t>

Terbongkarnya isu surat rahsia.. konspirasi liwat..


Baru-baru ini menerusi satu laman blog yang dikenali sebagai Malaysia Today yang dimiliki oleh blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin telah mendedahkan satu isi kandungan surat terbuka yang ditulis oleh Datuk Mat Zain bin Ibrahim yang mana telah mendedahkan banyak perkara dan rahsia kepincangan PDRM, SPRM dan bagaimana pihak2 tertentu menggunakan kuasa yang ada ditangan mereka untuk mengawal 'undang2' dan 'keadilan'. 

Siapa sebenarnya datok mat zain? Sering kita baca, nama dia terkait dalam beberapa siasatan kes yang membabitkan kes liwat I dan kes yang mengaitkan salah laku mahathir sebagai perdana menteri pada ketika itu. Dia sebenarnya adalah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur. Menerusi surat terbuka yang ditulis oleh Datok, saya percaya, kini kita lebih yakin dan lebih percaya bahawa konspirasi liwat II tak lain tak bukan, adalah satu kesinambungan daripada kes konspirasi liwat I, yang mana bertujuan semata2 mahu menjatuhkan karier politik DSAI.. 'by hook or by crook' dsai must go to jail.  Lebih kurang begitulah falsafah menteri2 umno kini, yang sanggup memperbodohkan rakyat jelata, dan memalukan rakyat malaysia, dalam dan luar negara semata2 mahu memastikan musuh politik mereka tersungkur. 

Apa tiada cara lain untuk mereka 'fight with courage and intergrity'? Memang tiada, bilamana ketika mereka mentadbir negara, mereka juga memilih untuk mentadbir dengan sia2, cuai dan penuh penyelewengan. Oleh itu, menjatuhkan musuh politik mereka dengan menggunakan taktik paling keji, paling hina, paling jijik, memang telah dijangkakan.

Amat mendukacitakan sekali, apabila mereka turut mengheret, badan2 kerajaan, dan individu2 tertentu secara PAKSA yang tidak berminat untuk masuk campur urusan mereka untuk menjatuhkan DSAI.  Badan2 kerajaan yang tercemar, atas sikap 'biadap' mereka dalam memastikan dsai dijatuhkan di antara nya ialah ;

- Badan Kehakiman/Undang2

Menerusi open-letter datok mat zain, telah mendedahkan cara bagaimana gani patail yang pada ketika itu adalah peguam pendakwaraya telah bertindak memalsukan keterangan, serta bukti forensik berhubung insiden mata-lebam. Gani Patail telah mengugut, Dr. Rahman yang pada ketika itu berhadapan dengan satu laporan polis ugutan jenayah ke atas seorang Dr. Halim.  Dr. Halim pada awalnya telah menyediakan satu laporan awal perubatan berhubung insiden mata lebam, menceritakan secara ringkas, dan BENAR, punca2 mata dsai lebam. 

Akan tetapi, laporan tersebut telah disangkal oleh Dr. Rahman melalui tiga laporan lain yang kemudian nya disediakan atas arahan gani patail. Gani patail memang bijak memanipulasikan keadaan. Menggunakan segala kuasa yang ada pada dia, atas arahan pihak tertentu, dia mula memainkan peranan, untuk memastikan intergriti dsai tercalar teruk. Boleh jadi beberapa gambar, rakaman video dsai ketika dibawa ke hospital, adalah satu lagi kospirasi fitnah bagi memastikan rakyat hilang kepercayaan terhadap dsai. tarikh video yang di edit, rakaman cctv yang diambil dari bawah sebenarnya merungkai seribu satu persoalan berbanding jawapan.

Gani Patail, sepatutnya sedar tindakan2 yang dia lakukan sebenarnya telah mencemarkan institusi keadilan yang sepatutnya menjadi sebuah tempat yang dipandang tinggi dan rasa hormat oleh rakyat malaysia. Memanipulasikan, memalsukan, menipu keterangan, saksi rekaan, bukti palsu, dokumentasi palsu dan ancaman terhadap individu2 tertentu yang digunakan pada kes konspirasi liwat I diulang-tayang pada script liwat II. Namun, pada kali pertama kes fitnah sodomy dibicarakan oleh mahkamah, pada tahun 2008, belum ramai yang sedar dan faham benar, bagaimana konspirasi tersebut dilakonkan bagi mengaburi mata rakyat. Jika dilihat, pada ketika zaman reformasi, lebih ramai yang turun, atas padang bagi menyatakan sokongan ke atas dsai berbanding kes konspirasi liwat II. Namun, jangan lupa, majority rakyat malaysia memilih berdiam diri di atas isu ini, sebab mereka telah bersedia secara spiritual dan juga secara fizikal, untuk memangkah parti yang selain dari BN pada PRU-13 akan datang.

Menerusi rekod, setelah isu mata-lebam dibicarakan oleh panel khas, yang pada ketika itu dilantik oleh 'pihak tertentu' nama gani patail dan musa hasan dibebaskan dan dibersihkan dari tuduhan memalsukan bukti dan keterangan.Musa hasan mendapat keputusan 3.0 yakni tiada ahli dari panel khas tersebut yang menyabitkan musa mungkin terlibat dalam memalsukan bukti serta keterangan dalam insiden mata lebam. Manakala gani patail, 2.1 yakni, satu daripada 3 panel yang dilantik, meletakkan gani mungkin terlibat dalam memalsukan bukti serta keterangan dalam insiden mata lebam.

Manakala nama datok mat zain, dan Dr. Rahman tidak pula dibersihkan.  Sedangkan menerusi rekod, dinyatakan datok mat zain, selaku ketua penyiasat bagi insiden mata lebam telah menasihati, menghalang dan memperingati gani patail atas komplikasi dan implikasi yang mungkin akan dihadapi oleh badan kepolisan dan badan kehakiman jika gani patail tetap mahu memalsukan keterangan dan bukti di mahkamah. Dalam erti kata lain, datok mat zain, tidak rela dan tidak mahu mempergunakan PDRM bagi menjatuhkan dsai. Dan, Dr.Rahman pada ketika itu yang di ugut juga tidak rela dipergunakan bagi menjatuhkan dsai. 

Oleh itu, persepsi umum telah terbentuk konon nya datok mat zain dan dr. rahman berkomplot untuk mengenakan laporan palsu terhadap dsai, sedangkan pesalah sebenar gani patail dan musa hasan pula bebas dan dinaikkan pangkat. Bukan kah, mereka sendiri, ahli2 panel yang dilantik pada ketika itu sendiri sebenarnya telah melakukan satu penyelewengan yang amat dahsyat kerana berpihak kepada gani patail dan musa hasan? Apakah ahli2 panel yang dilantik telah dirasuah dan dibeli bagi membersihkan nama gani dan musa? Manusia mungkin menipu tetapi tidak Allah swt. Dan Allah swt akan membukakan segala kebenaran pada mereka yang di aniaya.. masa nya telah tiba untuk gani dan musa berhadapan dengan segala kejahatan dan kekejaman mereka terhadap institusi kehakiman dan kepolisan negara.

DSAI, pada ketika itu telah menulis satu laporan yang mengaitkan empat nama,

- Gani patail
- Musa Hasan
- Datok Mat zain
- Dr. Rahman

Konon nya terbabit dalam insiden memalsukan bukti, dan keterangan berhubung insiden mata lebam. Cuma apa yang DSAI tidak tahu ialah, cuma dua sahaja yang bersalah, manakala dua lagi individu yang dia namakan sebenarnya telah dianiaya dan dizalimi seolah2 seperti mereka yang merancang untuk memalsukan bukti serta keterangan saksi.



- Badan kepolisan / PDRM

baca petikan ini yang dipetik dari surat terbuka datok mat zain
7.12. Saya hanya boleh menyatakan bahawa kenyataan kedua-dua Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti diatas adalah tidak benar,tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Adalah mustahil untuk kertas siasatan tersebut diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan kertas siasatan berkenaan hanya dibuka pada 13 Jun 2000 bersandarkan kepada laporan polis Tun H.S.Lee Rpt:14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada tarikh tersebut. Malah kertas siasatan tersebut bersekali dengan kertas-kertas siasatan BPR yang dirampas, hanya diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 November 2000.
7.13. Mungkin tarikh 15 February 2001 adalah lebih munasabah. Bagaimanapun jika Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail mengubahnya kepada 15 February 2001 pula, ianya akan menjadi lebih tidak munasabah lagi. Oleh kerana pada 15 February 2001,Tan Sri Mohtar Abdullah yang dikatakan telah meneliti dan menutup kes tersebut telah TIDAK lagi menjadi Peguam Negara ketika itu, kerana tempat beliau telah digantikan oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari 2001 (rujuk catitan Datin sendiri dalam muka surat 326 Buku Tersebut).
7.14. Mungkin juga atas sebab itu Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail tidak tampil membuat pembetulan, lagipun orang yang dikaitkan itu Tan Sri Mohtar Abdullah telah pun meninggal dunia. Orang yang telah meninggal dunia memang tidak boleh menjawab lagi. Mungkin mereka berdua lupa banyak lagi orang-orang yang masih hidup yang mengetahui perkara ini yang boleh mempersoalkan kenyataan mereka.
7.15. Mungkin sekiranya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak munasabah itu, kes ini tidak akan berpanjangan. Kenyataan merekalah yang telah membuka “flood-gates” untuk lebih banyak persoalan ditimbulkan mengenai kewibawaan PDRM menjalankan sesuatu penyiasatan. Malah kenyataan mereka berdua telah “undermine” penyiasatan Polis dalam kes ini, sepertimana juga mereka berdua sepakat memalsukan keterangan berkaitan laporan perubatan keatas DSAI dalam penyiasatan kes “mata-lebam”, yang bukan sahaja mereka telah “undermine” siasatan tersebut malahan telah menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir sehingga hari ini.
Apa lagi yang mampu kita lafazkan bilamana badan kepolisan yang sepatutnya digunakan untuk melindungi kita, telah digunapakai oleh mereka, pihak2 yang berkepentingan tertentu untuk menjatuhkan pihak lain? Mungkin, musa bukan lagi ketua polis negara, tetapi apakah kesalahan dia, harus dilepaskan begitu sahaja tanpa melalui proses siasatan dan proses hukuman? Percaya atau tidak, musa meskipun bukan ketua polis negara, dia masih mempunyai jawatan dan gaji yang diberikan tiap2 bulan kerana masih memegang satu pangkat lain..  baca sini sebelum nak tuduh saya menipu.

 Musa hasan, sepatutnya bersara pada tahun 2007, tetapi kontrak dia disambung sebanyak dua kali. Kenapa? Kalau kita lihat, sepanjang musa hasan menjadi KDN.. apa yang tak pernah naik?

- kadar jenayah naik!
- kadar sosial naik!
- kadar maksiat naik!
- kadar polis bertindak melulu pun naik!
- kadar rompakan/samun pun naik!
- kadar kes penagihan dadah pun naik!
- kemerosotan sistem keselamatan dalam negara..  

lebih ramai rakyat tidak merasa yakin, tidak percaya dan tidak selamat apabila berdekatan dengan polis. kenapa? Dan, apa yang amat dikesali, ialah pihak polis boleh membuang duit untuk melantik apco-israel membuat/memasang satu perisian bagi pdrm, seolah2 tiada tenaga tempatan yang boleh mencipta perisian seperti itu. Mungkin, mereka takut ada 'leak information' ttg perkara2 yang mereka tidak mahu orang lain tahu, tentang bagaimana sistem kepolisan ini sebenarnya berjalan? Ketua polis seharusnya arif benar, mereka tidak perlu takut atau akur kepada tindakan pemimpin2 tertentu. Mereka ialah ketua polis, dan mereka mesti kekal berintergriti. Mungkin mereka lupa, kalau malaysia memiliki ketua polis yang cekap serta adil, mereka tidak perlu takut pemimpin2 atasan tidak mengekalkan jawatan mereka, kerana mereka sebenarnya sudah memiliki sokongan dari rakyat. rakyatlah yang menentukan siapa mereka, bukan pemimpin, kerana pemimpin juga dilantik oleh rakyat.

Oleh itu, tindakan memperbaharui kontrak musa hasan sebanyak 2x, sebenarnya dilihat ada makna yang tersembunyi. Bagi mendiamkan kroni 'mereka' . Namun, sayangnya hishammudin telah menemui patner terbaru untuk menjatuhkan musa hasan, sebab itu la dia bertindak tidak melanjutkan kontrak musa hasan buat kali ketiga, tetapi meletakkan musa hasan di satu jawatan khas bagi memastikan musa hasan tidak 'buka mulut' atas banyak perkara. Musa hasan, mengamuk sakan, bila tahu kontrak nya tidak diperbaharui. Bila dekat2 nak turun tahta time itula, dia sibuk canang ada pihak ketiga campur tangan, ada pihak itu, ada pihak ini, dan ada blogger yang sebarkan artikel fitnah dan palsu untuk memerangkap pihak tertentu.. samada blogger ini dibayar oleh musa atau tidak, saya tidak pasti, terserah pembaca untuk menilai sendiri, tetapi pendedahan RPK nampaknya berjaya menyingkap siapa sebenarnya pemilik nama musa hasan neh.. baca sini.

Oleh itu, cukupla sampai disini sahaja. Biarlah kes konspirasi liwat I menjadi sejarah hitam negara. kenapa perlu meneruskan kes konspirasi liwat II? Berapa nama lagi yang harus teraniaya? dizalimi? dan perlu dibeli?
- Rahimi osman
- Saiful bukhari azlan
- Najib
- Gani patail
- Hishamuddin
- ezam
- PDRM
- SPRM
- Badan kehakiman negara
- Blogger umno
- Individu2 tertentu (samada secara rela/paksa)

mungkin bergabung untuk menjayakan satu lagi misi lawak liwat II di negara ini? 
Jika, gani patail boleh memalsukan laporan perubatan pada insiden mata lebam, siapa boleh jamin gani patail tidak mengulangi perbuatan nya buat kali kedua, (atau lebih dari itu)? tiada.
Sebab itu, terdapat banyak percanggahan, kesangsian, malahan 'lawak' pada sesetengah2 statement saiful bukhari azlan itu sendiri. Sila baca sini butiran lengkap yang ditulis oleh ude, selaku admin KBSB  yang menceritakan 40 sebab kenapa dakwaan liwat II adalah sesuatu yang amat mengarut untuk dipercayai.

- SPRM

Saya percaya, ramai yang sudah jemu dan muak membaca isu yang ada kaitan dengan SPRM. Ketika SPRM masih sebuah badan bebas (yang tak macam bebas) yang diberikan nama BPR, sudah banyak kes, dan penyelewengan yang dilaporkan oleh individu2, samada orang biasa, orang kerajaan mahupun orang berjawatan tinggi kepada BPR, ini termasuk kes salahlaku guna kuasa oleh bekas perdana menteri malaysia Mahathir muhammad. Tetapi, adakah ada tindakan di ambil? tiada.

Oleh itu, SPRM sendirila yang wajar dipersalahkan kerana mencemarkan intergriti mereka, bukan nya rakyat. Kerana rakyat berkata2 merujuk kepada situasi tertentu. Rakyat juga bijak menilai. SPRM jangan takbur dan ego. Rakyat marhaen bukan bodoh, tuli, pekak atau buta. Masing2 ada akal. dan masing2 bersekolah. even, budak yang tak pergi sekolah pun sebenarnya tahu, kepincangan dalam SPRM.

- Kes penyelewengan dana kerajaan negeri selangor, khir toyo. even bukti dah banyak kali dihantar, laporan dibuat, surat dibuat apakah tindakan yang di ambil oleh sprm? tiada.

- Kes penyelewengan kuasa oleh mahathir, terhadap institusi kewangan, bail out syarikat anak2 dia ketika zaman kemelesetan ekonomi, termasuk mempengaruhi keputusan perlantikan hakim dalam video linggam. apa tindakan? tiada.

-kes rasuah/politik money yang membabitkan beberapa nama2 besar seperti ali rustam, khir toyo, khairy jamaluddin, azalina othman, taib mahmud, musa aman, dan ramai lagi nama2 yang terbabit, malahan ada yang telah pergi (arwah), adakah sprm telah membuat apa2 tindakan? tiada.

- kes penyelewengan kuasa MAS, tajuddin ramli. apa tindakan oleh sprm? tiada.

- Kes penyelewengan kuasa, oleh najib ketika kempen piliharaya sibu? bagan pinang? menaburkan begitu banyak wang ketika berkempen? ada tindakan? tiada.

- kes membabitkan salahlaku kuasa, dalam syarikat berkaitan GLC, tabung haji, perwaja steel, pemberian blok telaga minyak kepada brunei, bank negara, penghantaran wang ke luar negara oleh tokoh2 pemimpin tertentu, dan terlalu banyak lagi sehingga ada yang telah dilupakan.. apa pernah sprm ambil tindakan? tiada.

- Kes 'rompakan' secara besar-besaran wang rakyat dalam isu pkfz.ada tindakan? tiada.

- kes 'rompakan' enjin jet. ada tindakan? tiada.

- kes samy vellu, anak samy vellu.ada tindakan?tiada.

- kes penyelewengan scorpene, kapal selam, dan makmal sekolah yang terbakar, runtuh.. ada tindakan? tiada.

- kes dana istana yang meningkat 4x ganda dari kos asal 200 juta kepada 800 ratus juta. ada tindakan? tiada.

- kes rosmah konon nya menemui kotak yang mengandungi dokumen2 penting, sehingga dianugerahkan duit atas jumlah tertentu atas penghargaan di atas penemuan tersebut. ada tindakan? tiada.

- dan banyak kes2 lain..  kes2 ini adalah kes2 baru dan lama.. ada lagi kes2 yang tidak tersebut .. sebab terlalu banyak dan terlalu lama SPRM mendiamkan diri mereka. Sampai bila mereka mahu dan harus berdiam diri? sampai bila mereka mahu membela golongan tertentu dan menyeksa rakyat jelata?sampai bila? mereka yang di atas sana, belum cukup sedar bahawa azab Allah swt adalah perkara yang pasti. saya ulang, perkara yang PASTI.

Sedarlah sebelum terlewat, selagi masih bernyawa.. kita hidup bukan selamanya

Memetik kandungan surat terbabit ;

11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi “isyarat awal” berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II. Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan “scape-goat” sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.
12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.
12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada “precedent” yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka. Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig.Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di-Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.
Apa lagi yang boleh kita simpulkan? berfikirlah, sebab anda adalah penentu masa depan negara ini kelak..

Ameno : Gani patail, musa hasan antara pencemar institusi keadilan negara kita.. satu dunia mengelakkan kita atas tuduhan fitnah neh..

Tiada ulasan