Saudara atau datuk.. ? Ibrahim Ali yang cool..
Berita hari ini adalah berita yang paling mengembirakan bagi beberapa individu tertentu ;
- Penyokong/Ahli tegar pas.
- Nazri Aziz
- Khairy Jamaluddin
Ini berlaku, kerana pingat darjah kurniaan 'DATUK' yang diberikan kepada YB Ibrahim Ali telah ditarik balik oleh sultan kelantan pada hari ini. Boleh baca lanjut kat sini. Sukacita dinyatakan, saya juga sangat gembira ketika mendapat perkhabaran ini, seolah2 meraikan hari kemerdekaan ketika mendapat tahu gelaran datuk ibrahim ali ditarik balik.
Namun, sayangnya meskipun gelaran datuk di tarik balik, dia masih boleh dipanggil sebagai datuk, berikutan dia sebenarnya masih mempunyai dua pingat darjah kebesaran datuk, masing2 di melaka dan selangor.
Ini bermakna dia sebenarnya telah mendapat tiga pingat darjah kebesaran datuk. Boleh ke begini? Kalau begitu adakah sebelum ini gelaran bagi ibrahim ali adalah begini ;
Datuk Datuk Datuk Ibrahim Ali? jika satu datuk terlucut maka nya dia ada Datuk Datuk Ibrahim Ali?
Pelik pula kalau begitu, tetapi itulah realiti nya, meskipun dia kehilangan salah satu pingat darjah kebesaran datuk, dia masih seorang datuk dan masih layak digelar datuk. Sila baca petikan kata2 ibrahim ali ketika memberikan respon balas setelah mendapat tahu pingat kebesaran datuk dilucutkan ;
Datuk Ibrahim Ali berkata, “anda masih boleh memanggil saya Datuk.”Kata beliau lagi, jika tidak mahu panggil sebagai “Datuk”, orang ramai boleh memanggilnya “saudara.”Presiden Perkasa ini berkata, beliau mempunyai dua lagi gelaran “Datuk” yang dikurniakan oleh Melaka dan Selangor.“Boleh, anda masih boleh panggil saya Datuk. Saya masih ada pingat (Datuk) yang diterima daripada negeri lain,” kata beliau.“Jika saya tiada gelaran Datuk, OK, tak mengapa. Saya rela dipanggil sebagai Saudara Ibrahim Ali. Jika anda tidak panggil saya Datuk, OK. Ia perkara kecil sahaja,” katanya lagi.“Bagi saya bukan isu besar Sekarang ini mereka yang tiada Datuk pun dipanggil Datuk ” katanya lagi Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan perkembangan terbaru ini
Katanya keputusan itu kemungkinan diambil ekoran krisis Istana Kelantan “Saya tidak tahu sebabnya Ia tidak dijelaskan kepada saya ” katanya lagi “Saya telah mengunjungi Sultan Kelantan sebelum ini sebagai kawan kerana baginda kegeringan ia kali pertama saya menghadap kunjung baginda sejak baginda pulang dari Singapura
“Dan baginda rapat dengan saya sebagai kawan karib jadi itu sebabnya saya mengunjungi baginda. baginda telah bertanya tentang saya. Saya dan baginda berbual macam biasa dan kemudian hari ini darjah kebesaran ini ditarik balik ” katanya lagiSo, sekarang kalau nak panggil saudara pun boleh? Sebenarnya saya berharap dia offerkan diri, agar kita gelar dia kodok ataupun katak, itu lebih tepat kan? Tetapi kalau perhatikan dari cara ibrahim ali menjawab soalan ini, jelas ibrahim ali macam kesah kan? cuba baca baris ayat terakhir tue, "baginda rapat dengan saya"? "baginda kawan karib saya'? Lepas tue mengaitkan dengan krisis istana? Apa motif ibrahim ali cakap seperti itu?
Ameno : Gelaran Datok atau Katak lebih tepat?
Tiada ulasan
Catat Ulasan