t>

Hentikan penggunaan susu similac (Para ibu-bapa tolong alert)



Untuk pengetahuan pembaca, baru-baru ini menurut reuters beberapa susu similac telah ditarik-balik berikutan tercemar dengan kumbang. Boleh klik dan membaca di link berikut jika merasa was-was dengan berita yang saya sampaikan ;


Persoalan nya, kenapa berita seperti ini tidak tersiar di surat khabar / media perdana di negara kita? Masyarakat kita perlu tahu, bahawa susu similac telah tarik-balik di beberapa negara seperti Amerika dan Saudi Arabia.

Susu Similac, dikatakan tercemar dengan kumbang dan 'larva nya' oleh sebab itu, tindakan menarik semula susu similac yang telah dipasarkan di beberapa negara di anggap tindakan bijak, kerana susu tersebut, diberikan secara langsung kepada bayi-bayi, yang baru dilahirkan, yang mana kita semua tahu, sistem imunisasi mereka masih lemah dan sedang diperingkat awal pembentukkan.

Samada, susu tersebut diyakini tercemar ataupun tidak di malaysia, pengumuman ini tetap perlu dilakukan, bagi memastikan kementerian kesihatan benar-benar buat kerja, dan mengesahkan bahawa susu similac yang dipasarkan di malaysia bebas dari sebarang pencemaran dan jangkitan.

Apabila kementerian kesihatan memilih berdiam diri, masyarakat pada dasarnya menganggap bahawa kementerian kesihatan tidak peka, atau boleh sahaja disebut sebagai 'tidak tahu' akan perkembangan semasa.

Oleh itu, saya menyeru kepada ramai ibu-bapa di luar sana agar berhati-hati dalam memilih product susu yang tepat untuk bayi masing-masing. Susu similac ini juga suatu ketika dulu, pada tahun 2006-2009, diragui status halal nya.. saya percaya, pembaca sudah bijak menilai dan mencari maklumat sendiri, boleh google untuk kepastian. 

Ameno : Jangan lupa baca link yang telah saya berikan, kerana dalam salah satu link terbabit, dinyatakan code/product code, yang dipercayai dijangkiti dengan kumbang. Jika anda rasa, code susu similac yang anda beli itu, dekat2, hampir samada sebelum ataupun selepas code yang tercemar tue, saya nasihatkan tak perlu beli. Biar, no code terbabit, jarak-jarak, bukan apa, walaupun mungkin bukan code no tue yang tercemar, tapi kalau no code dekat2 tue.. bimbang juga, 'sia2' dia mungkin ada serba sedikit. Apa pun terserah pembaca untuk menilai susu terbaik untuk anak masing2.

Sila baca ini


Tiada ulasan