Iklan raya di samakan seperti krismas dari tv3 suku! (Updated)
TV3 semakin melampau!! Jika selama neh mereka sering memesongkan akidah umat islam dengan menyajikan program2 hiburan yang keterlaluan seperti MENTOR, Ewah2, Juara Lagu, LG mystar, dan pelbagai lagi hiburan yang melalaikan termasuklah juga iklan2 tak tutup aurat dan lucah, kini mereka selangkah ke depan dunia yahudi bila menyamakan perayaan aidilfitri = perayaan kristian. Motif tv3 membuat iklan aidilfitri seolah2 seperti iklan krismas adalah untuk menunjukkan/membawa misi kepimpinan najib iaitu satu malaysia. Dalam iklan terbabit, bukan hanya, ada santa claus (kristian) semata2 tetapi turut diselitkan unsur2 seperti teratai (buddha) dan pelita (hindu) . Iklan neh sepatutnya membayangkan slogan 1Malaysia dari sudut yang positif, tetapi berubah menjadi bentuk negatif kerana apa yang dipaparkan bukanlah bermaksud 1Malaysia tetapi membawa maksud 1Agama. Adakah ini bermakna mereka mahu menyatukanpadukan semua agama duduk dibawah satu payung? Sudah tentu ini tidak boleh sama sekali, kerana setiap agama mempunyai definisi, pengertian dan perbezaan dari segi ibadah serta ibadat. Oleh itu iklan neh jelas telah memesongkan akidah umat islam secara terang dan keterlaluan. Ketika artikel ini ditulis (updated) saya dimaklumkan bahawa tv3 telah menarik balik semula tayangan iklan terbabit, dan telah meminta maaf secara terbuka menerusi berita di slot buletin utama. Namun apa yang amat dikesali ialah bukan hanya semata2 mereka perlu minta maaf, malahan mereka harus berani ke depan bagi menjelaskan beberapa persoalan yang timbul/wujud kesan dari kelalaian mereka sendiri. Apa yang amat mengembirakan protes menerusi laman ini telah menunjukkan bahawa hampir rata2 pemilik facebook menentang keras ke atas iklan yang disiarkan menerusi tv3. Ini bermakna umat islam di malaysia masih mampu membezakan baik dan buruk satu2 iklan tersebut, oleh itu alasan sekadar hiburan tidak lagi boleh digunakan oleh tv3 setiap kali mereka menerbitkan rancangan2 yang menjurus ke arah kemaksiatan. Protes rakan2 menerusi bloggers dan facebook dengan menegur dan menghentam iklan raya tv3 secara terbuka, sekaligus memaksa tv3 memohon maaf secara terbuka.
Beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya ialah
1. Tujuan iklan tersebut?
2. Idea/konsep siapa?
3. Pengarah iklan?
4. Kenapa iklan tersebut dilepaskan?
5. Apakah selepas minta maaf maka tv3 tidak akan diambil tindakan?
6. MAIS dimana?
7. Segala macam mufti bagaimanakah pendapat mereka?
Kesemua persoalan pokok ini harus didedahkan agar tidak timbul salah faham / persepsi negatif. Kita tidak mahu membuat andaian melulu dan sebarangan. Dan adakah tv3 akan menarik balik semua iklan2 yg seksi, lucah dan melampauai batas hiburan selepas ini?
Mari kita perhatikan defisini bagi ketiga2 agama yang cuba diselitkan dalam iklan 1Malaysia 1Agama.
Definasi Krismas dari Wikipedia adalah:
“Christmas or Christmas Day is an annual holiday celebrated on December 25 that commemorates the birth of Jesus of Nazareth.”1
Jika dirujuk perkataan “Christmas” dalam buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia, ia mengatakan:
“- Krismas, Hari Natal, Pesta Kelahiran Tuhan Yesus“2
Jadi jelaslah yang Krismas ini adalah hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Yesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25 Disember. Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan di sini yang Islam amat menentang doktrin syirik itu (Qur’an 5:76).
manakala bagi agama buddha anda boleh merujuk di sini dan agama hindu di sini
dan saya mengalakkan anda untuk baca artikel yang menarik ini bagi menambahkan ilmu pengetahuan kita bersama.
Misi mustahil 1Malaysia bertambah mustahil ble diselitkan dengan pengertian 1Agama..
Ameno : TV3 sudah semakin melampau, demi mengampu pihak tertentu, islam pun dowang berani langkah!
6 ulasan
realised database kapoorcs disturbances nordix punches anil bijay gwaxk benefits motivator bode
This blog site is pretty cool. How did you make it !?
Good day amigo. Impressive blog. Maybe you can also blog about this website?
!S!WCRTESTTEXTAREA000001!E!
Super-Duper site! I am loving it!! Will come back again - taking you feeds also, Thanks.Hello. Great job. I did not expect this on a Wednesday. This is a great story. Thanks!
I’m impressed, I must say. Really rarely do I encounter a blog that’s both educative and entertaining, and let me tell you, you have hit the nail on the head. Your idea is outstanding; the issue is something that not enough people are speaking intelligently about. I am very happy that I stumbled across this in my search for something relating to this.
Catat Ulasan