t>

Breaking News

Banner Pemimpin FAM Berkepala Anjing - 12 Penyokong Berani JDT Ditahan.


Hebat anak muda. Berani dan sangat cool. Aku tahu ramai yang kutuk tindakan 12 penyokong tersebut. Dan tiba-tiba yang anti FAM sibuk sama nak mengondem tindakan penyokong yang membawa banner tersebut. Mentang-mentang la yang buat tue JDT. Maka laju-laju la kena kondem. 

Padahal bukan kah kita semua memang meluat kat FAM pun? Itu cuma sebahagian kecik aje dari apa yang boleh diluahkan oleh penyokong bola sepak tempatan. Kalau digabung satu persatu masalah bola sepak di negara ini, setakat banner berkepala anjing, kira 'ringan' dan 'berhemah' la tindakan mereka tau. Sungguh pun aku tak nafikan tindakan penyokong JDT bawa banner tersebut adalah sebagai reaksi balas terhadap tindakan FAM kepada PBNJ atas insiden yang membabitkan Gary Steven Robbart.

Tapi sedikit sebanyak mereka bawa juga mesej yang dirasakan oleh penyokong bola sepak tempatan. Dorang punya mesej lain. Kita punya mesej lain. Pokoknya musuh yang sama walaupun mesej yang berbeza. So kenapa perlu kondem 12 penyokong JDT yang berani mati tue? Bagi aku dorang hebat. Bagus. Berani melawan. Tidak tunduk pada pihak tertinggi. Sedangkan secara logiknya memang dorang tahu punya la. Tindakan mereka akan dianggap sedang mencetuskan provokasi dan boleh didakwa. Nampak macam sia-sia tapi perjuangan melawan FAM juga adalah perjuangan. So aku takan kritik atau kondem tindakan 12 penyokong JDT yang berani tue. Sebaliknya aku salute. Berani anak muda.

Ketika ini seramai 12 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ditahan kerana mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing dan mereka disiasat atas sebab dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu malam tadi.

Bacaan si penindas katanya mengaibkan mereka le. Kesemua mereka ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan polis.

Kata Setiausaha FAM, Datuk Hamidin kesemua yang membawa banner tersebut masuk ke dalam stadium adalah ;

- tiada adab
- tiada sifat tanggungjawab
- tidak peka
- tidak sensitif
- kurang berdisiplin

Bila aku baca dan teliti satu persatu point dia aku terasa macam dia neh mengutuk FAM. Sebijik kaw. Ciri2 itulah yang ada pada FAM pun selama neh. 

Tapi kan. Kalau difikir-fikir balik. Kesian juga la pada 12 penyokong JDT yang berani mempersoalkan tindakan FAM tue. Kena siasat satu hal. Rekod buruk lagi. Kena maki plak di laman sosial. Nasib beb. Kalau kau melawan orang berkuasa ini la akibat yang kau akan dapat di Malaysia. Bila orang miskin menyindir dan mengkritik keras orang-orang berpangkat, semua orang laju2 bercakap tentang adat la susila apa la.. tapi bila orang2 kaya menindas orang2 miskin menggunakan polisi yang kejam lagi zalim.. walaupun tak menggunakan perkataan yang kasar dan keras tetapi cukup membuatkan kita tertindas bahkan sampai ada yang merempat dan kesusahan.. tak pula laju2 kena kondem dan kritik. Setakat cakap lembut2 tapi perangai macam setan buat apa. Pui.