Cuba jangan terlalu taksub dan ekstrem dalam melontarkan perbezaan pendapat dalam politik. Fahami dulu setiap apa yang ingin disampaikan selepas tue baru lah berikan hujah masing2 agar tidak menimbulkan salah faham dan pergaduhan yang besar sesama kita.

Sebenarnya Prof Nasoha dah salah faham. Sangat2 salah faham. Bila dah salah faham mula larh melontarkan pandangan yang tidak tepat. Menjurus kepada emosi semata-mata tanpa memahami fakta. 

Aku taktau siapa yang menganggap bahawa masuk pas bererti masuk islam dan pangkah pas bererti masuk syurga tapi aku nak bagitau benda tue sebenarnya tak betul. Tuk guru takde pun cakap pas ialah islam dan islam itu adalah pas.

Pas ialah parti politik yang menjadikan islam sebagai dasar. Pas boleh tersilap tetapi islam tidak akan silap. Orang2 yang mengamalkan islam pun boleh tersilap tetapi bukan islam. Itu bermaksud, walaupun pas ialah parti yang menjadikan islam sebagai dasar tetapi pas bukanlah maksum dan bebas dari dosa.

Namun dalam masa yang sama, jika mahu menegur atau apa, gunakan medium yang sesuai. Dan pastikan teguran di buat berlandaskan kepada perkara yang benar2 wujud = fakta. Bukan berdasarkan kepada khabar angin dan fitnah orang semata2.

Contoh isu masuk pas bererti masuk islam sebab orang2 pas beranggapan bahawa pas = agama. Itu sebenarnya satu perkara yang tidak benar. Penyokong2 dan ahli2 pas sangat2 jelas bahawa pas ialah pas dan islam yang islam. Yang tak jelas kat sini ialah penyokong2 umno. Sebab yang selalu canangkan pas = islam itu ialah orang2 umno. Bukan orang2 pas pun.

Kalau tak percaya boleh semak bloggers umno dan baca sendiri tuduhan serta fitnah mereka. Sejak bila tah penyokong2 dan ahli2 pas pernah beranggapan bahawa pas = islam ? Rasanya memang takde yang anggap macam tue. 

Tetapi itulah yang bloggers umno selalu lemparkan dan lepas tue diakhiri dengan kata2 umno itu islam dan islam itu umno. Melayu itu islam dan islam itu melayu. Kalau tak percaya, bukan blog papagomo. Baca posting2 lepas dia. Selalu dia tulis begitu. Jadi tuduhan dan kata2 nista prof terhadap tuk guru sebenarnya merupakan satu salah faham. Tak patut diteruskan lagi. Sebab yang amalkan parti = agama ialah bloggers umno, bukan tuk guru pun.

Manakala undi pas masuk syurga sebenarnya benda tue ada penghuraian tersendiri. Aku walaupun tidak bersetuju dengan kempen tersebut tetapi itu bukan alasan nak memfitnah tuan guru. 

Tuk guru cakap sama2 undi pas, dan pas akan laksanakan dasar islam dan kemudian dengan nya bersama2 kita cari jalan ke syurga. Itulah huraian ringkas. Bukan direct pangkah pas terus masuk syurga.

Harap prof boleh hentikan tanggapan yang serong terhadap tuk guru. Kalau tak puas ahti ke apa seme better call dan ajak bincang serta jumpa lagi senang. Orang2 macam anda biasanya akan dilayan dan dipertimbangkan. Lainlah orang2 macam aku. Usah kata nak call jumpa tgna, nak call pun belum tentu mampu sebab sapa pun takan bagi no dia kat aku. Betul tak?

Hahaha..

Sozcyili : Sibuk ajak berpadu tapi dalam masa sama sibuk lemparkan tuduhan..