Budak 5 tahun akan mula bersekolah pada tahun 2015.
Dalam masa tiga tahun.
Jika umur anak anda sekarang dua tahun, maka selepas 3 tahun dia akan terus bersekolah di sekolah rendah. Adakah anda bersetuju dengan dasar yang baru neh? Atau adakah anda menentang ia? Sebenarnya persekolahan awal ataupun menerapkan pendidikan awal kepada kanak2 bukan satu isu pun bagi aku.
Tetapi aku lebih suka jika kerajaan menambahbaikkan sistem pendidikan mereka. Kalau sistem mereka itu bagus, usah kata 5 tahun, budak 2 tahun kalau kena disekolahkan pun takde masalah. Tapi masalahnya sekarang sistem pendidikan di malaysia sangat2 teruk terutamanya sekolah kerajaan.
Selepas mereka belajar di sekolah, mereka perlu ambil kelas tambahan sebab apa yang cikgu ajarkan di sekolah tidak memenuhi level yang mereka perlukan. Cikgu ajar ikut apa yang terkandung dalam buku teks. Kadang2 aku pernah terfikir juga adakah cikgu2 neh benar2 memahami subjek yang dorang ajarkan kepada pelajar2 dorang?
Bagaimana jika cikgu sendiri tidak tahu dengan jelas apa yang dia ajarkan tetapi dia masih mengajar subject tersebut? Wujudkah perkara seperti neh di sekolah kerajaan di malaysia? Bukan prejudis kepada semua guru ye cuma tertanya2 apakah wujud atau tidak kes seperti neh.
Selain dari itu, sistem pendidikan berdasarkan konsep hafalan juga amat2 tidak relevan bagi aku. Bagi aku pelajar2 yang berusia 5 hingga ke 9 tahun harus duduk dan belajar dalam subject yang sama sebelum dilakukan pengasingan mengikut bakat dan kepandaian yang dorang miliki. Selain itu pelajar2 yang tidak menunjukkan apa2 minat dan kepandaian boleh diletakkan dalam kelas yang mementingkan kemahiran tertentu.
Jadi ini bermaksud pelajar2 yang berusia 15, 16 tahun dah boleh membaiki kereta, atau dah ada yang jadi pencipta, atau dah ada yang boleh melukis dengan baik, jadi pemain piano yang berbakat, ahli sukan dan sebagainya. Mereka tidak harus dipecahkan melalui pengiktirafan pandai dan bodoh. Sebab kalau dia pandai pun so what? Kalau dia kurang pandai pun so what?
Apa yang perlu sistem pendidikan nasional kita tekankan ialah setiap yang lahir di malaysia neh harus menyumbang kepada negara berdasarkan kepada bakat, kemahiran dan kepandaian tertentu. Pastikan semua yang disekolahkan di malaysia akan keluar jadi something2. Buat matlamat.
Katakan A budak nakal. Dia tak suka belajar. Dia tak pandai dalam akedemik. Tapi dia mahir main bola sepak. Maka cikgu kena dorong dia untuk asah bakat dia. Supaya bila dia keluar nanti dia boleh jadi pemain bola sepak yang berjaya. Jadi dia ada hala tuju dan matlamat kehidupan. Itulah sepatutnya peranan pendidikan di malaysia. Dan sudah tentu, ia harus dibantu dengan sistem pendidikan yang menyokong kepada perkara tersebut.
Bukan macam sekarang neh. Yang pandai, pandai lah. Yang tak pandai, tak pandai lah. Tamat SPM nanti pandai2 lah ko nak hidup apa seme. Kita tak boleh buat macam tue pada rakyat kita. Kalau kita seorang yang bertanggungjawab, fikir baik dan buruk pasti kita akan mendidik rakyat kita sebaik habis. Kita akan isi mereka dengan pelbagai kemahiran sebelum mereka keluar alam persekolahan sebab itulah antara cara yang tepat untuk menjadikan malaysia sebuah negara yang baik.
Ingatlah, semakin pandai rakyat kita, semakin mereka semua di asuh dan di didik berdasarkan kepada minat, bakat, kemahiran dan kepandaian masing2, maka semakin beruntunglah negara sebab kita menghasilkan product yang berkualiti. Dan product yang berkualiti inilah yang akhirnya akan membantu negara untuk menjadi cemerlang dan cemerlang pada masa akan datang.
Jadi focus kerajaan sekarang ini ialah mereka sepatutnya kena wujudkan satu sistem pendidikan yang stabil terlebih dahulu, satu sistem silibus yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat, satu sistem persekolahan yang memudahkan rakyat dan yang paling penting sekolah yang bebas ikatan kebangsaan. Maksudnya sekolah satu malaysia yakni tiada lagi sekolah cina dan tamil di malaysia neh. Kita harus membentuk perpaduan sesama kita bermula di sekolah.
Dan kerajaan juga kena pastikan bahawa sistem di sekolah kita mementingkan juga ilmu keagamaan dan kerohanian supaya tiada lagi anak2 muslim kita tidak pandai membaca Alquran dan bahasa arab. Kita tak rugi satu sen pun kalau tahu bertutur dalam bahasa arab. Sebaliknya kita rugi jika taktahu bertutur dalam bahasa arab. Percayalah, aku dah rasa seme tue. Sebab tue sekarang terpaksa mencari duit untuk belajar bahasa arab pula.
Kita takmo nanti anak2 muslim kita terpaksa bayar mahal dan pergi sana sini untuk dapatkan ilmu agama. Biarlah ia semua wujud dalam satu sekolah. Dan biarlah ia menjadi kewajipan kerajaan. Kerana akhirnya product yang baik neh akan menjadi baik juga kepada kerajaan. Sebab itulah penting untuk kerajaan mencorakkan kain putih ikut aturan yang betul. Jika kerajaan dah salah corak, maka terima lah balasan jika corak2 itu akhirnya akan menikam kerajaan semula. Anda dapat apa yang anda buat. Bai.
Sozcyili : Matlamat pendidikan ialah memastikan semua pelajar terdidik dengan apa yang mereka inginkan bukan dengan apa yang orang lain ingin didik kan terhadap mereka.