t>

Breaking News

Kejadian sebenar isu Pengetua Siti-Namewee.

Memandangkan isu namewee-puan siti hajah siti sudah semakin serius dan telah terpusing sehingga 360 darjah dari cerita asal, maka saya disini mahu menjelaskan kronology kejadian sebenar. Sebab utama saya mahu berbuat begini adalah disebabkan isu ini telah dimainkan oleh blogger umno secara berleluasa, dan penuh dengan fitnah. Mereka menghasut dan menambahkan garam, perasa, dan pewarna tiruan dalam cerita asal sehingga cerita asal kisah ini telah hilang sebaliknya kisah ini telah dipolitikkan dan bertukar menjadi isu perkauman dimana namewee pula dituduh sebagai menghina agama islam. Dan bila ada anak2 muda MELAYU/ISLAM/NON-MUSLIM/CINA yang percaya dan terpengaruh dengan fitnah BN/UMNO maka akan wujud peristiwa seumpama 13mei. Yang mana melayu vs cina. 


Sepatutnya mereka bertanggungjawab meredakan situasi, ini tidak mereka pergi tambah api. Stail api mengapi neh memang jati-diri mereka. Keuntungan yang mereka dapat dengan menjadi batu-api kepada rakyat ialah, rakyat melayu dan islam akan beralih sokongan dari PR kepada UMNO. Ini yang mereka buat dalam kes namewee-pengetua siti. Saya akan jelaskan satu persatu, dan saya pohon agar anak2 muda jangan sesekali membiarkan diri dipengaruhi, dihasut oleh owang lain untuk membenci kaum lain. Tidak kira anda melayu, cina dan india. 


Ingat kalau anda membuatkan diri anda dipengaruhi anda sebenarnya telah berjaya masuk ke dalam perangkap umno/bn. Dan kepada cina/india/non-muslim, saya ingatkan sekali lagi dengan tegas, kuat dan lantang, anda boleh membenci umno, anda boleh membenci bn akan tetapi anda tak boleh membenci melayu. Dan tidak boleh membenci islam. Ini kerana bukan semua melayu berperangai seperti UMNO. 


Oleh itu saya minta jasa baik anda, untuk tidak mengkhinzir2kan kaum melayu. (membabi2kan) Pada saat anda membabi2kan kaum melayu anda sebenarnya sudah selangkah ke dunia racist. Dan apabila anda racist, anda = bn = serupa. Begitu juga ada kaum2 non-muslim telah menghina islam berikutan kisah namewee-pengetua siti menjadi besar. Sepertimana yang saya selalu tegaskan, apabila seseorang itu berbuat salah, dia berbuat salah atas nama dia sendiri. Bukan atas nama islam. 


Islam tidak terbabit langsung dengan 'dosa' yang dia buat meskipun dia adalah seorang muslim. Jika anda tidak suka kepada individu terbabit, maka individu terbabitlah yang anda 'attack'. Jangan sesekali menghina dan meletakkan kesalahan kepada islam. Kerana Islam itu indah, penganut islam boleh sahaja tidak betul, kerana kekurangan ilmu, tetapi Islam dan Allah swt tidak akan pernah salah. Oleh itu, jangan ada di antara anda mencaci-maki islam akibat perbuatan seseorang yang menganuti islam. Adakah apabila seseorang cina itu membunuh, dan kebetulan dia adalah beragama buddha maka saya harus mencaci maki agama nya? sudah tentu tidak bukan? 


Semua agama mengajar penganut nya untuk berbuat baik. Pada saat anda mencaci maki islam ialah saat anda sudah terjerat dengan taktik umno. Dan apabila sentimen agama berpadu dengan sentimen kaum, maka akan tercetus lah konflik. Jika anda mahu negara malaysia ini aman dan damai, jangan sesekali ikut emosi marah dan membiarkan diri dipengaruhi oleh sentimen2 jahat yang disebarkan bagi menjamin kuasa politik sesetengah parti. AWAS! BERWASPADA LAH sebelum anda terkena!



Saya mulai dari kisah pengetua puan hajah siti inshah.

1. Dia membuat satu pengucapan yang berbaur racist.

2. Dorongan dia berbuat demikian adalah KONON NYA disebabkan, situasi politik yang mula tersebar di sekolah tempat dia mengajar, dia dikata adalah
pro umno, manakala kebanyakan guru2 lain adalah pro dap, pkr dan pas. Dalam erti kata lain, guru2 telah berpecah belah, kerana fahaman politik yang berbeza dan pengetua tidak suka. Dan terdapat juga cerita di mana, dia terdengar perbualan guru2 mengutuk umno dan dia tidak suka. (ini tidak semestinya sahih)

3.Sebelum itu terdapat cerita dimana dia dikatakan telah bermasam muka dengan seorang guru india akibat tuntutan guru india tersebut yang mahu menubuhkan persatuan tamil telah ditolak sebaliknya digantikan dengan kelab bahasa tamil. (ada beza ke persatuan dan kelab? aku pun blur)

4.So sehari selepas itu dia berbuat pengucapan ini (rujuk sini) pada perhimpunan sekolah untuk mengulas masalah displin yang serius.. (itu motif dia, tapi saya hairan, adakah hanya pelajar cina dan india sahaja yang nakal kat sekolah tue? bagaimana dengan pelajar melayu? semua nya baik dan santun? boleh tegur masalah displin tetapi tak boleh menjadi racist)

5. boleh jadi dia bertindak demikian kerana didorong rasa tidak senang melihat guru2 kebanyakan adalah pro pembangkang sedangkan tempat dia iaitu johor adalah kubu kuat umno.

6. Apa yang boleh saya rumuskan ialah apabila seorang guru berpolitik, samada dia suka atau tidak, dia sebenarnya telah mempengaruhi minda anak didik dalam berfikir. saya tidak tahu samada situasi ini baik ataupun tidak, terserah pembaca untuk menilai sendiri, akan tetapi jika ditanya pada saya, sejujurnya, saya melihat perkara ini ada pro-contra tersendiri, kalau berpolitik sampai terjejas prestasi dan pemikiran pelajar itu tidaklah patut, tetapi kalau tak boleh berpolitik, sebaliknya dipaksa pula untuk mengundi satu2 parti politik tanpa kerelaan nya, juga tidak patut.

7. Sejurus perhimpunan tersebut, ramai guru2 yang mendengar (bukan melayu, non-muslim) berasa tidak berpuas ahti dengan tindakan pengetua terbabit.

8. Apa yang menghairankan saya ialah kenapa tidak guru2 terbabit yang membuat laporan polis?kenapa perlu pelajar terbabit yang buat laporan polis?adakah kerana guru2 terbabit takut dikenakan tindakan tatatertib? ataupun sememangnya pelajar perempuan tersebut memang berniat untuk membuat laporan polis? yang ini saya tidak tahu maka sebab itu saya tidak boleh kupas lanjut. terserah pembaca untuk membuat penilaian sendiri. saya juga pernah berhadapan dengan pengetua yang racist. berbeza dia adalah cina, dia sangat racist dengan orang melayu dan saya berbangga kerana dapat melawan dia dengan penuh berani ketika saya bersekolah dulu. Hai Mr Tan? Adakah anda baca statement ini? Jika ya, saya menyesal sebab tidak report anda dulu. Racist adalah racist tanpa mengira bangsa, dan owang yang racist patut keluar dari negara.

9. Ini adalah laporan polis tersebut.


10. tindakan pengetua terbabit telah menguris ramai pelajar bukan islam dan bukan melayu. 

11. Selepas laporan ini didedahkan menerusi facebook, dan masuk berita sehingga kontroversi, 20 laporan polis kemudian nya menyusul terhadap pengetua terbabit. Dap tiada kena mengena langsung akan hal ini. DAP hanya tahu setelah laporan ini didedahkan di facebook/berita/twitter. Baik PAS, DAP dan PKR kami hanya tahu menerusi facebook/berita/twitter. Ada sumber mengesahkan bahawa laporan ini datang dari seseorang yang berpolitikal hindraf. Dan hindraf adalah parti yang membela kaum india. Tiada kena mengena dengan PR. sebab PR hanya di anggotai oleh PAS, DAP, dan PKR, SNAP sahaja! Oleh itu dengan menyebarkan fitnah bahawa DAP/PR yang cuba memperbesarkan isu ini sepatutnya tidak wujud. Kami juga terkejut bila mendapat tahu pengetua terbabit bersikap keterlaluan terhadap pelajar bukan islam.

12. setelah kes ini kecoh, pengetua terbabit telah membuat pengakuan maaf.

13.dia sepatutnya telah selamat, tiada kena mengena lagi kerana  telah tarik balik statement dia meskipun ada yang memberikan pendapat bahawa dia 'terpaksa' meminta maaf, paksa atau rela terserah Allah swt untuk decide.

14.Tetapi kerajaan kurang menwar-warkan statement minta maaf tersebut.

15. Dalam pada itu, ahli2/penyokong UMNO tak puas ahti. dowang rasa pengetua terbabit tak salah. Mahu tahu sebab apa? sebab dowang rasa cina/india memang pendatang.

16. Dowang mula politikkan isu neh dengan tujuan melaga2kan masyarakat malaysia.

17.sementara itu dalam mainstream medias pula hanya diwar-warkan pengetua tersebut tengah siasat, blablabla.. tunggu siasat.. blablablab.. hubungi jawatankuasa.. blablablabla.. kpm akan tubuh itu blablabla kpm telah soal ini blablablab.. tanpa di ceritakan bahawa pengetua terbabit telah pohon maaf, so ada rakyat yang tak puas ahti dan mereka mula sakit ahti.

18.salah seorang rakyat terbabit adalah namewee.

19.dia adalah rappez yang kontroversi kerana ini dan ini.

20.kisah lagu 'negarakuku' diterbitkan pelbagai version.

21.lagu terbabit adalah luahan dan pertanyaan seorang warga malaysia berbangsa cina dalam keadaan sinis dan geram terhadap kerajaan bn. Dia mahu tahu apa hak dia, dan apakah benar dia dikriminasikan? dalam lagu terbabit dia turut menyelitkan sindiran terhadap laungan azan.

22.terdapat satu tafrifan (dari sisi yg berbeza) terhadap lagu 'negarakuku' yang saya ingin kongsikan buat pembaca sekalian.Baca petikan ini yang saya dapat dari sini

Secara mudah ada 4 Mazhab reaksi terhadap lagu Namewee
1. Ambil tindakan/ marah / kecewa kerana menghina lambang negara (lagu kebangsaan)
2. Ambil tindakan/ marah / kecewa kerana menghina agama
3. Jangan ambil tindakan, kerana lambang negara yang digubah semula oleh Namewee adalah juga satu gubahsuai dari mamula moon. Perbincangan mazhab ini akan membenihkan idea kita perlu membina unsur negara yang baru atau tidak perlu langsung.
4. Jangan ambil tindakan, kerana keresahan Namewee dalam sebahagian isu yang dibangkitkan ada kewajarannya. sebagai warga Namewee berhak bertanyakan haknya untuk dilayan sama oleh negara dan kerajaan.


Bagi saya yang paling mendesak untuk diubati ialah keresahan Namewee. Soal keadilan pemerintah melayan dia sebagai warga, soal polis dan penjawat awam yang tidak efisyen inilah perkara pokok yang harus diselesaikan.Lagu Namewee adalah satu lagu patriotik, ia cintakan tanahair tapi kalau ikut bahasa Khalid jaafar, cinta namewee pada negara tidak berbalas, bertepuk sebelah tangan. Ini bukan hanya pada Namewee sahaja tetapi juga pada teman-teman generasinya yang sebangsa.

Namun dari reaksi beberapa teman terhadap pandangan kenyataan saya sebelum ini, pendangan ke-2, Namewee patut dihukum kerana beliau telah menghina Islam terutamanya bab azan begitu tebal dalam masyarakat Islam.tiada penjelasan yang lebih baik dari kata-kata Rastom dibawah:

Saya kira ramai yang marah kerana ada kaitannya dengan agama Islam di mana disebutkan hal azan yang sumbang. Tidak ramai yang ambil kisah perihal sumbang atau tidak azan kecuali orang itu tahu mengenai pitching atau tabaqqoh suara. Kerana telinga Namewee adalah telingan seorang pemuzik, maka sumbangnya suara yang diperkuatkan dengan amplifier itu menyentuh jiwa seni.Teguran ini elok diambil peduli oleh semua petugas mesjid supaya hanya yang benar benar boleh mengumandangkan azan sahaja yang menjadi bilal. Jika tidak boleh berlagu elok saja azan secara latar,straightforward tanpa dilagukan. Yang penging kalimat azan bukan lagu. Cuba bayangkan orang yang tidak tahu menyanyi mengumandangkan suaranya di mikrofon.



"Saya kira ramai yang marah kerana ada kaitannya dengan agama Islam di mana disebutkan hal azan yang sumbang. Tidak ramai yang ambil kisah perihal sumbang atau tidak azan kecuali orang itu tahu mengenai pitching atau tabaqqoh suara. Kerana telinga Namewee adalah telinga seorang pemuzik, maka sumbangnya suara yang diperkuatkan dengan amplifier itu menyentuh jiwa seni."

saya highlightkan sekali lagi pandangan yang saya petik dari sini. Terserah masing2 untuk menterjemahkan pandangan ini, sesungguhnya saya berpendapat bahawa ada benarnya juga pandangan saudara rustam ini, kalau dia tidak mendengar, tidak menghayati azan maka bagaimana dia boleh menafsirkan bahawa laungan azan itu sumbang? yang dia kata sumbang itu adakah suara, atau makna ataupun bunyi azan itu sendiri? saya tidak pasti. sila rujuk klip Negara-kuku. dan jangan lupa baca ini

23.Dia telah berbuat satu lagu ini untuk ditujukan kepada pengetua puan siti inshah. Sila lihat lagu tersebut di sini

24.blogger umno yg membela pandangan pengetua terbabit (sedangkan pengetua terbabit telah pun minta maaf dan tarikbalik statement tersebut, kini sedang diperguna2kan oleh blogger umno untuk meraih simpati rakyat agar mengundi umno) telah mula bermain api, hasut dan fitnah.

25.mereka fitnah kata namewee hina melayu dan islam.

26.bagi yang mendengar lagu tersebut, tahu bahawa namewee tidak menghina melayu dan apatah lagi islam.

27.namewee tidak mengutuk ibadah puasa.

28.namewee kutuk kpm = kementerian pendidikan malaysia = pak yidin (owang johor/TPM malaysia) = umno = kerajaan.

29.namewee kutuk tindakan racist pengetua terbabit.

30.so sekarang anda nampak tak apa yang saya nampak?

31. Daripada pujuk namewee dan rakan2 cina/india agar terima penjelasan/permohonan MAAF pengetua terbabit, mereka lebih suka mengapi2kan dan melaga2kan isu neh agar MELAYU vs CINA vs INDIA = rusuhan kaum.

32.jangan terpengaruh dengan hasutan mereka. mereka mahu meraih undi, memecahbelahkan kaum dan menfitnah PR.

33.saya lihat banyak ahli2 pr tegar (ahli2 pas terutamanya) sudah termasuk ke dalam perangkap umno menerusi satu group di facebook,saya amatlah terkejut apabila ada beberapa penyokong pas yang telah memberikan komen yang mana seolah2 berperangai seperti bn. ini tidak patut.

34.saya harap dengan penjelasan ini, anak2 muda penyokong pas, pr boleh tahu akan hakikat sebenarnya.

35.kita bersatu (melayu, cina, india) BN akan roboh, kita bercerai (melayu,cina, india) PR akan tumbang.

Kesimpulan-nya, saya merasakan bahawa pengetua tersebut adalah mangsa politik penyokong UMNO bagi melaga2kan kaum melayu, cina dan india. Manakala namewee pula adalah mangsa politik menteri pendidikan sebab dia terasa dihina dalam lagu namewee, dalam erti kata len, namewee ditangkap bukan sebab sebarkan racist, tetapi sebab memalukan TPM kita.


Ameno : Anda fikir, Anda tentu, Anda undi, Anda dapat.

Sumber kepada penulisan artikel ini





31 ulasan

mob1900 berkata...

Ameno buat kronologi yg tepat serta membiarkan pembaca menilai dan membuat keputusan sendiri. Kalau kat UMNGOK, gerenti dorang dah koyakkan baju, jerit nak mempertahankan apende, lompat ata kerusi (kalau tak seberat Papagomo/Parpukari) serta bergolek kat tanah mcm bomoh jual ubat.

Anonymous berkata...

Vote for BN ends here....

Andy Y. berkata...

Very Very Well written. :)

Anonymous berkata...

kebenaran pun sudah ada dan kita sebagai rakyat malaysia seharusnya bersatu padu untuk mehalau racist dari negara kita i love malaysia i love a races in malaysia dont be silly :D

join us on Facebook Anti Racism
http://www.facebook.com/?sk=messages&tid=1503830709979#!/group.php?gid=152258058133671&v=wall&ref=notif

Anonymous berkata...

is all races sorry

Anonymous berkata...

Assalamualaikum..Aku tak setuju dgn ayat~Tidak ramai yang ambil kisah perihal sumbang atau tidak azan kecuali orang itu tahu mengenai pitching atau tabaqqoh suara. Kerana telinga Namewee adalah telinga seorang pemuzik, maka sumbangnya suara yang diperkuatkan dengan amplifier itu menyentuh jiwa seni."~Azan hanya dimengertikan,dihayati,diselami mereka yang tahu zat ayat yang terkandung dalam azan tersebut yakni seorang muslim yang beriman kepada Allah.bukan dinilai oleh seorang kafir yang hanya tahu menilai dari sudut pitching,jiwa seni.Alhamdulilah jika laungan Azan dapat membuka pintu hati Namewee memeluk islam..mengapa perlu dimasukkan azan dalam vid tersebut..sebagai muslim perlu tegas jika Islam dipersendakan..mengapa diketepikan Islam hanya untuk menjaga hati satu pihak.salam..

Anonymous berkata...

suka fitnah BN dan UMNO ya..

Incek Akim berkata...

Thniah Ameno. Ulasan yg agak bernas.

Ape yg aku nmpk dlm isu ni; Cgu inshah pny kes ni msh dlm siasatan (bile nk abis siast, nth la).
Ucapn tu die tujukn kt studen, sbb tu studn yg wt repot polis. Boleh je klw cgu2 lain yg wat repot, tpi xkonkrit la kot. Sbb msj ucpn tu; mslh disipln plajr.
Pasal cgu2 lain main politik gk, aku xtw la yg tu sbb aku bkn mngajar kt skolah tu. Tpi sepatutnye cgu2 ni jdi professional la. Time sekolah, jgn libatkn politik.
Cgu inshah dh mtk mf, tpi xramai yg tw, mgkin laporan media dah “digelapkan” oleh pihak2 tertentu. sbb klw isu ni dimatikn sekerat jln, rugi la kt pihak yg tgh bsusah payah nk cari isu perkauman mcm ni.

Namewee pulak baru nak mula siasat; lagu NAH tu sbnrnye respon “automatic” yg dtujukan utk membidas ucapan cgu inshah, bknnye die tembak semua melayu.
3taun dulu die pnah wt salah, lagu negarakuku, die mtk mf, pastu die "dilepaskan". soalan, ape tndakn susulan KDN utk kawal die dri ulg lgi bnd tu? salahnye kt sini la; xde susulan dari kesilapan pertame. Sebab tu namewee berani buat lagi. (tpi klw die ade trme ape2 hukuman, tolg gtw aku. ape yg aku tw, namewee xkne hukum psl negarakuku tu)

Part hina azan tu, yg tu mmg aku btol2 marah. ape hak namewee nak hina agama islam? part ni aku xboleh kompromi langsung. aku xnmpk ape point utk die hine agama islam. klw ye pon die da lame nk mkn pnyepak, xpyh nk usik hal agama. die non-muslim, so what? non-muslim boleh hina agama islam ke? klw xtw baik diam la wee.

Kaum cine dan india ni kaum pndtg?
Klw zmn british jajah dlu, btol la. Diorg dtg dri negara asal sbgi buruh kt sni. Tpi skrg, yg ade skrg ni, bkn org dri negara asal (China & India). Dorg tu dilahirkn d sini, dibesrkn d sni, d aja dgn sstm pndidikan kt sni. Pndtg ke dorg? zmn org cine indie = pndtg dah abis. Generasi cine india skrg ni dh b’asimilasi dgn kite, rkyt msia.

Tapi kn, Namewee kne tgkp ke? Bkn die sndri yg g balai polis bgi statement ke?

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

Polis first pergi rumah dia untuk tahan dia (amek keterangan dia) tapi tak jumpa, but then dia sendiri ke polis and lodge statement bagi pihak dia. apa yang amat dikesalkan ialah sentimen racist telah diperbesarkan oleh bloggers umno. siti inshah sedang disiasat tak kiralah cepat or lambat biarlah siasatan berjalan, begitu juga dengan namewee , tak kiralah samada mereka berdua akan dihukum or akan dilepaskan or salah seorang akan dihukum dan salah seorang akan dilepaskan apa yg penting as rakyat usah tambah api, aku sedey baca statement racist dari cina/india terhadap melayu, dna melayu terhadap mereka, racist berbalas2. dan semakin teruk. semua ini harus dihentikan masing2 kena hormati masing2, masa utk membakar (oleh blogger umno) sudah tamat, kita as rakyat kena siram air akibat pembakaran terbuka yg gov buat.

Anonymous berkata...

bab azan kn hina tu mmg kita sbg umat islam x bleh trima, tp smada kita sdq @ x sdq2, tahukah kita knapa azan tu bleh dihina??? jwpnnya ada pd kita sbg umat islam sndiri pd hr ni yg sebok dlm urusan dunia, perpaduan melayu pastu ntah apa2lg smpai kbnykan dr kita lupa tuntutan Allah kpd kita utk menunaikn solat 5 waktu, aku rs mngkn Allah nk sdqkn kita bhw umat islam trutama di m'sia ni hny mrh apb org islam hina azan tp x mrh la plak bl org islam sndiri hina azan, camna tu??? cthnya bl dgq azan dok bt xtau ja, yg kerja trus kerja, yg blajq trus blajaq n mcm2 lg la tindakan kita, mngkn kita trlwt utk slt sbb ada urusan pntg xpa la (Allah lbh mngetahui)tp camna plak org yg ngaku dirinya islam tp x penah slt spnjg hdpnya...

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

But azan tue aku tegas mengatakan ianya salah kerajaan. kerajaan yg salah sebab lepaskan dia. kerajaan tak peka ble bab agama dipermainkan dan ble bab bangsa jadi pertikaian mereka melenting. sedangkan agama dulu baru bangsa. aku takde komen bab video kedua sebab video kedua dia tak salah langsung. bab video pertama aku lebih suka meletakkan kesalahan pada kerajaan. video pertama dia racist sbb dia rasa dia di dkiriminasikan oleh gov. setelah mendapat pengajaran dari video 1 maka dia buat video ke2 yg menolak racist, dulu dia racist kini tidak lagi. soalnya kenapa kerajaan tak amek tindakan dulu ? itu salah kerajaan. namun namawee tidak patut dipersalahkan kalau dia tak tahu pasal keunikkan/erti sebenar azan. dia bukanlah muslim. sedangkan muslim sebenarnya pun gagal hayati azan. namewee patut diperjelaskan agar jangan menghina agama owang lain itu patut dan tepat. sesuatu yg umno tak buat dulu/terlepas pandang or saja buat2 taknampak.

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

http://www.malaysiakini.com/news/140637

pengetua terbabit telah mohon maaf cuma tidak diwar2kan oleh itu biarla kita as rakyat memberitahu info neh kepada non-muslim dan meredakan kemarahan mereka, racist tak boleh dilawan dengan racist, api lawan nya air, saya percaya seme muslim faham konsep ini

Anonymous berkata...

amat setuju, hrp2 namewee xkan ulangi lg kslhn dia yg lalu, org bkn islam kalu dia hina islam mngkn dia x phm islam sbb dia bkn islam (jd tggjwb pd org islam utk mnjlsknnya), tp kalu yg islam hina islam ni yg troknya, kbnykn mrk x sdr mrk mnghina islam melalui tndak tanduk mrk, n didapati byk org2 islam di m'sia ni x phm islam yg btoi, mrk hny phm islam itu slt (tp ramai yg x slt pon yg 5 waktu tu), puasa, masjid n ada la lg yg ln tu, jd camna kita nk pastikn org2 islam ni phm islam yg syumul tu??? islam xkan nmpk indah kalu msh ada org islam yg x phm ngan islam sbb ada antaranya x penah dpt didikan agama yg sempurna sjk kecil

Anonymous berkata...

Tulisan yang bernas! Terima aksih kerana membuat penjelasan yang terperinci dan tepat!

Anonymous berkata...

apelah korang ni..jgn campur name mane2 parti politik dlm kes ni..sebenarnya anda adalah 'kuda kayu' pihak2 tertentu..ko dh tgk ke video clip namewee??luahan hati atau racist??kite bercerita secara tegak,xde bengkang bengkok,xde makne tersirat..bagi aku,ape yang keluar dr mulut adalah 'fakta'.pasal pengetua siti inshah,ade fakta secara terangan x die racist??bukan menyebelahkan,tp aku suke bercakap dgn fakta daripada dengar cerita org lain..aku x salahkan namewee sgt,tp salahkan kerajaan dulu..terlampau beri muka..klu di uk ngn holland,ko boleh cr makan (bangsa2 lain),tapi nak join politik??cakap lebih2?MAU X KENA TIKAM NANTI WOO...

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

Jangan CAMPOR? boleh kalau BUKAN bloggers UMNO yg mengapi2 kan takpelah. tapi MASALAH nya bloggers UMNO yg mengapi2 kes neh sampai jadi besar so nak tak campur tak campur kena cakap sebab ianya FAKTA!

Anonymous berkata...

Terima kasih kerana menulis artikel ini. Semoga Malaysia dijauhkan daripada bibit-bibit perkauman.

Alexander berkata...

Teramat sangat setuju dengan blog anda..

Sebenarnya saya pun hampa kaum sendiri(cina) yang asyik memaki hamun tanpa memahami sebarang benda..

Saya selalu menerima bukan semua melayu pun racist, sedangkan Cina sendiri pun racist tak tentu pasal..

Haraplah Encik Anwar selamatkan malaysia secepat mungkin....

Anonymous berkata...

Kot ye pun xpayah le ko highlightkan.. blogger umno yg nak mengapi2kan benda ni.. ntah sahih ke tidak.. klu xsahih.. kan ke 1 fitnah tu.. klu sahih buktikan.. skrg zaman internet mane leh percaya sgt.. ntah2 identiti tu sumenye palsu.. huhuhu.. dah menempah 1 dosa.. wallahuallah..

nora berkata...

hohooh..makin menjadi2 kes neh..due2 pihak pon salahkan..bek si cekgu n also si student...cikgu tu patut lebih alert ngn psikologi org2 kat sekeliling...student tuh plak kne tau hormat org lain..takkan sbb sorang yg bt hal...kwsn yg sewaktu dgnnye nk kne tempias gak...bkn ke cekgu2 takleh men politik..aish..mcm mane la nk bentuk student berkualiti kalo cekgu sndri mcm tuh...rasenye, tak perlu kot nk bertikam lidah tunding2 jari kat sesape,bt ni sebagai pengajarn so that kite takkan buat mende yg same...Dia Maha Mengetahui, n Maha Adil..biar die yg tentukan hukuman untuk si pesalah....

P/S: kpd cekgu2 and also bakal2 cekgu...sblm bertindak dpn student, pk msk2 dulu...student pn same... :)

reennie berkata...

i love your writting~

alifreyes or berkata...

nice.. i follow

teh berkata...

Good One. For Malaysia!!! We all can make Malaysia a better place.

Anonymous berkata...

apada blogger, nak ckp jgnla ikot logik je, kurangkanla personal interest, kalo xde bukti jgn main tembak je, ni bukan care pk org ISLAM, sdarkah anda anda sdg juga memolitikkan isu ini??dan jgnlah sebarkn perkara yang berlandaskn fikiran kita sendiri ntah btol ntah idaknye..tp, 1 aku x stuju bila anda menyatakn pandangan anda mengenai isu azan.nyatalah anda bukanlah seorang yang memahami islam dan penghormatan beragama

Anonymous berkata...

namewee secara jelas menghina Islam dan anda membela dia? saya selaku org Islam berasa amat sedih dgn anda....

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

saya tak bela la bro, cuba fahamkan saya cuma nak redakan suasana, bab dia hina islam tue umno tak pernah hukum dia yang neh umno hukum sebab dia hina muyiddin awak tak pernah nak faham sebab yang sebenarnya buat apa saya tulis panjang2 terangkan kalau kesudahan masih tetap taknak terima penjelasan kami? konon nya pas la yang teruk, buruk dan hina, umno so suci kan? terpulang masing2 ada opinion masing2 tak kuasa der nak memujuk kalau rasa nak bersikap racist biarlah buatlah no hal der.

dan buat anom : ble aku ulas ikut logic? masing2 ada penilaian dan pandangan masing2 tapi tak perlu sampai menuduh bro

Giuliana DePandi berkata...

I used to love reading your blog, but lately it's been a little boring. I'll still read it though =)

Roof Repair berkata...

Abr. Quarrel, sir? No, sir.

landscaping berkata...

A cool blog post right there mate ! Thank you for it !

Life Plus berkata...

@Dead Air ummm Dead Air: Agreed. Even coming from him, the ignorance and arrogance is impressive.

Sunset Island Home - Miami Beach, FL berkata...

I usually do not understand until the end of what exactly is written here, because I have no idea of English so well. You can write it more obviously? Check viagra.