[Updated] koleksi komen HIPOKRIT saiful dan rahimi di internet..
Cuba baca koleksi komen saiful bukhari azlan dan rahimi osman kat internet.. saiful bukhari azlan selalu berlagak alim dan konon2 sopan di depan orang lain.. manakala si rahimi osman pula suka sangat kurang ajar dan bercakap pun riak semacam..
berkata... Terima Kasih saudara Najwan. Saya juga nak mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara. Secara jujur, saya tidak menyimpan apa-apa dendam dengan saudara walaupun saya teruk diaibkan dan dimalukan oleh saudara melalui laman blog ini. Saya mengaku bahawa saya banyak buat silap. Setahun saya hidup merana,terumbang-ambing dan hidup dalam keadaan tertekan. Saya bagaikan burung yang jatuh kepatahan sayap. Tidak mampu untuk bangun dan terbang kembali.Tetapi saya anggap ini semua takdir Allah s.w.t. Saya tidak pernah menyalahkan sesiapa tentang hal ini. Saya redha dengan ketentuan ilahi. Saya berpegang kepada Firman ini.. "Allah s.w.t tidak akan menguji seseorang umat itu jika dia tidak mampu untuk mengharunginya "Allamdullilah, setelah setahun saya menderita akibat tindakan diri sendiri maka saya insaf, lalu Allah s.w.t telah memberi saya jalan dan kekuatan untuk teruskan hidup ini. Jadi saudara Najwan, saya ingin memohon maaf jika selama ini saya telah menyingung hati atau buat salah kepada saudara.Akhir sekali, jika tidak kerana saudara, saya tidak akan dapat kekuatan dan pengajaran sebegini rupa.
berkata... Satu lagi, Untuk pengetahuan semua pelajar-pelajar UNITEN yang saya rindui dan kasihi, semalam saya baru sahaja memohon kepada pihak Uniten untuk membenarkan saya menamatkan pengajian a.k.a berhenti.Saya membuat keputusan setelah saya berfikir panjang("setahun")dan mendengar nasihat dari pelbagai pihak. Untuk pengetahuan semua, keputusan peperiksaan saya amat teruk semasa saya berada didalam MPP. Sem 1 06/07 GPA 1.0, Sem 2 GPA 0.8 dan CGPA saya sekarang 1.69.Secara logiknya, untuk saya menaikkan CGPA saya dan menamatkan pengajian ia akan memakan masa selama 5 semester = 2 1/2 tahun lagi. Jadi bagi saya, ia tidak berbaloi.Semenjak dari kecil cita-cita saya bukan seperti yang saudara-saudari sangkakan iaitu menjadi seorang ahli Politik. Tetapi cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang PILOT(Juruterbang). Saya mengambil bidang ini pon kerana pada ketika itu Allahyarhamah ibu saya sakit tenat, beliau sudah menyimpan wang untuk saya mencapai cita-cita saya tetapi pada ketika itu wang itu terpaksa digunakan untuk menanggung kos perubatan. Pada ketika itu, yang ada didepan mata hanyalah tawaran pinjaman Yayasan Tenaga Nasional dalam bidang kejuruteraan. Jadi saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksalah menerima tawaran itu. Tetapi jauh disudut hati, memang saya telah tekad, Selepas sahaja saya menamatkan ijazah, saya akan cuba sedaya upaya juga untuk menjadi seorang juruterbang.Allamdulillah, mungkin berkat doa ibu saya yang kini berada dialam barzakh dikabulkan. Saya telah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus dalam bidang penerbangan di Asia Pacific Flight Training di Kota Bharu. Saya akan masuk pada JUN 2008 dan dijangka tamat pada DEC 2009. =)Kalau nak cerita lagi panjang tapi cukup setakat sini sahajalah. Lagipun ni bukan blog saya, saya menumpang je.. =P Jadi, adakah impian atau agenda saya selama ini benar seperti yang saudara Najwan war war kan? Anda sahaja lah yg tafsir dan fikirkan. Sekali lagi, saya tidak menyalahkan saudara Najwan kerana beliau tidak tahu dan tidak rapat dengan saya. Sesiapa pun akan menganggap saya ni mempunyai cita-cita politik. Bagi saya tak salah berbaik dengan sesiapa pon. Saya adalah jenis orang yang tidak suka bermusuh. Lagi ramai kenalan, tak kiralah Menteri, Pemimpin Pembangkang, gangster atau tukang sapu sampah sekali pon, suatu hari tanpa disangka orang-orang ini lah yang dapat membantu kita. Kesimpulannya, rapatkan silaturrahim sesama manusia dan elakkan bermusuhan sesama manusia Sekian, Saifuk Bukhari. p/s: Maafkan saya pelajar-pelajar Uniten yang saya kasihi dan rindui.
Kedua2 petikan di neh di ambil dari sini. Dan baca lagi.. kat bawah neh.. tulisan2 yang penuh dengan nilai2 hipokrasi
berkata... Assalammualaikum.. Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.. Cukuplah saudara dah malukan saya, jatuhkn jatuh, sampai saya terpaksa tarik diri dari Universiti.. Hidup dalam kegelapan tanpa arah tuju..Rahimi sepupu saudara tu sahabat saya.. Sepanjang kempen pilihanraya, beliau perlu mengalas 4 jawatan iaitu Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik.Bayangkan betapa beratnya beban yang beliau terpaksa pikul. SEORANG. Tiada siapa yang tampil utk membantu beliau walaupun kononnya ramai yang menyokong dan mahu menolong kempen Pilihanraya DSAI. Apalagi saudara sbg sepupunya.Salah ke saya pergi dengar ceramah? Ceramah tu hanya utk org tertentu shj ka? Beliau sendiri yang meminta pertolongan saya utk membantu beliau menguruskan program DSAI sepanjang pilihanraya. Jadi sbg kawan saya membantu beliau kerana beliau sudah tiada daya lagi untuk memikul 4 tanggungjawab sekali gus. Kawan punya hal, saya tidur hanya 2-5jam sahaja dlm satu hari. Sedangkn saya ni bukan ada apa2.Saya pon hairan, mana pergi penyokong parti atau kawan Rahimi semasa beliau amat memerlukan pertolongan. Mana pergi orang2 yang konon2 mengelar dirinya pejuang parti semasa pejabat DSAI kekurangan Pekerja.Saya sendiri terkejut dengan bilangan anggota kerja Pusat PKR. Boleh dikira dengan jari sahaja tenaga kerja semasa kempen pilihanraya di pejabat DSAI. 1 pekerja buat 4/5 kerja. Dari menjaga DSAI hinggalah menghantar poster ke P.Pinang, itu lah kerja Rahimi Osman.Sekarang bila sudah habis pilihanraya dan MENANG dengan 5 kerajaan, barulah semua berebut2nak masuk pejabat DSAI. Manusia..Dan untuk makluman, Diari Merah itu adalah milik EN Rahimi Osman dan saya rasa ramai yang dah tahu. Tak pernah terlintas langsung saya nak mengambil kedudukan itu dan tak pernah saya cakap saya ni Pegawai Khas atau Setiausaha Sulit DSAI.. Saya hanya membantu Rahimi sahaja semasa kempen.Jangan memfitnah sembarangan saudara Najwan.. Saya memberi tenaga secara Ikhlas demi membantu seorang rakan semasa beliau dalam kesusahan. Bukan menjadi penyokong fanatik yang kononnya menyokong tetapi hanya sokong sahaja, buat kerja tak ada.p/s: Najwan, berhenti lah memfitnah dan buangkan lah perasaan hasat dengki ko tu. Tak kemana Najwan. Tambah kan dosa shj. Sebagai manusia, aku xkn berbuat apa utk melawan.. Tapi, aku harus mempertahankan diri dan menegakkan kebenaran.. Aku berserah kdp Allah s.w.t.. Salam. Saiful Bukhari
Yang neh di petik dari sini. Saiful neh perasan konon nya musang berbulu ayam yang diperkatakan oleh najwan adalah diri dia. Baca bawah, kat sini adalah komen balas dari rahimi atas posting yang sama, termasuk ada satu individu yang mendedahkan rahsia saiful semasa di uniten.
berkata... Dah dah.. jangan bergaduh. Kalah gaduh nak menang pun gaduh..Semua, Sdr Saiful memang banyak membantu saya dan DSAI sepanjang kempen pilihanraya lepas. DSAI dengan jujurnya pun amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Sdr Saiful. Termasuk juga staf-staf yang berkhidmat di pejabat DSAI. Ramai yang minta untuk kerja di pejabat ini, banyak resume yang diterima membuat kami tertawa terbahak bahak... bukan kerana kelayakan, tapi dahulu semua ntah kemana sekarang semua nak kerja di pejabat DSAI! Ainis, peluang pekerjaan yang dipaparkan di laman web itu bukan diatas arahan DSAI. Tetapi diatas keputusan staf2 asal. Tak perlu bergaduh mengenai pewaris diari merah atau setiausa politik, kedua jawatan itu tidak diiklankan. Harap Maklum.Kami mencari sesiapa yang benar2 ikhlas berkhidmat dan mempunyai commitment penuh untuk jawatan2 yang diiklankan. Boleh kerja dari jam 8 pagi sampai 6 pagi esok.. setiap hari! Boleh tinggal anak bini, kawan2, gf, bf pada bila bila masa dan berhari2 lamanya. kalau tidak boleh, jangan mimpilah..
Psss.. berlagak gila kan ayat budak neh? Dia sedar tak dulu dia yang cakap neh? Apa cerita pasal SD yang dia buat sekarang neh? Mamat neh patut baca semula komen2 neh.. biar dia jilat balik ludah dia sendiri, macam mana dulu dia boleh defend DSAI kaw2, lepas tue boleh plak tiba2 kata DSAI penipu dan sebagainya.. dasar spesis jenis tak sedar diri. Aku ingat lagi dalam akuan bersumpah terbaru yang dibuat oleh rahimi osman, dia ada menyatakan bahawa saiful yang nak membantu dsai.. tapi kat sini apa yang berlaku adalah sebaliknya, seolah2 rahimi yang minta saiful bantu dia, bukan saiful yang nak bantu dia seperti mana yang tertulis dalam akuan bersumpah rahimi.. herm.. kowang klik sini baca betul2 apa yg jawapan balas yang si rahimi neh dapat bila dia tuduh orang lain 'tak buat kerja'. mmg padan muka. aku dapat tahu si rahimi neh fail dalam exam, kira nya study tak habis. lepas tue, dia boleh berlagak budget pandai sangat. Dan, aku dengar ada yang cakap berlaku kehilangan wang (penyelewengan) ketika si rahimi neh pegang jawatan bagi mengantikan nik nazmi yang memang pilihraya.. tak pastilah sapa punya angkara.. ada otak sendiri mau fikirlah.. banyak dah tersebar kat internet neh.. so pepaham la orang jenis macam mana yang perlu kita percayai kan? yang paling best komen neh, aku petik dari link yang sama, terduduk la saiful bila membaca nya aku rasa..
berkata... assalamualaikum. im looking for a hypocrite by the name of saiful bukhari!mana pergi saiful bukhari? kenapa senyap je? mana kau saiful ooii!org tak fitnah kau pun. kau yg fitnah diri kau sendiri aku rasa. bila aku baca-baca balik posting najwan ni, mmg aku tak jumpa pun dia sebut nama kau. so apasal kau kata dia fitnah kau?kau ni saiful, rupenya pendendam orangnya ye. najwan tak pernah fitnah kau pun tp kau nak tunjuk kat org yg seolah2 najwan ni jahat sgt sampai sanggup fitnah kau dan jatuhkan kau apa semua.kat uniten ni semua dah tahu cerita kau masa jd mpp dulu. apa yg kau dah buat? gila kuasa, gila publisiti, gila glamer! itulah kau wahai saiful. kerja kau itu je. org lain buat kerja, kawan2 lain mati-mati buat kerja, kau dapat nama!dulu kau bising, marah dan bengang tgok gambar najwan dgn dsai. kau nak tuduh dia main politik. siapa yg main politik skrg ni saiful oi? kat frenster kau tu gambar2 apa? gambar kau dgn su najib, gambar kau dgn menteri umno, tok pa, syed hamid, shahir samad apa semua tu. apa tu saiful? skrg kenapa nak rapat dgn dsai pulak?kau kecoh suruh org pangkah BN dlm frienster, siap buat prime pic gambar bendera BN, kat tepi tu ada X besar. hey saiful apa ni beb? kau ni lalang ke apa? bacul ke apa?kau melatah kenapa beb? najwan ada ckp pasal kau ke? atau mmg betulla yek kau ni org najib utk spy kegiatan dsai. pastu mengaku nk tolong la apa la!kau ingat kau bagus sgt ke? stakat tolong menempel kat ceramah dsai lebih baik tak payah! dasar gila glemer! pastu nak kecoh kat semua org kata kau skrg kerja dgn dsai. kau ingat org semua kagum dgn kau la yek bila ckp mcm tu???sudah la saiful, tembelang kau semua budak uniten dah tahu. kalau kau nak tahu, blog najwan ni HEP UNITEN pun baca beb. aku yakin org2 hep semua duk gelak2 je baca komen kau, hahhaha. gaya kononnya kau ni baik sangatla yek."Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.."cuba tgok balik ayat kau ni? BM pun terabur..kalau betul najwan ni memfitnah, kau patut tulis mcm ni:"masyallah najwan, bila saudara nak berhenti memfitnah..."tapi aku nak modify skit la ayat ni.."masyaallah saiful, sampai bila anda nak jadi mcm ni?? bila anda nak berubah?"apapun, aku nak tanya kau lagi ni, ada ke najwan sebut dan fitnah kau dlm posting ni???? aduhai, bodohnya la kau ni. posting semudah ni pun kau dungu tak reti nak paham. melatah tak tentu hala! mcm ni nak jd pembantu dsai????well, since semua nak main kotor utk burukkan nama org lain, meh sini aku nak burukkan nama dia pulak. aku harap aku tak berdosa buat benda ni. niat aku sekadar nak bagi tahu korang siapa saiful ni yg sebenarnya!!!! drpd aku biarkan semua tertipu dgn si saiful ni, itu lagi bahaya!aku kenal kau saiful. kenal sangat. kalau aku nak bukak satu2 cerita kau mmg teruk kau beb! kau tak ingat ke dulu kau bergaduh bertumbuk sebab berebut perempuan masa kat universiti? kau lupa ke awek kau budak indonesia yg kau dump tu? betapa baik dan sayangnya dia kat kau. last2 kau dump dia dan cari perempuan lain! itu poin pertama: saiful kaki pompuan!skrg ni aku nak tanya kau saiful, apa sebenarnya motif kau? kenapa kau sanggup tipu orang kata najwan fitnah kau? masalah akademik kau, masalah kau kat uniten, kenapa kau nak salahkan org lain? kenapa nak salahkan najwan? hidup kau, kau la tanggung, apasal nak salahkan org lain?dan yang paling aku pelik...najwan tak sebut nama sape2 pun dalam posting dia tu. dia mention nama najib je...kau kenal ke najib razak tu? boss kau ke?eh silap..boss kau skrg ni rahimi osman! pewaris diari merah! kan?saiful saiful! berubah la bro! aku kecewa la dgn kau. ingatkan skrg kau dah ok, rupanya masih gile glemer gile kuasa mcm dulu lagi.buat DSAI, kalau tuan baca blog ini dan tuan baca komen2 ini, saksikanlah tuan, inilah dia orang yg nak berdampingan dgn tuan. kalau si saiful ni mintak nak kerja dgn tuan, saya nasihatkan janganlah amik dia! mmg punah lah keadilan dgn tuan sekali jatuh terduduk. silap2 tuan masuk jail balik nanti.buat budak2 dsai semua, bagi tahu dsai yg saiful ni dulu pelajar uniten yg gila kuasa dan gila glemer. dia berangan dan perasan bagus. ckp nak lebat je. gaya nak macho je but seriesly, dia ni kosong je..sampah tak berguna langsung. dia ckp mmg manis, gaya mmg gentle tp itu sume hipokrti je!dia mmg pandai berlakon..saya budak uniten dan saya simpati dgn dsai.kalau buleh saya tak nak terlibat pun dlm komen2 ni, tp bila saya tgok mangkuk ayun ni kecoh lebih dan tunjuk bagus, mmg saya tak bleh berdiam diri! saiful, berubahlah! please...H-
Komen balas neh saiful dapat, ketika itu saiful belum lagi, mengaku diliwat oleh DSAI.. nampaknya belum apa2 lagi, ramai budak2 uniten dah tahu dia neh mmg kaki fitnah sebab apa? sebab dia pernah jatuhkan seseorang di uniten dengan cara yang amat keji dan jijik. Lepas dah dapat pangkat, boleh pula blah dari uniten macam tue, aku rasa dia blah sebab tak tahan kena kutuk!
berkata... Assalammualaikum, Saya sihat dan gembira dengan kehidupan yang saya ada sekarang. Kalau nak berjumpa, saya sudi. Telephone je, kite set time n blh kene teh tarik same2 dan lauh kan apa yang tidak puas hati..Saya ni temporary staf je.. Bulan 6ni nak masuk flying school dah.. DSAI sendiri pon tau.. Niat saya cuma membantu seorang rakan yang meminta bantuan saya.. Bukan saya yang tergila2 nak masuk pejabat DSAI.. Saya dah mual dengan politik, cukup semasa MPP dulu.. Pilot lagi best..Saya berserah kepada tuhan.. Fitnah dan tohmahan dah jadi mcm makanan kepada saya.. Saya reda..Saya anggap setiap dugaan adalah persiapan utk diri saya bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa akan datang..Dan kepada saudara-saudari yang menghantar gambar2 saya menerusi e-mail kepada staf2 pejabat DSAI e.g Pak Ibrahim Yaacob dan saya tak tahu siapa lagi, terima kasih byk2 kerana mempromosikan saya.. Tak tau la tapi depan saya mereka gelak dan buat lawak, sehingga forwardkan e-mail kpd saya. Yang paling best, si penghantar tu siap buatkan e-mail adress untuk saya.. Manusia Manusia.. Sekian Saiful Bukhari
Bila sang penipu berkata2.. Bacalah cerita dari orang yang tahu kisah sebenarnya..
pro AIC berkata... dgr kata si saiful mengadu kepada anwar dan marah-marah sebab entri ini tp last-last anwar tembak dia balik dan pertahankan hak najwan utk menulis, hahaha!padan muka saiful. mcm budak2. setakat tulisan di blog pun dia dah melatah, siap suruh anwar campur tangan lagi. malu lah lu saiful!!ayuh kawan2 dlm AIC, sama2 kita pastikan musang bernama saiful ini disingkir. yg lebih layak duduk di ofis itu ialah sdr farhash salvador. itu sbb anwar suruh dia balik malaysia, tolong dia!saiful hanya macai bawahan tp perasan mcm hebat. dengar citer, degree pun takdak! hehe
Perhatikan tarikh komen2 saiful kat sini bayangkan kalau dia kena liwat, takan dia masih mampu membela dsai? 18 jun dan 19 jun dia menulis komen.. dan pada 28 jun dia cakap dia kena liwat.. mmg gila babi punya pengakuan
saiful bukhari berkata... Najwan, tak habis-habis lagi ke? Kesian aku tengok kau.. Sampai Anwar nak jd PM pon ko nak tuduh aku macam2.. Tak pa lah.. Nak buat macam mana..Terima Kasih.
Last2 kena bidas.. padan muka!
Tanpa Nama berkata... saudara saiful bukhari (jika benar itu anda),apakah najwan menuduh? atau sekadar menulis spekulasi? dan jika benar ada tuduhan, kenapa tidak saudara jawab atau nafi?saya mengikuti perkembangan 'musang' ini sejak beberapa bulan yg lalu, juga telah saya ikuti beberapa tulisan dahulu berkenaan masalah saudara sewaktu terlibat dlm perwakilan mahasiswa uniten.saya fikir najwan ada asas utk menulis dan menyedarkan khalayak ttg siapa saudara yg sebenarnya. kredibiliti saudara yang berkhidmat di pejabat anwar ibrahim jelas wajar dipertikai memandangkan ada dakwaan yang mengaitkan saudara dgn tokoh umno penting sebelum ini. dan penglibatan saudara di pejabat anwar juga jelas mencurigakan. masuk secara tiba-tiba walhal berkempen utk barisan nasional! apa penjelasan saudara?membaca penulisan najwan, saya dapat faham yg dia juga punya akses secara langsung dgn pejabat anwar, juga jika dipertimbangkan hubungan rapatnya dgn saudara nik nazmi dan beberapa org kakitangan lain, mudah utk kita maklum yg dia bukan menulis semata-mata utk membuat tuduhan melulu.jika benar najwan menuduh, maka jawablah pertuduhan itu. jangan sekadar menulis utk melepaskan diri.apa sudah jadi dgn kelas penerbangan saudara? katanya bulan ini bakal dimulakan, kenapa tidak dijelaskan dalam komen di atas?
Apa yang dia buat sepanjang julai 2008? habuk pun tarak melainkan fitnah dsai seperti yang di jangka kan oleh orang ramai..
saiful bukhari berkata... Saudara tanpa nama,Keputusan pihak penganjur sekolah penerbangan akan diketahui dalam bulan julai.. harap bersabar..Jun 19, 2008 1:53 AM
Baca kat sini, bukti ramai yang dah tahu si saiful dan si rahimi neh memang kaki fitnah dan kaki oppurtunis.
P/S : Camne nak tukar kaler font dan bentuk font dalam wordpress neh? Please teach me. tq
Ameno : Sbb tue lah ummi muncull.. ceritera saiful dan ezam dah lingkup!
5 ulasan
baru bace komen2 saiful, aku dah pening2. klw tambah dgn komen rahimi, silap2 boleh muntah2 kot pasni. haha~
taw takpe, tue baru komen saiful dan rahimi jer
Hahaha...rupenye bdak yg bajet hebat nie mcm tin kosong jer... giler kuase, giler glamor plak tu... mmg dah lengkap lar pakej dier..
Ha'ah kan.. aku baru perasan.. tiba2 watak umi hafilda muncul setelah beberapa orang tukang reka citer dah kantoi.. hehe
ape ke lahanat la manusia2 spisis mcm ni.. ade peluang bunuh je.. org yg liwat dan meliwat ni kan layak sgt2 tuk dibunuh.. sumpah pukimak2 ni sume memalukan org melayu.. sial.. god damn bloody nerdie asshole
Catat Ulasan