t>

Projek Istana Negara mendedahkan penyelewengan..



Anwar Ibrahim telah mendedahkan satu perkara yang sudah biasa di dengari oleh rakyat marhaen. Penerima tender yang membina istana negara yang baru, disebut oleh Anwar Ibrahim sebagai "tidak layak". Ini kerana syarikat terbabit, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007. 

Projek ini bernilai jutaan ringgit, bukan seringgit dua. Bagaimana mungkin kakitangan kerajaan (disebut sebagai UMNO) boleh terlepas pandang perkara yang sebegini besar ini? Dakwa anwar ibrahim lagi ;

"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok. Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib. Cadangan pembinaan dengan kos RM395 juta ditawarkan kepada Maya Maju mengikut konsep penswastaan tetapi selepas rundingan terus dengan JKR, ia naik menjadi RM650 juta.Tiada penjelasan berhubung kenaikkan mendadak ini dan kosnya itu sekarang meningkat kepada RM811.2 million."
Anwar turut menambah beberapa perkara berikutan penemuan tersebut ;

- Syarikat terbabit tidak mendapat kebenaran untuk menggunakan nama syarikat 'Maya Maju Sdn Bhd' disebabkan nama tersebut telah didaftarkan ke atas satu syarikat yang lain.

- Tiada penjelasan terperinci di buat kenapa kos membina istana baru naik dari rm400juta kepada rm800 juta? (Nilai tender ini pada asal nya ialah rm200juta sahaja)

- Pihak pembangkang melalui ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, akan menimbulkan isu itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menuntut siasatan terperinci berhubung projek kontroversi berkenaan.


Ameno : Jangan berharap terlalu banyak, bahawa siasatan neh akan berjalan dengan adil seadilnya. Saya ingin menyentuh satu perkara, dalam pada UMNO cuba menjatuhkan dsai dengan cara / taktik terkeji dan terhina, dsai tetap bangkit mendedahkan penyelewengan2 UMNO.. kenapa? kerana pihak pembangkang hanya akan membantah dasar2/polisi2 kerajaan yang terbukti menyusahkan rakyat malaysia. PR tiada masa untuk berpolitik 24 jam untuk menfitnah/mengaibkan/menabur fitnah, situ sana sini.

Tiada ulasan