t>

Breaking News

PALESTINE kini sah negara berdaulat. [Video Inside]

Status kenegaraan Palestine telah dinaiktaraf!

Dari dulu lagi Palestine memang merupakan sebuah negara yang berdaulat sebelum dicerobohi oleh bangsa israel. Dan bangsa israel ini pula suka2 claimed nama negara Palestine tak wujud, yang wujud hanyalah israel. 

Padahal israel dari dulu lagi bukan merupakan sebuah negara. Mereka ialah penjajah tak layak di iktirafkan sebagai sebuah negara. Baik dulu baik sekarang dan sampai bila2 pun. 

Tapi disebabkan di sekeliling mereka ada sekutu2 yang kuat maka israel pun berjaya melakukan penjajahan dengan jayanya. Tanpa rasa takut, malu apatah lagi rasa bersalah. Negara2 arab disekeliling bangsa israel juga ada yang menyatakan sokongan secara terang-terangan meskipun ramai yang memilih menyokong secara sorok2.

Tetapi oleh kerana ini zaman internet, apa yang tersorok dulu pun dah berjaya disingkap. Permainan dan konspirasi pemimpin2 arab tidak berjaya menipu rakyat mereka sendiri bahkan orang luar juga. 


Penjajahan ke atas negara palestine dihalalkan atas nama perkongsian negara. Mula2 mereka menjajah secara paksa, membunuh orang sesuka hati bila mereka dah berakar umbi mereka cuba dapatkan sokongan bahawa palestine itu israel dan palestine itu tidak wujud. Jika ada pun pihak luar yang bertindak mahu menyelesaikan konflik itu mereka memilih penyelesaian dua negara.


Bukan nya nak cakap israel tue penjajah. Bagi aku israel tue tetap penjajah dulu dan selama-lamanya. Tetapi jika penyelesaian dua negara boleh menghentikan pembunuhan ke atas mereka2 yang tidak bersalah, tiada sebab untuk tidak menyokong. Namun, itupun kena dengan persetujuan rakyat palestine. 


Jika mereka menolak, kita juga perlu menolak, after all ini negara mereka yang sedang mereka juangkan. Pihak luar hanyalah sekadar boleh menyokong keputusan2 mereka je.




Apa pun berita terkini mengenai Palestine ialah ;

Gaza kini : "Semalam kita menang pada pendudukan tentera di Gaza, dan hari ini kita menang pada pendudukan diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu"

Sumber : Gaza Now

Ini berita kemenangan mereka ;


 


Keputusan undian semasa persidangan PBB :

1. Antara negara mengundi 'ya' untuk membentuk Negara Palestin, termasuk Arab Saudi, Turki, Syria, Malaysia, Brunei, Mesir, Ireland, India, Indonesia, Thailand, dan 138 negara lain.

2. 41 buah negara yang menolak (berkecuali); termasuk UK dan Singapura.


3. Manakala negara- negara yang menentang ialah Kanada dan Amerika Syarikat.

Keputusan ini merupakan berita gembira bagi umat Islam dan rakyat Palestin seluruhnya, setelah berpuluh tahun merana dek pencerobohan Israel terhadap tanah Palestin.

TT Aman Palestin Mesir
Sumber: Gaza News

Negara yang mengundi TIDAK ;
9 negara berikut yang menentang pertubuhan Negara berdaulat Palestin:

1-Kanada
2. Republik Czech
3. Israel
4. Marshall Islands
5. Negara bersekutu Mikronesia
6. Nauru
7-Palau
8. Panama


9. Amerika Syarikat

TT Aman Palestin Mesir 
Sumber:Daily Mail
Sudah semestinya ia akan mendorong kemarahan USA dan israel. USA seringkali beria2 cakap mereka hormati hak rakyat palestine tapi bila tiba masa untuk mereka membuktikan apa yang mereka sering laung2kan itu, haram mereka nak sokong palestine. Ada je alasan2 bodoh yang direka untuk bekap tindakan mereka. Mereka seringkali menjadi penghalang kepada apa2 jenis usaha untuk mengiktirafkan palestine sebagai sebuah negara.

Apa pun ini baru kemenangan kecil. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengiktirafkan palestine sebagai sebuah negara yang benar2 berdaulat. 

Ini ialah satu keputusan yang bagus kerana selepas ini rakyat palestine tertakluk kepada pelbagai agensi2 di bawah UN dan boleh membawa kes2 penganiayaan ke atas mereka untuk dibicarakan melalui mahkamah dunia sebab mereka telah di iktirafkan sebagai sebuah negara tetapi amerika dan israel pasti akan melakukan pelbagai cara untuk menghalang hak rakyat palestine daripada terlaksana.

Apa pun kita raikan kemenangan ini. Kita bersyukur dengan keputusan ini. Dan kita berharap umat islam dapat bersatu demi kedaulatan negara palestine. AllahuAkhbar. 

Lagi berita berkaitan : sini.

Sumber gambar : sini.