t>

Breaking News

Umno : Cina berdosa kalau masuk Masjid dan menuntut hak!

Banyak penyokong2 UMNO seringkali menggunakan alasan perpaduan melayu bila satu-satu isu yang berkaitan melayu di bangkitkan oleh parti2/perseorangan apabila mereka memberikan pandangan yang 
sangat kontras.


Contohnya terbaru dalam isu/kes namanwee. Kes Namanwee menjadi polemik apabila dia membuat satu lagu yang bertajuk nah, yang anda boleh lihat sendiri disini, untuk membalas sentimen racism yang ditujukan kepada seorang pengetua yang racist berketurunan melayu.


Ringkasnya ini bukan racist vs racist. Tetapi bertukar kepada melayu vs cina. Dan UMNO yang membuat persepsi demikian. Ketika pengetua tersebut berkata-kata begini kepada cina/india di malaysia,


SAYA BAWA KERETA PROTON SAGA. AH CHONG & MUTHU MENUMPANG DALAM KERETA SAYA. KAMI SAMA-SAMA MENUJU KE SATU DESTINASI.TETAPI ITU TIDAK MENJADIKAN AH CHONG & MUTHU MEMILIKI KERETA PROTON SAGA TERSEBUT KERANA SAYA TETAP PEMANDU


Tiada satu pun tindakan yang di ambil oleh kerajaan bagi menjaga ahti kaum cina/india yang terasa. TIADA. Dalam masa yang sama cina/india/sabah/sarawak di momokkan dengan slogan satu malaysia.


Oleh kerana merasakan bahawa dia adalah 'apart of malaysia'maka namanwee tampil membalas komen racist daripada pengetua terbabit, kerana dia mahu semua rakyat malaysia dan semua rakyat umno sedar bahawa dia bukanlah pendatang. Ya, memang moyang, piut, keturunan2 sebelum dia adalah pendatang. Tetapi dia bukan pendatang. Dia adalah rakyat malaysia, lahir di malaysia, sekolah di malaysia, makan, hidup, berkawan dan berkarya di malaysia, maka apa yang membuatkan dia bukan MALAYSIAN?




             
Adakah kerana dia cina maka dia bukan malaysian? adakah kerana dia bukan melayu menjadikan dia bukan malaysian? Bagaimana dengan cina2 yang lain? India2 yang lain? adakah mereka bukan malaysian?Atau hanya cina MCA dan india MIC sahaja berhak menjadi rakyat malaysia?


Oleh kerana polemik ini telah bertukar menjadi MELAYU vs CINA, maka penyokong2 umno mengharapkan agar ahli2 PAS/PKR (yang melayu, islam) akan menyokong tindakan umno. Mereka turut membangkitkan isu ejekan azan yang pernah dikutuk oleh Namanwee. Isu lepas yang mana Namanwee pernah mohon maaf, kerana dulu dia bersikap RACIST. Ya, sejarah lepas membuktikan Namanwee adalah RACIST. Tetapi past is past. Now we talk about current situation, with current condition. Situasi kini ialah Namanwee bangkit menentang racism. Dari seseorang yang racist, dia bertukar menjadi anti-racist. Dan dia tetap ditangkap /didakwa dengan melulu oleh kerajaan malaysia.


Saya boleh faham dan terima jika dia ditangkap atas sebab dia racist, menghasut dan memecahbelahkan kaum atas kes pertama. Tetapi saya tak boleh nampak, jika dia ditahan buat kali kedua dengan menggunakan sebab yang sama kerana sebab2 tersebut langsung tidak wujud dalam kes kedua dia.


Penyokong2 UMNO mempersoalkan ahli2 pas/pkr (melayu) kerana berada disebelah pihak namanwee. Sememangnya mereka tak faham perkara sebenarnya. Kerana mereka MALAS nak faham dan MALAS nak ambil tahu.


Hal sebenarnya PAS tak boleh menyokong UMNO bila mereka berbuat salah. Jangan berikan alasan atas nama perpaduan kaum melayu. Kami ahli2 pas sudah jemu mendengar alasan tersebut. Kerana UMNO seringkali hanya akan tampil kedepan apabila isu 'MELAYU'menjadi pertikaian. Bukan isu islam. Mereka tiada ahti mahu memperjuangkan islam. 


Sama seperti kes YB Teo. Isu itu menjadi pertikaian antara MELAYU vs CINA. Mereka sanggup menggunakan agama untuk meraihkan simpati rakyat. Sebaliknya mereka dihentam balas dengan begitu teruk oleh rakyat. Alasan bodoh yang dicatatkan oleh UMNO dan PERKASA sebenarnya telah memalukan kaum melayu dan islam.Hanya 'islam' boleh masuk ke masjid adalah satu tindakan yang mengarut. Belum tentu muslim yang masuk ke masjid adalah bertujuan untuk beribadat semata2. ada yang suka masuk ke masjid untuk mencuri tabung derma, dan kasut para jemaah. Ada yang suka mencuri peralatan masjid. Mereka ini yang patut disekat dan dicegah ke masjid. Merosakkan harta masjid dan menyusahkan para pentadbir masjid. Bukan YB Teo. Dia hanya memberikan kata2 aluan,menyampaikan sumbangan dan mengeratkan silaturrahim. Dia tidak salah.


                  
Apa yang membuatkan dia nampak salah ialah sebab ahli2 MCA tidak berbuat demikian. Apabila ahli2 MCA tidak berbuat demikian maka UMNO naik angin. Saya tidak nampak perlu nya UMNO mengamuk dan naik angin kerana MCA dan MIC tidak mahu melawat ke masjid. Ini adalah disebabkan ahli2 UMNO sendiri jarang ke masjid. Mereka ke masjid bila ada perkara yang membabitkan UMNO. Dan bukan perkara yang membabitkan ISLAM. definisi masjid sebagai rumah Allah swt, telah disalahanggap/disalahtafsir sebagai 'rumah umno'. Mana boleh macam tu. Sesiapa sahaja hamba-NYA berhak mendapat perlindungan di rumah Allah swt selagi mana mereka tidak berbuat kerosakan.Selagi mana mereka tidak bertujuan jahat terhadap rumah Allah swt dan penghuni2 rumah Allah swt. Selain dari itu tindakan UMNO/PERKASA yang meminta agar sumbangan YB Teo dipulangkan semula kepada Yb tersebut adalah sesuatu yang karut, adakah hanya muslim memberikan derma kepada muslim, dan bukan muslim tidak boleh menderma kepada bukan muslim? Ramai bukan muslim memberikan derma di GAZA dan mereka tidak memandang perbezaan agama satu pertikaian yang besar sepertimana yang PERKASA lakukan.


Kalau pun DAP masuk ke rumah Allah swt atas sebab berpolitik. itu tetap bukan satu pertikaian yang besar. Sekurang2nya mereka sudi masuk, sudi kenal, dan sudi ambil tahu tentang islam. Ini tidak sama seperti MIC dan MCA. mereka tak ingin ambil tahu langsung.


Apabila sentimen MELAYU dan ISLAM bercampur, akhirnya rakyat akan keliru dan merasa tidak aman. UMNO memang bijak main peranan. Dia tahu sebahagian melayu cukup marah pada cina yang usik hak melayu. Dan dia juga tahu sebahagian melayu cukup marah kalau islam di usik. Dia tahu semua nya. Dia tahu memasak ramuan ini. Dan apabila PAS dilihat gagal menangani isu yang berkaitan dengan ISLAM dan PKR dilihat gagal membela orang melayu, maka undi orang melayu dan muslim akan berpihak kepada UMNO.


Umno sebenarnya tidak pernah memperjuangkan melayu dan islam. Persepsi salah ini telah dibentuk lama dulu oleh UMNO bagi meraih sokongan rakyat. Hal sebenarnya adalah begini. Umno hanya memperjuangkan nasib penyokong2 umno dan pembodek2 umno.Ini perlu kerana tanpa mereka maka umno akan terkubur. Penyokong2 UMNO telah dibentuk untuk bersikap racist dan BODOH. Umno tidak akan ambil ahli yang cerdik. Ya ada ahli2 yang cerdik, mereka naik dan mereka pula menindas ahli2 yang tidak cerdik. Senario ini berterusan dari tahun ke tahun. Yang cerdik jadi pemimpin dan penipu. Itupun tak cerdik mana. Boleh lihat kepada polisi2 yang telah 'sang cerdik' neh buat. Polisi yang mana kita sebagai rakyat biasa pun boleh buat dan boleh fikir lebih bagus dari mereka. 


Contoh polisi 'cerdik' mereka ialah polisi dasar sekolah kebangsaan dan dasar sekolah jenis perkauman. Dasar sekolah neh sepatutnya dihapuskan terus. Sepatutnya mereka boleh fikir, dengan mengasingkan ketiga2 kaum utama di malaysia mereka sebenarnya menjarakkan kita. Apa tujuan mereka menjarakkan kita, hanya mereka yang lebih tahu. Tetapi rentak mereka kita sudah boleh baca. Mereka mahu kita jangan saling berpadu meskipun mereka seringkali memomokkan malaysia sebagai negara yang bersatu padu.. 'Nah'!! 


Dasar pendidikan kita sangat lemah dan sangat teruk. Sepatutnya kita buat satu sekolah. sekolah yang ada banyak silibus, subjek yang boleh dipilih oleh murid2 macam 'pra-university'. Adakah UMNO bercita2 dan mengharapkan kita sebagai rakyat tidak menjadi pandai sepandai2 nya? sebab tue mereka mencipta polisi pendidikan yang teruk neh? Ya, hanya Allah swt yang lebih tahu.


Bila semua kaum duduk di satu sekolah, maka mereka bergaul, dan mereka membentuk satu perpaduan. Dasar sesenang ini pun mereka (UMNO) gagal melaksanakan, apatah lagi dasar2/polisi2 yang lebih memerlukan ketekunan dan pemerhatian yang lebih mendalam?Ini semua sesuatu yang mungkin jika PR menjadi kerajaan. Dan tidak mungkin apabila UMNO/BN terus terusan menjadi pemimpin/tunggak negara kita.


Sebab tue saya kata sekali lagi, KONSEP SATU MALAYSIA adalah konsep yang karut. Bagi yang mempercayai gagasan najib mereka adalah BODOH. Ya, saya terlalu berterus terang kan? Maaf, saya bukan pembodek. Saya cuba dan cuma menzahirkan realiti. Realiti yang satu malaysia harus terima. 


Realiti nya kita akan terus terusan berhadapan dengan konflik perkauman kalau UMNO masih berkuasa. Baik UMNO, MCA.MIC dan BN mereka semua haprak dan menyusahkan kita.


Dan realitinya umno akan terus mengenakan PAS apabila PAS tetap degil dan engkar untuk berpadu dengan mereka.Dan realitinya pas tidak akan berpadu atas nama bangsa. Jika mereka mahu, mahu sila berbuat perkara2 ini terlebih dahulu. Ini bukan syarat PAS, tetapi syarat ISLAM.


Tegakkan hukum Allah swt di bumi Allah swt. Hukum Allah swt tidak tertakluk kepada hudud semata2, ianya menyeluruh, bab halal-haram, bab pendidikan, bab pergaulan, bab hiburan, bab ekonomi, bab rumah tangga, segala2 bab.. semua nya tegakkan. Jika umno mahu berbuat demikian, tanpa perlu disuruh maka kami PAS yang akan kedepan, malahan lebih kedepan dari UMNO kerana itulah perjuangan PAS selama ini.


Dan jika itu berlaku, maka ahli2 UMNO akan melihat betapa bersatu umat islam dalam menegakkan yang HAQ dan mencegah yang BATIL. Mereka akan terpegun sendiri. Mengalahkan cina2 MCA dan DAP yang bersatu membela Namanwee. Cina jika digelar pendatang mereka akan bersatu. Bukan hanya DAP sahaja yang cina, MCA juga cina. Dan mereka sedar mereka bukan pendatang sebab mereka ada hak di malaysia kerana mereka lahir disini. 


Kesimpulan nya, Bersatu atas nama bangsa bukan cara orang islam. Ya mungkin itu cara orang bukan islam, dan sayangnya UMNO terlupa yang PAS adalah parti berlandaskan ISLAM dan hanya mahu menegakkan ISLAM berdasarkan kepada suruhan Allah swt. Oleh itu saya mahu tanya, adalah UMNO ialah parti islam ataupun adakah benar yang majoriti ahli2 UMNO adalah ISLAM? Jika ya, sila bertindak sebagaimana orang islam patut bertindak. 

Ameno : Dalam ISLAM tiada RACIST.

2 ulasan

mob1900 berkata...

Terharu ako baca penulisan seorang Islam yg berjiwa rakyat. Respek Ameno.

Anonymous berkata...

"Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid"

Sumber: Portal Rasmi Fatwa Malaysia.
www.e-fatwa.gov.my