t>

Bila MIC masuk masjid...?

Pada yang tidak tahu, boleh baca artikel ini dan ini sebelum sambung membaca disini. Merujuk kenyataan lepas dari ketua wira perkasa, bahawa -bukan islam- tidak boleh masuk masjid, dan menderma kepada orang islam, disebabkan beberapa perkara. Antaranya adalah disebabkan sumber wang tersebut yang konon nya tidak halal (beberapa cybertrooper umno menyebarkan statement ini apabila DAP menderma) dan sila baca ini untuk melihat betapa BAGUS nya BN mementingkan nilai halal-haram dalam aspek2 kehidupan mereka ya.

Selain itu, -bukan islam- dianggap mencemar kesucian masjid apabila masuk masjid dalam keadaan tidak bertutup aurat penuh, ya dalam masjid aurat kena tutup, luar masjid takpe, sebab tue ada owang2 islam umno rileks je -terbuka- semua sebab mereka berada di luar masjid bukan di dalam masjid.


Apa reaksi pembaca melihat gambar ini, seseorang berbangsa india beragama hindu masuk ke dalam masjid dan menderma dengan menggunakan tiket barisan nasional?


adakah kerana dia lelaki, maka soal aurat tidak timbul?
adakah kerana dia MIC maka soal -bukan islam- masuk masjid tidak wujud?
adakah kerana dia menderma guna wang BN (yeke wang BN?) maka soal halal-haram tidak diperkatakan?


Sebenarnya bagi mereka yang tidak tahu, saya akan beritahu bahawa Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching masuk ke masjid menderma menggunakan wang kerajaan negeri selangor (hasil rakyat selangor). Semasa dalam bulan ramadhan tahun ini, kerajaan negeri selangor telah memberitahu bahawa setiap adun dan wakil parlimen akan diberikan peruntukan untuk diagih2kan ke penempatan yang memerlukan bantuan dan peruntukan khas, untuk kegunaan penduduk dikawasan tersebut. Contohnya surau tersebut diberikan bantuan atas sebab surau tersebut memerlukan peruntukan untuk membiayai perjalanan aktiviti2 mereka. Bagi masjid dan surau yang sudah mempunyai dana sendiri, mereka tidak akan dibantu oleh kerajaan negeri sebab sudah mampu bergerak untuk mencari dana sendiri. Begitu juga bantuan turut disalurkan kepada orang miskin/memerlukan tanpa mengira kaum. Kerajaan negeri selangor memang telah mempunyai plan untuk memberikan bantuan kepada mereka semasa di bulan ramadhan, so soal halal-haram duit / sumber tersebut sepatutnya bukanlah satu pertikaian, kerana Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching mendapat dana daripada kerajaan negeri bukan daripada DAP.


Berkenaan isu AURAT pula, setelah dikecam bertubi2 oleh orang islam UMNO, maka Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching terbabit terus memakai selendang pada acara bantuan yang seterusnya bagi menghormati sensitiviti umat islam meskipun diluar masjid ketika mahu memberikan bantuan kepada orang islam. Ini dibuat bagi menjaga ahti dan perasaan orang islam meskipun mereka tetap menuduh adun sekadar ambil ahti bagi meraih simpati rakyat, itu biarlah Allah swt yang tentukan, soalnya apabila berbicara tentang IKHLAS, hanya orang islam yang tertakluk kepada nya, bagaimana pula orang -bukan islam- boleh terikat pada sesuatu yang mereka tidak belajar, or kurang arif?Sila rujuk ini, lihat jikalau ahli2 umno sendiri bertutup tika menjejakkan kaki mereka ke masjid.


Dengan terbongkar nya gambar ini, anda sebagai pembaca boleh memilih dan menilai baik buruk satu2 perkara. Bukanla PR neh complete secomplete completenya, tapi sebagai PR kami sedang berusaha membantu rakyat dari segi yang kami dapat bantu, kami bukan seperti BN yang hanya tahu attack PR dengan serangan2 politik yang remeh. Saya tidak tahu la, adakah isu -bukan islam- masuk MASJID layak dijadikan satu isu besar disini? sejujurnya saya rasa takde masalah kalau MIC dan MCA masuk masjid untuk menderma, hak mereka berbuat demikian, mereka mahu bantu orang islam so kenapa pula kita harus bersikap sombong diri menolak bantuan tersebut? saya tidak nampak itu sebagai satu kesalahan, membantu orang islam sekaligus membantu kita dalam berdakwah. Sebagai manusia kita saling memerlukan dan lengkap melengkapi, sikap angkuh, sombong, riak dan tamak hanya akan menghancurkan diri kita. Sikap yang ditunjuk oleh UMNO dan PERKASA dalam kes ini sebenarnya sangat keterlaluan. Oleh itu saya dan seluruh jentera penyokong kepada pakatan rakyat sedang MENCABAR, saya ulang MENCABAR


- MAIS
- JAIS
- UMNO
- PERKASA
- HARUNSANI


untuk mengulas isu ini, ketahuilah bahawa isu ini akan kami bawa bertubi2 menjelang PRU-13 nanti, ulang dan ulang bagi menunjukkan betapa BAGUS nya sikap DOUBLE STANDARD yang ditunjukkan oleh mereka yang benar2 lemah dalam sistem pentadbiran negara akibat berpolitik mengikut stail sekular, bukan nya cara islam meskipun mengaku sebagai orang muslim yang beriman.


Ameno : Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2, Cakap Allah swt jangan LAWAN!


sumber ehsan dari bumiputera berjaya

5 ulasan

Anonymous berkata...

"Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid"

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid

Anonymous berkata...

rosmah x tutup jambul mase masuk masjid diorg x bising pulok

Roof Repair berkata...

Well written article, well investigated and useable for me in the future.I am so happy you took the time and effort to make this article. Will be back soon.

topsoil berkata...

This really solved my problem, thank you!

vacation berkata...

fisher space pen