t>

Kes Sosilawati : 4 suspect di dakwa.

Peguam, N Patmanabhan dan tiga yang lain dituduh di Mahkamah Majistret di Banting, membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

NONEMereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.
Tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah itu untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van manakala Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.
NONEBeberapa minit kemudian pasukan pendakwaan yang mengandungi Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah.
Tiada pengakuan diambil daripada keempat-empat tertuduh yang kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia untuk Pathmanabhan dan bahasa Tamil untuk tiga yang lain. 

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Ameno : Hanya 4 suspect di dakwa? tapi yang bersuhabat sket punya ramai.. mungkin mereka akan di dakwa atas kesalahan yang lain? Harap2 polis jangan lepaskan satu suspect sekali pun, tak kiralah mereka membunuh ke bersuhabat ke, apa ke, yang penting jangan bagi peluang pada gangsterisme berleluasa kat malaysia neh. Tolongla, kami rakyat malaysia mahukan negara kami aman damai dan bersih dari semua budaya2 liar, seperti gangsterisme, pembunuh saiko, dan etc.. 

Tiada ulasan