t>

Breaking News

Polis Nafi Tahan Penyokong JDT YG Bawa Banner Kepala Anjing - FAM Kantoi Sebar Maklumat Palsu? Apa Kata KPN.

Sebelum itu disini, kita diberitahu menerusi media alternatif bahawa polis telah menahan 12 penyokong JDT yang terlibat dalam kain rentang pimpinan FAM yang berkepala anjing. Aku baca karangan berita tue dari A sampai Z dan aku yakin sangat memang berita berkenaan melaporkan bahawa 12 individu telah ditahan reman berkenaan insiden tersebut.

And then, tetiba aku baca update di Malaysiakini, mereka lapor ;
Polis Johor menafikan menahan dan mereman 12 penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) ekoran insiden menghina Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan gambar anjing semalam.

Perkara itu bertentangan sama sekali dengan kenyataan Johor FA dan FAM bahawa 12 orang direman lima hari bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru  Sulaiman Salleh berkata tiada tangkapan dibuat seperti makluman dalam Facebook rasmi  Johor Southern Tigers.

“Tetapi kami tidak tangkap sesiapa pun, jadi bagaimana boleh ada yang direman pula?” katanya.

Sulaiman patut berkata pihak terbabit patut merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Bernama petang tadi melaporkan, seramai 12 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ditahan ekoran insiden dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin FAM pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu malam semalam.

Pada perlawanan semalam, JDT muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 dengan mengalahkan juara Piala Malaysia musim lepas, Pahang 2-0.

Johor FA: 12 orang cuma disiasat

Sementara itu, Ketua Media dan Pemasaran Johor FA Ahmad Yani Ismail menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa 12 orang itu sebenarnya hanya disoal siasat.

Katanya, kesalahan itu berlaku kerana salah faham.

“Dua belas orang ditahan pada malam itu dan dibebaskan pada malam sama selepas memberi kenyataan,” katanya.

Owh okay. Aku petik semula point polis ==> “Tetapi kami tidak tangkap sesiapa pun, jadi bagaimana boleh ada yang direman pula?” katanya.

Dalam berita yang aku baca, ada disebutkan ;


Yang hebahkan kepada media ialah setiausaha FAM, Datuk Hamidin. Dia siap kata penyokong JDT ditahan reman selama 5 hari untuk siasatan lanjut. Nak kata TMI fitnah ka? TMI tak padam laporan tersebut sampai sekarang tau. Lagi pun. Apa ke logiknya nak fitnah benda macam neh. Sikit pun tak mendatangkan keuntungan untuk portal dan wartawan kalau kena saman tau.

Kalau rakyat biasa beranggapan bahawa kehilangan MH370 ialah konspirasi dan polis laju2 nak sentap sambil dikejarnya si Fezal tue, takan si FAM yang terang-terang sebar maklumat palsu polis tak buat apa-apa ye tak?

Jangan double standard la korang. Yang hebahkan maklumat palsu tentang insiden banjir pun kena siasat. Harap POLIS siasat setiausaha FAM laju2 sebab sebarkan maklumat yang tidak tepat juga tentang insiden tersebut. Ke memang standard rakyat biasa je kena buli dengan korang semua?

Ce citer.. ce citer..