Pemberi Maklumat Sarawak Report, di bunuh atau bunuh diri?
Baru-baru ini, sumber yang sering mendedahkan maklumat2 sulit, dan harta kekayaan yang dimiliki oleh empayar taib, dalam dan luar negeri, kepada laman sesawang anti-taib, Sarawak Report, didapati telah mati. Apa yang menjadi tanda tanya ialah, samada dia mati dibunuh, atau bunuh diri?
Ross J Boyert, 60, adalah bekas ketua pegawai operasi Sakti International - firma hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang dimiliki oleh keluarga Taib.
Spekulasi yang tersebar meluas, menyatakan bahawa dia mungkin membunuh diri, akan tetapi koroner, tidak memberikan jawapan muktamad sebaliknya mereka menangguhkan keputusan untuk menyiasat dengan lebih mendalam. Sebenarnya keputusan koroner seolah2 cuba menafikan spekulasi yang tersebar.. jadi adakah dia sebenarnya dibunuh?
Menuruk Sarawak Report, Boyert telah berkhidmat selama 12 tahun sebagai pengurus yang mengendalikan beberapa blok pejabata dan unit kediaman yang dimiliki oleh keluarga Taib di San Francisco dan Seattle.
Sakti International dianggarkan memiliki hartanah bernilai US$80 juta (RM258 juta). Antaranya adalah Bangunan Abraham Lincoln yang setinggi 14 tingkat yang didakwa mempunyai sistem keselamatan yang canggih. Bangunan ini menempatkan pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) cawangan Seattle dan unit pencegahan pengganas - Washington Fusion Centre.
Boyert adalah pegawai yang bertanggungjawab bagi membantu Sakti International memujuk FBI menempatkan cawangannya itu di bangunan berkenaan pada 1998. Selain Bangunan Abraham Lincoln, hartanah utama Sakti yang lain termasuk 260 California Street, San Francisco, yang penyewanya termasuk Citibank.Boyert mengambil-alih pengurusan Sakti International yang tenat pada 1994 daripada anak Taib - Sulaiman - yang ketika itu seorang pelajar di California.

Sulaiman, yang sekarang ini adalah ahli parlimen mengambil-alih kerusi bapanya di Kota Samaharan. Beliau meletak jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan tahun lalu dengan alasan faktor peribadi. Menurut khabar angin, Sulaiman sekarang menghadapi masalah kesihatan.
Bayangkan, sulaiman yang ketika itu seorang pelajar, memiliki harta kekayaan yang tidak ternilai.. dari mana taib mendapatkan kemewahan itu? jika bukan dari titisan keringat rakyat sarawak? Boyert, khabarnya telah meninggalkan sakti international, akibat berlaku persaingan yang tidak sihat, dikalangan keluarga taib (perang perebutan kuasa/pangkat agaknya) .
Akibat, daripada apa yang berlaku terhadapnya (krisis persaingan tidak sihat), boyert dilaporkan telah menyaman pihak tertentu untuk menuntut keadilan. Segala laporan dan dokumentasi berhubung kisah saman boyert boleh dibaca dan dirujuk melalui rekod mahkamah di california.
Ameno : Taib, adalah antara individu yang terkaya, di seluruh dunia. Kalau di malaysia, boleh jadi dialah yang paling kaya, cuma tidak dicatitkan dalam rekod atas faktor, dia ialah ahli politik, dan ketua menteri sarawak. Sampai bila rakyat sarawak masih mahu membiarkan taib dan segala tipu helah dia membelenggu diri anda (rakyat sarawak)? Sarawak perlu bangkit, hapuskan taib demi masa depan gemilang rakyat sarawak. Jangan jadi buta, dan pekak dengan segala pendedahan yang telah disampaikan.
Anda digalakkan untuk membaca LINK2 berikut untuk lebih kefahaman mengenai siapa taib sebenarnya..
http://www.sarawakreport.org/2010/09/rm-78-million-from-sarawaks-sewers-taibs-shitload-of-profit/
http://www.sarawakreport.org/2010/09/samling-at-epicentre-of-sub-prime-crash/
http://www.sarawakreport.org/2010/08/from-samling-to-the-taibs/#1
http://www.sarawakreport.org/2010/08/1-dollar-mansion/
http://www.sarawakreport.org/2010/08/sarawaks-budget-black-hole/
http://www.sarawakreport.org/2010/08/unmasked-taib-the-godfather/

Tiada ulasan
Catat Ulasan