t>

Breaking News

Cukupla PKR jangan buat hal lagi!

Baca berita neh yang dipetik dari malaysiakini.

Exco kerajaan Kedah S Manikumar mendakwa mesyuarat cabang tahunan Merbok dicemari dengan aksi "ganas" apabila perwakilan cuba menyerang, mengugut dan menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Bukit Selambau membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Muda dekat Kuala Kedah berhubung perkara itu awal petang semalam.

Katanya, dalam mesyuarat di sebuah dewan di Bedong semalam, terdapat "unsur-unsur penyelewengan" dan berlaku kekecohan apabila pengawas pemilihan menghentikannya.

"Ini mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan (perwakilan) pemilihan di situ dan mereka bertindak ganas untuk menyerang saya, mengugut dan menggamburkan kata-kata kesat.

"Saya rasa keselamatan saya dan keluarga saya terancam," laporan polisnya itu dipetik.

Semalam, Malaysiakini melaporkan proses pemilihan PKR cabang Merbok dan Jerai - kedua-dua di Kedah - ditangguhkan ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan.

Pemilihan bagi jawatan ketua cabang Merbok menarik perhatian apabila ketuanya Abdul Rashid Din menarik diri dan ahli majlis pimpinan pusat Saiful Izham Ramli merupakan calon tunggal bagi jawatan itu.

Manakala bagi jawatan timbalan ketua pula, Manikumar - yang memegang portfolio perdagangan dalam negeri - berdepan dengan naib ketua cabang, Mukhtar Ismail.

Usaha mendapatkan ulasan Manikmar hari ini belum berhasil.Malaysiakini difahamkan beliau kini berada di Thailand untuk urusan rasmi kerajaan negeri.

Manakala pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr Molly Cheah ketika dihubungi masih belum jelas berhubung kejadian itu. Bagaimanapun beliau mengakui "ada mendengarnya".

Sementara itu, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin hari ini mengesahkan penangguhan mesyuarat dan pemilihan di cabang itu.

Katanya, pihaknya telah menerima laporan awal daripada pengawas pemilihan yang bertugas di cabang tersebut dan "terdapat satu kumpulan yang menimbulkan kekacauan".

"Kita akan tunggu laporan penuh daripada pengawas dan akan membuat siasatan," katanya sambil menjangkakan masalah sebenar akan diketahui minggu depan.

"Selepas itu kita akan keluarkan kenyataan rasmi (mengenai perkara itu)."

Sementara itu, tambahnya, kecuali di Jerai, perjalanan mesyuarat dan pemilihan di tempat lain setakar ini berjalan lancar.

Ameno : PKR neh kena lebih peka. Maksud saya tunjukkan kepada rakyat kenapa PKR ni reliable pada politik di malaysia, suka ataupun tak suka, suatu masa nanti bila PR memerintah malaysia, kita sudah memuktamadkan bahawa DSAI akan jadi PM malaysia, so sila behave macam pemimpin2 yang cerdik sket. Janganla susahkan DSAI dari segala segi. REPUTASI pkr neh dah banyak kali terjejas berikutan dengan adun/mp lompat, kes rasuah, kes seks, so kenapa perlu timbulkan pergolakkan demi kuasa semata2? kalau rasa2 nak berkhidmat kepada rakyat, tolongla tunjukkan dan tonjolkan sikap2 yang perlu, buang segala prasangka dan syak wasangka. Duduk dalam PKR bukanla nak cari lubuk kekayaan or lubuk kuasa demi cita2 sendiri, duduk dalam PKR ialah nak memperjuangkan keadilan utk rakyat, keadilan yang dah dalam hilang/lenyap dari bumi malaysia sejak umno/bn semakin rakus dan ego memerintah negara. 

Dari awal pemilihan hingga nak hampir ke penhujungnya macam2 cerita yang kita dengar, dah macam cerita politik UMNO/BN pula. Macam2 kes dan cerita yang tak sedap dibaca oleh halwa telinga. Tolongla AHLI2 PKR, kalau rasa2 taknak berjuang demi rakyat sila keluar parti masuk umno jela. Tak perlu berpura2 duduk dalam PKR lepas tue musnahkan PKR dari dalam. Kelemahan PKR yang satu ialah mereka tak buat 'filteration' terhadap ahli2 mereka. Pemimpin2 mereka percaya bahawa ahli2 yang masuk bertanding dalam PKR adalah ahli2 yang jujur belaka. Tetapi nak salahkan pemimpin 100% pun boleh juga, sebab ahti budi dan kejujuran seseorang tue memang sukar nak baca dek akal kita yang terhad neh. 

Tapi, sedar tak sedar, beberapa perkara yang mereka buat neh sebenarnya telah menjatuhkan reputasi DSAI dari luar dan dalam sebenarnya. Bila satu2 isu membabitkan PKR ditimbulkan orang tak pandang yang buat isu tue sebagai pembuat masalah, takde. Tapi owang attack DSAI. Owang aim DSAI. dan put all mistakes toward DSAI. Last2 yang kena cerca balik DSAI. bukan owang yang buat masalah2 tersebut. Sama juga macam kes pemilihan neh, sana sini burukkan DSAI dan Wan Azizah. langsung takde ruang untuk DSAI berehat pun.. kena kutuk dan maki 24 jam oleh bloggers umno dan para penyokong mereka, tapi yang hairannya kadangkala ahli2 pkr sendiri yang kasi peluru untuk bloggers dan para penyokong umno tembak PKR, bukan owang len pun.

So secara tak langsung, perebutan kuasa dalaman neh sebenarnya menjejaskan peluang utk PR menakluk malaysia pada PRU-13 kelak. Dalam PR kita sebenarnya ada banyak pemimpin2 yang berkaliber. Saya sendiri suka kepada khalid ibrahim berbanding azmin ali, dengan hanya melihat air muka sahaja, saya dapat rasakan khalid lebih bijak buat kerja berbanding azmin ali, tapi apa sebab azmin menang dan khalid tidak? saya pun tak tahu. 

Entah kenapa, saya melihat PKR seperti kembar kepada UMNO. saya berharap persepsi ini akan hilang suatu masa nanti. Pada saya PKR adalah parti yang baru dan mereka perlu diberikan peluang untuk perbaiki diri, tetapi jika mereka menuruti jejak langkah UMNO memang saya akan sakit ahti. Tak dinafikan dalam PKR ada banyak bekas ahli2 UMNO.. tetapi saya percaya, ruang harus diberikan kepada PKR untuk mereka buktikan kemampuan diri. Dengan pelbagai masalah yang timbul dalam 2 tahun pemerintahan mereka di selangor, kita boleh melihat mereka semakin lama semakin matang membidas semula fitnah2 dari pihak pembangkang (BN). 

Saya harapkan sangat2 agar ahli2 PKR boleh membuat pertimbangan yang wajar dalam proses pemilihan kali neh. Tak perlula menimbulkan polemik bukan2, gaduh2 dan bercakaran sesama sendiri. Berbeza pandangan tue biasalah, adat. Dalam adek beradik pun sering kita bertelagah atas perbezaan pendapat neh kan pula rakan2/ahli2 pkr, tapi tak bermaksud perkara tersebut perlu diperbesarkan sehingga menjadi satu isu untuk mereka (UMNO) tembak PKR semula.

Dan, biarlah proses pemilihan tue berjalan dengan adil dan telus, tanpa wujud unsur2 yang tidak baik. Jangan samakan PKR seperti UMNO meskipun ahli2 pkr adalah ex-umno tue tak bermaksud bahawa PKR mesti membawa budaya UMNO!

2 ulasan

nur iema berkata...

mak saye ckp org2 pkr asalnya org2 umno yg dh kluar. sbb 2 perangai nk sama cm umno...
mcm releven.......

misteri berkata...

pas join gak ngn pkr...