t>

Breaking News

GALERI : Gambar2 pembunuhan kejam kes sosilawati dan tiga yang lain


KERETA Sosilawati dijumpai di Apartmen Angsana USJ 1, Selangor. - Foto Saifullizan Tamadi
ISTERI kepada pegawai bank yang hilang, Suzana Radim Pangat, 38, bersama anak-anaknya menunjukkan kad ucapan hari raya yang dikarang oleh anak-anaknya kepada ayah mereka selepas sidang media di kediamannya. - Foto BERNAMA
ANGGOTA polis mengawal di pintu masuk dan melarang media memasuki ke Ladang Gadong sementara menunggu unit Forensik Bukit Aman melakukan siasatan. - Foto Amran Hamid
ISTERI kepada Noorhisham Mohammad, Suzana Radim Pangat, 38, memangku anak bongsunya kelihatan sedih selepas mendengar berita malang apabila polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi mati dibunuh termasuk suaminya. - Foto Aizuddin Saad
BEKAS isteri pemandu Sosilawati yang di bunuh, Noor Fazilah Ab Sani, 33, mententeramkan anaknya, Izran Akmal Kamarudin, 9, dan Balqis Dayana Kamarudin, 12, (kanan) selepas mendengar pengumuman oleh polis melalui televisyen ketika di temui di rumahnya di Kampung Pilin, Rembau. - Foto Owee Ah Chun
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (kanan) ketika sidang media berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya, di ibu pejabat polis Daerah Kuala Langat. Turut kelihatan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhamad Sabtu Osman (dua dari kanan). - Foto BERNAMA
ANGGOTA polis mengambil butiran pekerja-pekerja ladang yang memasuki laluan jalan utama lokasi kes bunuh di Ladang Gandong ,Tanjung Sepat. - Foto Abdullah Yusof
DATUK Dr Mashitah Ibrahim datang melawat ke rumah keluarga Sosilawati di Taman Harmoni Gombak. - Foto Zunnur Al Shafiq
PILU...Isteri kepada pegawai bank yang mati dibunuh, Suzana Radim Pangat, 38, bersama bapanya Radim Pangat Ishak (kiri) tidak dapat menahan kesedihan pada sidang media khas di kediamannya di Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
ANAK bongsu kepada pegawai bank (Noorhisham Mohammad) yang mati dibunuh, Mohamad Faiz Ridzmi, 5, (depan) kelihatan sedih di kediamannya di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
ANGGOTA Polis Forensik menjumpai seutas jam tangan semasa operasi mencari bahan bukti di Tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah. - Foto Abdullah Yusof
KELIHATAN seorang jurugambar merakam gambar rumah peguam yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut di Banting. Rumah tersebut lengang dan tiada penghuni. - Foto BERNAMA
IBU Allahyarham Noorhisham Mohamad, pegawai bank yang mati dibunuh bersama jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, Satinah Mokhtar, meninggalkan perkarangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah menjalani ujian DNA di HKL di Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
SUSPEK utama (tengah) kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan tiga individu lain, diiringi anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke pejabat beliau di Jalan Kemboja bagi membantu siasatan. - Foto BERNAMA
ANGGOTA PDRM dari Unit Gerakan Marin menemui pisau ketika membuat operasi menyelam bagi mencari senjata dan barangan milik mangsa di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah. - Foto Rosdan Wahid
PETUGAS media menikmati makanan yang disediakan oleh ahli keluarga Datuk Sosilawati Lawiya di hadapan rumah di Taman Harmonis, Gombak. - Foto Amran Hamid
DATUK Sosilawati dikatakan dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor. - Foto Mohd Yusni Ariffin
ANGGOTA Forensik melakukan kerja-kerja mencari bahan bukti di Sungai Panchau di Kuala Langat dipercayai tempat pembuangan abu mayat Datuk Sosilawati dan tiga mangsa yang lain. - Foto Roslin Mat Tahir
SUNGAI Gelanggang Buaya lokasi tempat terjumpanya kepingan zink yang dipercayai digunakan untuk membakar mangsa. - Foto Luqman Hakim Zubir
Orang ramai yang mengunjungi Ladang Soon Beng Longan Trading di Tanjung Sepat, di Banting sempena cuti umum Hari Malaysia semalam berputih mata apabila polis menutup laluan ke ladang itu sejak Sabtu lalu berikutan penyiasatan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi mangsa kerana ladang itu terletak bersebelahan ladang suspek utama. - Foto Sairien Nafis
LOKASI kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat. - Foto Luqman Hakim Zubir
KEBUN sirih, chalet, kandang haiwan eksotik dan beberapa bangunan setingkat terdapat di ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditemuramah wartawan selepas melawat keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati.
SUSPEK utama (belakang empat dari kiri) kes bunuh Sosilawati dan tiga individu dibawa polis ke kunci air sungai berhampiran Pasar Besar Banting untuk mencari bahan bukti.
SAMSON Nahar menunjukkan baju Melayu yang dibeli untuk suaminya, Shafik Abdullah (gambar kecil), dua hari sebelum menyambut Aidilfitri baru-baru ini. (Dipercayai dibunuh oleh suspect kes pembunuhan sosilawati)
PENYELAM PDRM menemui seutas gelang di sungai berhampiran Pasar Besar Banting ketika mencari bahan bukti berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain selepas lokasi berkenaan ditunjukkan oleh suspek utama
POLIS mengawal ketat semua suspek kes pembunuhan Sosilawati ketika berada di Hospital Kuala Lumpur untuk ujian DNA.
MEDIA asing turut membuat liputan di ladang milik suspek utama kes bunuh Sosilawati dan tiga yang lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting
USHARANI ketika meninjau kawasan Sungai Panchau tempat penemuan tulang dekat Ladang Gadong, Tanjung Sepat(Suami dia dipercayai telah dibunuh oleh geng2 yang turut sama membunuh sosilawati dan tiga rakan nya yang lain)




Ameno : Kes neh tragis sebab melibatkan pelbagai mangsa dari pelbagai latar belakang.. ada kontraktor, bisnesman, ada usahawan.. ada peniaga dari luar negara.. suspect neh kejam mereka patut dihimpunkan dalam satu stadium utk dibaling batu oleh rakyat malaysia.. biar jadi pengajaran pada yang lain.. nyawa manusia bukan murah dan bukan pula mudah utk ditarik2/dicabut2 sedemikian rupa.






















1 ulasan

misteri berkata...

AL FATIHAH buat yg tlh tiada...moga kebenaran akn terungkap jua nt