t>

Breaking News

Tiada jihad di palestine, salah boikot barangan yahudi - ILMU [Video Inside]

Aku rasa aku faham apa yang Ustaz Idris Sulaiman nak sampaikan. Tapi sebelum tue aku sharekan dulu pendapat MAZA mengenai apa yang ceramah Ustaz Idris Sulaiman bahawa tiada jihad di palestine dan salah boikot barangan yahudi. 


Ini pula video yang dinyatakan ;




Aku huraikan dulu apa yang ustaz idris sulaiman cuba sampaikan ;

1. Tiada jihad di palestine sebab kekuatan tak balance. Kalau kita nak serang orang, kekuatan kita kena dua kali ganda dari orang yang kita ingin perangi.

2, Tidak guna berjihad sebab tiada persediaan dari segi ketenteraan, senjata, persediaan rohani [akidah] dan persediaan zahir.

3. Salah boikot perniagaan yahudi kerana barangan yang dijual itu halal, bukan haram.

4. Tidak salah menjalankan perniagaan  dengan yahudi kerana Rasul Allah pun melakukan urusniaga dengan yahudi. Asalkan dalam perkara2 yang halal.

5. Boikot dilakukan secara tidak konsisten dan sekejap2. Tidak ada kesan.

6. Menganiaya orang2 islam yang berkerja di syarikat2 yahudi kerana menjejaskan pendapatan mereka.

7. Cadangan nak boikot barangan halal tidak kena dengan caranya. Itu namanya dia kebodohan. Sebab tak kena cara.

8. Cara yang terbaik untuk memerangi musuh2 islam ialah kena bersedia dengan segala dengan apa yang kita mampu.

9. Palestine kena keluar dari palestine sebab Nabi saw keluar dari mekah.

10. Pandangan ini didokong oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani - ulama hadis zaman kini secara terus terang mengatakan bahawa umat palestine perlu keluar dari palestine untuk mengatur strategi.

11. Dan pandangan ini disokong dan diangkat oleh Ustaz Idris Sulaiman. 

12. Orang2 yang menasihat orang2 palestine suruh berjihad dan dia duduk rumah goyang kaki sebenarnya bukan bagi nasihat sebaliknya merosakkan umat palestine. Asas kepada alasan ini ialah kata ustaz, umat palestine tak mampu berjihad. So nasihat itu tidak sepatutnya.

Jawapan aku.

Aku cadangkan balas pendapat ustaz gunakan akal dan hujah bukan maki hamun ustaz. Kalau setakat nak maki hamun takpayah komen pun lagi bagos. Hehe.

1. Pasal jihad. Aku pening dengan hujah ustaz sebab sangat celaru. Sangat2 bercelaru. Takde jihad sebab tiada persediaan. Tapi apakah kita yakin bahawa palestine tiada persediaan? Hanya kerana mereka belum menang maka kita anggap mereka tiada persediaan? Itu penanda aras ka?

Kita kata mereka belum kuat akidah dan sebagainya. Apakah kita yakin bahawa mereka tiada persediaan dari segi mental dan akidah? Siapa kita nak menghukum mereka begitu? Apakah kita kenal setiap dari mereka?

Alasan jihad itu bukan sebab nak menang. Kalau sebab nak menang itu bukan jihad. Jihad itu perlu sebab nak mempertahankan kebenaran. Dan menyebarkan kebaikan. Juga membebaskan diri dari kezaliman. Itu sebabnya. Bukan sebab nak menang. Pandangan ustaz bahawa asal dah bersedia [sudah semestinya maksudnya asal confirm menang] baru la ada jihad, itu aku tak setuju.

2. Palestine sudah keluar. Ustaz kena cakap pasal fakta juga. Bukan sekadar hakikat. Hakikat harus disulami dengan fakta. Bukan hakikat syok sendiri. Hakikat dan faktanya disini ialah palestine makin mengecil. Maksudnya apa?

Maksudnya palestine sudah keluar dari tanah milik mereka.

Palestine sudah selamatkan nyawa mereka dan selamatkan diri mereka.

Itu yang tinggal gaza. Sempadan tebing barat. West bank under fatah.

Palestine itu asalnya besar. Tapi mengecil. Kerana umat palestine sudah keluar dari tanah mereka sendiri. 

Dan Nabi saw sebelum keluar pun ada minta perlindungan dari kerajaan lain ketika itu [taif]

Jadi kemana lagi palestine nak pergi jika ustaz kata mereka perlu keluar? Aktivis russia pernah berkata bahawa palestine sudah tiada jalan. Orang israel mendesak mereka keluar dan mereka sudah tiada jalan / arah tuju, kemana lagi harus mereka pergi jika ini satu2 nya tempat mereka, mereka dihalau keluar. Faham tak hakikat dan faktanya disini?

Adakah jika mereka keluar dari palestine, ustaz sudi berikan mereka tempat tinggal? Makan minum? Bawa mereka masuk malaysia? Lindungi dan jamin keselamatan mereka? Ustaz sudi? Jika ustaz sudi tiada sebab kenapa kami harus membidas pendapat ustaz.

Ustaz suruh dorang keluar dari tanah milik mereka sendiri. Ustaz marah kita bercakap pasal jihad. Jadi adakah ustaz sudi berikan mereka tempat tinggal, makan dan minum bawa mereka dari palestine ke malaysia jika mereka sudi keluar dari penempatan mereka? Adakah kerajaan kita sudi dan bersedia?

Apa beza ustaz yang bercakap pongpang2 dengan mereka yang menyeru kepada jihad sambil goyang kaki depan tv?

Dalam isu jihad. Bukan orang2 yang menyeru jihad itu salah. Sebaliknya dalam isu jihad, anak2 palestine sendiri mahu kepada jihad. Kami, orang yang melihat. mendengar dan memahami kehendak mereka, kami putuskan untuk menyokong dan menghormati keputusan mereka.

Kami putuskan untuk bersama2 mereka. Apa yang mereka mahu buat kami putuskan untuk sokong. Walau sehebat mana pun kami menghalang or menolak kepada jihad, jika anak2 palestine sendiri mau kepada jihad, siapalah kita untuk berkata tidak dan jangan?

Sebab itu daripada mengelirukan suasana kami lebih gemar berikan apa yang palestine mahukan. Jika boikot mekdi itu boleh gembirakan anak2 palestine, kami buat bago buabagi yang sudi buat.

Jika menghulurkan derma, doa dan bantuan itu boleh membuatkan palestine rasa disayangi kami akan buat bagi mereka yang sudi buat.

Takde sapa2 paksa ko untuk buat apa2 yang ko tak mahu buat.

Sapa seperti tiada sesiapa berhak menghalang apa2 yang orang lain ingin buat. Cuba bukakan minda dan belajar menghormati apa yang palestine ingin buat dan sampaikan. Di saat ustaz pongpang2 tiada jihad di palestine [konon nya sebab tue Allah tak menang2kan perjuangan palestine] hari ini palestine telah dipetakan dalam peta dunia.

Ini kemenangan yang bermakna. Tiada jihad bagi ustaz tetapi bagi palestine, berjaya memetakan nama negara mereka dalam peta dunia juga merupakan satu jihad. 

Jihad bukan mengenai peperangan semata2.  

Walaupun kami tak pandai cakap lebat, at least kami yang tak hebat agama ini pun reti hormat keputusan yang diambil oleh palestine untuk mempertahankan hak mereka, untuk ustaz yang hebat ilmu agamanya takan duduk depan kamera dan menafikan pendirian yang diputuskan oleh anak2 palestine sendiri?