t>

Breaking News

Polis Buru Penyebar Gambar Mangsa Bunuh Kanak2 2 Tahun - Lagi Kemaskini Kejadian Hilang Dan Bunuh.

Ini kenyataan polis ;


Pihak polis sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar mayat kanak-kanak berusia dua tahun yangditemui matidi dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan ketika dihubungi menafikan gambar datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit.

Gambar itu turut mendapat kritikan ramai di laman sosial sejurus ia dimuat-naikkan.

"Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat," Manoharan memberitahu Astro AWANI.

Sebaran yang diperolehi menerusi di ruangan komen di laman sosial (facebook) ;

Slmt pagi Tn, laporan perkembangan berkaitan No repot Paka/142/14 Sek 302 KK. 

Setakat ini 03 saspek telah ditangkap iaitu 

1) Ahmad Faizal Bin Abd Wahid (Faizal Bongkok) (B1) 

2) Rabaitul Adawiyyah Binti Mamat (Beah) (ibu simati) (B2) 

3) Zamari Bin Ahmad (Zamri Gomeng) (B3) 

Saspek penama Sofian Hadie Bin Mohd Nor (Pian) (B4) akan ditangkap pada 0800 hrs. Kesemua OKT akan direman pada jam 0900 hrs. Setelah reman Beah akan dibawa ke Hospital Kuala Terengganu utk pengecaman sebelum post mortem. Setakat ini, laporan polis yang dibuat oleh ibu simati pada 18/01/14 jam 1201 hrs adalah tidak benar. Hasil soal siasat awal: 

Zamri Gomeng telah menyewa Kereta myvi putih No TBJ 6264 pada 16/01/14 jam 1500 hrs, atas permintaan Pian. Setelah menyewa Zamri serahkan kepada Pian. Pada 17/01/13 jam 1100 hrs Pian telah membawa simati keluar dr rumah, atas kebenaran Beah. Sehingga 1500 hrs, Pian tidak pulang rumah. 

Beah telah berusaha utk mencari. Waktu petang Beah minta bantuan Faizal Bongkok utk cari Pian tetapi tidak jumpa. Pada jam 1030 hrs, Beah nampak Pian ditepi jalan. Pian beritahu simati ada. Beah, Faizal (naik motosikal) pulang ke rumah diekori Pian. Sampai di rumah Pian parking Kereta jauh sikit dan berjalan kaki pulang ke rumah. 

Pian panggil Faizal keluar dr rumah dan beritahu simati dah hilang. Faizal beritahu Beah. Selepas itu ketiga mereka pergi mencari Simati tetapi tidak jumpa dan ada jumpa bomoh. Lepas balik tidur. 18/01/14 jam 0800 hrs, Pian dan Faizal keluar cari dadah. 

Sampai sebelum tengahari, Beah cari mereka dan jumpa dekat jambatan. Selepas itu buat repot di balai polis Paka. Pian suruh buat repot palsu. Selepas itu pergi Dungun, Kerteh dan balik Paka. Pada 21/01/14 waktu pagi, Pian tinggalkan Beah dlm rumah dan mengunci rumah. Jam 2000 hrs, Beah terima panggilan telefon dr kakak menyatakan anaknya telah mati. Beah terjun dr tingkap dan pergi ke rumah adik. 

Setelah itu, polis telah sampai. Pada 21/01/14 jam 1000 hrs, penyewa Kereta (Bob) mendapati Kereta myvi parking dlm keadaan tidak berkunci dan seat belt dipotong. Bob terus jumpa Zamri dan Zamri bawa Bob dan kawannya pergi ke rumah nenek Pian. Bob jumpa Pian. Pian telah dipukul dan dibawa ke Kuala Paka dan diserahkan kepada polis. Kereta Myvi telah dirampas. (mohon bantuan unit forensik utk pemeriksaan) Pian masih belum stabil. 

Byk maklumat yg boleh diperolehi drpd Pian. (Terdapat juga keraguan samada Arif terlibat atau tidak) 

Tindakan lanjut akan diambil dgn kadar segera. Tq Tn.

Kita tunggu penjelasan lanjut dari pihak polis. Jangan buat kenyataan melulu dan sebarangan. Harap maklum ye.

Gambar ibu kepada mangsa tersebut juga telah disebarkan. Aku rasa takde keperluan untuk share kat sini. Sapa dah tengok tue dah tengokla. Sapa yang belum tengok, tak payah tengokla. Bila polis dah sahkan kes neh macam mana, baru kita fikir tindakan selanjutnya nak buat macam mana oke.

Bai.