t>

Zunar lancarkan koleksi terbaru!!


Seperti yang kita sedia maklum tiga buah buku koleksi zunar sebelum ini telah pun di rampas oleh pihak KDN atas alasan bahawa KARYA KARTUN ZUNAR telah mempengaruhi fikiran anak anak muda. Mereka sanggup turun padang menjelajah dari satu kedai buku ke satu kedai buku semata-mata mahu menyekat karya zunar dari sampai kepada peminat-peminat zunar. Tiga buku koleksi zunar sebelum ini yang telah diterbitkan ialah

- 1Funny Malaysia
- Majalah Gedung Kartun
- Isu dalam Kartun.

Tujuan KDN berbuat demikian tak lain tak bukan ialah untuk menyekat ZUNAR dari terus MARA untuk menyebarkan dakyah kebenaran kepada rakyat, bayangkan dengan rampasan berbuku2 karya koleksi zunar, bukan kah ini telah merugikan zunar dan pihak penerbitan? Dan dengan keadaan kewangan yang terganggu sudah semestinya agak sukar untuk memperluaskan dan menyebarkan dakwah penyelewengan yang berlaku kepada rakyat marhaen bukan?Inilah taktikal mereka, menrencana bagaimana mahu menundukkan zunar agar dia berputus asa untuk terus berkarya bagi 'memerli' beberapa tindakan kerajaan yang dilihat sangat tidak relevant dan tidak cekap kepada rakyat pada masakini.

Namun sayangkan keazaman zunar terus kekal, dan terus bersedia dengan semangat juang yang tinggi.Kali ini zunar kembali dengan karya terbaru.. yang diberikan judul 'cartoon o-phobia'
Buku ini akan dilancarkan pada 24 september ini, bagi mereka yang berminat boleh membuat tempahan online dengan klik link ini

Tarikh pelancaran buku tersebut adalah seperti berikut ;

Date: 24 September 2010 (Friday)
Time: 8pm
Venue: KL & Selangor Chinese Assembly Hall, No.1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur
Guests: Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Zunar, Steven Gan

Jangan lupa baca ini juga

Ameno : Polis dan KDN takut kartun sebab mereka pun macam kartun. hahahahaha..

Tiada ulasan