t>

Bajet RM = Rosmah Mansur..

Baca sini untuk intipati bajet 2011 yang dibentangkan oleh perdana menteri kita, najib razak semalam.. Antara perkara yang paling menarik sekali ialah ;

Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

WOW.. menjadikan malaysia syurga membeli belah? Kenapa najib boleh terfikirkan idea ini? Sayang betul najib pada rosmah sehingga satu malaysia terpaksa tanggung akibat demi kasih sayang najib terhadap rosmah neh.. Menjadikan malaysia sebagai syurga membeli belah demi memuaskan nafsu 'shoppaholic' rosmah mansur mungkin? Baca petikan ini
 

Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.
Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
Bajet kali ini, telah mengenepikan kelantan, dan negeri-negeri pimpinan pakatan pembangkang.. tidak pasti kenapa, mungkin najib/bn merasakan bahawa mereka sudah tiada peluang untuk merebut kembali negeri2 yang telah mereka hilang pada pru-12 yang lepas. Apa yang paling mendukacitakan ialah, bajet ini sama seperti tahun-tahun sebelum nya, masih mengenepikan, golongan miskin dan yang berpendapatan rendah.

Projek-projek mega pula, sudah tentu akan disalurkan kepada kroni-kroni mereka seperti selalu nya.. dan seperti tahun-tahun sudah.. tiada langsung bajet untuk menambah kecekapan pdrm, ataupun unit forensik bagi mempercepatkan siasatan ke atas satu2 siasatan jenayah (makmal forensik yang canggih, dibantu kelengkapan yang canggih dalam penyiasatan). 

Juga tiada bajet untuk rakyat miskin bagi mendapatkan kesihatan yang terbaik pada harga yang ter-rendah.. ada? takda.. haprak. semua khas untuk golongan kaya, dan kaum kerabat mereka. Yang kaya terus kaya, yang miskin akan semakin kayap.. Syabas.. well done..

Ameno : Agihan zakat kalau telus, sudah pasti yang miskin sudah tidak wujud lagi.. sejarah sudah membuktikan. 

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/145479 
http://www.malaysiakini.com/news/145489

1 ulasan

Anonymous berkata...

romeo n juliet Malaysia...sampi tua pn romantik lagi...seb baek x buat Taj Mahal...kalo x lg haru...