t>

Breaking News

Statistik Seminggu Kes Jenayah Di Malaysia.


Jenis jenayah dan jumlah kejadian jenayah tersebut berlaku dalam tempoh seminggu. Seminggu tau. Bukan sebulan ataupun setahun.

1. Kes bunuh = 10 kes

2. Kes rogol = 45 kes

3. Samun berkumpulan dengan senjata = 2 kes

4. Samun berkumpulan tanpa senjata = 300 kes

5. Samun menggunakan senjata api = 1 kes

6. Samun tanpa senjata api = 68 kes

7. Mencederakan orang = 110 kes

8. Mencuri = 409 kes 

9. Aktiviti mencuri kereta = 257 kes

10. Aktiviti mencuri motorsikal = 858 kes (motorsikal aku yang hilang termasuk sekali la neh)

11. Aktiviti mencuri van/lori/kenderaan berat = 76 kes 

12. Aktiviti ragut = 57 kes

13. Kes pecah rumah = 405 kes

Dalam banyak2 jenayah, jenayah yang paling lead sekali ialah kegiatan mencuri dan samun. Curi + samun sebab nak dapatkan sesuautu. Duit. Emas. Supaya boleh dicairkan agar boleh membelanjakan duit tersebut. Apesal penjenayah2 neh suka sangat buat kegiatan jenayah dan malas nak cari rezeki halal?

Terdesak?

Tak dapat kerja?

Kena paksa ikut merompak?

Purata indeks jenayah kat negara ini juga tidak begitu membanggakan. Bahkan ia semakin menakutkan

Setiap sejam kita merekodkan 15 kejadian jenayah.
Setiap hari kita merekodkan 368 kejadian jenayah.
Setiap seminggu kita merekodkan 2594 kejadian jenayah.
Setiap bulan kita merekodkan sebanyak 11,023 kejadian jenayah.

Adakah Malaysia masih selamat?
Adakah anda benar2 fikir Malaysia ialah sebuah negara yang masih selamat dan aman?
Sila fikir semula.

Kbai.

Rujukan : Jawapan dari parlimen Malaysia bertarikh 18/6/2014.