t>

Breaking News

Pengantin muda 12 tahun kena kutuk di laman berita kaw-kaw.


Aku puji tindakan keluarga ini. Bagi aku kalau orang dah nak sangat ikutkan perasaan cinta elok kahwin kan je la. Daripada mengandung dan terberanak dan terbuang anak better kahwinkan siap2. Samada bahagia sekejap ke bahagia banyak ke apa ke itu belakang citer.

Yang penting perkara maksiat dan tak diingini dapat dielakkan. Ini satu keputusan yang betul dan aku tak nampak apa aibnya cerita ini. Aku tatau la kenapa tapi aku fikir 3 orang individu yang memberikan komen negatif mengenai isu neh mungkin mempunyai masalah jiwa. 

Lihat bawah ;


 Ingin aku simpulkan.

1. Bapa pasangan ini bijak. Dia tahu anak dia terlalu ikutkan perasaan cinta. Jadi untuk menyelesaikan masalah maka dia beri apa yang anak dia inginkan. Budak umur 12 - 13 tahun ialah budak di alam pemberontakkan. So tindakan bapa ini betul bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk di masa akan datang.

2. Cuba fikir dengan mendalam. Antara kahwin di usia muda dengan bermaksiat di usia muda, mana lebih baik?

3. Jadi seorang manusia belajar la memahami apa itu aib. Aib ialah perkara yang salah = berdosa = memalukan. Adakah perkahwinan disebabkan cinta ialah aib? Sudah tentu bukan.

4. Memang la budak perempuan tue taknak balik rumah. So bapa dia kahwinkan la dia. Itu cara bapa dia selesaikan masalah. Perlu ke nak kutuk2 keluarga ini?

5. Menyelesaikan dan membetulkan perkara yang salah adalah lebih baik daripada meneruskan kesalahan. Tatau ke? 

Aku rasa kalau korang ada masa nak kutuk dan nak kecam.. p la lakukan kerja yang lebih bermanfaat. Contohnya kecam perkara salah yang masih berterusan or perkara haram yang masih dilakukan oleh sesetengah pemimpin melayu muslim di malaysia. Lebih baik daripada korang mengecam perkara yang sama sekali tidak salah di sisi Allah swt mahupun di sisi undang2. 

Aku tatau la dorang neh ada otak ke takde.. benda elok macam neh pun nak kutuk2. Bangang. 



 “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.

Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.

Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.

Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

“Hanya Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya. -HM-