Wanita Ini Berbogel Kerana Sakit Mental Bukan Kerana Anwar Ibrahim - Berhenti Sebar Fitnah.


Bodoh punya blogger. Sedap mulut aje menuduh orang mental berbogel kerana Anwar Ibrahim dipenjarakan. 

Sejak semalam telah tersebar satu artikel blog yang mengatakan seorang wanita yang berjalan bogel (sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu) kerana tanda bersolidariti terhadap apa yang menimpa ke atas Anwar Ibrahim.

Berikut cerita yang sebenar ;

Polis menahan seorang wanita warga Indonesia, dipercayai kurang siuman, yang berjalan dalam keadaan bogel di ibu kota Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata wanita berusia lingkungan 20-an itu kemudian diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan mental.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari Jumaat lepas, wanita itu berjalan dari Masjid Negara ke Kampung Attap di sini sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu.

“Kami mendapat maklumat berkenaan daripada polis trafik yang bertugas ketika kejadian,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan ke atas wanita berkenaan, polis mendapatinya mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Baru-baru ini sebuah video berdurasi 12 saat menjadi viral di laman sosial WhatsApp yang memaparkan seorang wanita bogel berjalan di tengah-tengah jalan raya di ibu kota.

Namun, sejak semalam gambar yang sama digunakan dengan kapsyen mengatakan bahawa wanita ini berjalan bogel kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. -ST-

Wanita tersebut berbogel pada jumaat lepas. Anwar dimasukkan penjara pada 10 feb = selasa yang lepas. Tapi ada blogger yang tak berakhlak buat tuduhan palsu. Dan sekarang dia dah padam artikel blog dia lepas dikantoikan.

Tengok ;


Aku boleh faham kadang-kala sebagai blogger kita tersalah fakta dan perlu betulkan keadaan. Tapi persoalannya dia tak tau secara tak langsung puak2 UMNO dok meroyan sakan mengutuk Anwar Ibrahim disebabkan artikel bangang tue.

Takan takde otak nak fikir. Kalau ada wanita sanggup berbogel demi Anwar mesti dah laju2 masuk berita apa semua.

Apa la nak jadi. Orang tue dah meringkuk dalam penjara pun jadi mangsa tohmahan lagi. Apa pun tak boleh.

Share this :

Previous
Next Post »