t>

Breaking News

Analisis PRK di Galas

Keputusan undian di GALAS ialah ;


Abdul Aziz Yusof : 5,324 (BN)


Dr. Zulkefli Mohammad : 4,134 (PAS)


Undi rosak : 132
Majoriti : 1,190


BN menang bergaya di galas. Ini adalah hakikat. Mari kita analisis keputusan ini bersama-sama.


1. Peratusan yang keluar mengundi ialah 83% berbanding tahun dulu hanya 80% sahaja. Ini bermaksud 3% peratus lebih.


2. Majoriti yang memihak BN menaik. Manakala yang menentang pas pula semakin banyak. Jika 1,190 - 646 =  544. Bukan hanya majoriti BN bertambah, malahan BN menang bergaya. PAS kalah terduduk dan teruk.


3. Faktor-faktor kekalahan pas ialah isu tanah. Itulah post-mortem awal oleh jentera pilihanraya pas. Akan tetapi saya menyangkal sama sekali. Saya tak rasa pas kalah di galas disebabkan isu tanah. Saya rasa pas kalah di galas, di sebabkan pengundi galas mahukan janji pembangunan yang telah ditaburkan oleh BN. 


4. Pengaruh kuat KULI di gua musang mungkin salah satu faktor, akan tetapi tetap bukan faktor yang boleh menyebabkan pas kalah teruk di galas. baca sini.


5. Sebelum dan selepas mengundi, pengundi dibayar. lihat ini dan ini. Ini bermaksud ada yang dah dibayar sebelum mengundi (separuh) dan baki nya di bayar selepas memangkah. SPR dan SPRM tidak bertindak. Kerana apa2 bayaran yang keluar dari kerajaan pusat di anggap sebagai bantuan, bukan rasuah. 


6. Tuan guru nik aziz pula difitnah sebagai perasuah, meskipun tuan guru hanya menyampaikan zakat. Sila lihat  ini. Adil ke? 


7. Di Galas juga, PAS telah banyak kali menurunkan kain rentang provokasi DAP. Mungkin kah cara bn yang melagakan dap-pas berhasil dan sekaligus menyebabkan pengundi pas hilang kepercayaan kepada perjuangan pas? segalanya mungkin. baca sini. BH menuduh DAP mengkafirkan umno, sedangkan perkara tersebut tidak berlaku. Kemudiannya BH mengakui mereka salah. Kena ingatlah, ketika berita terbabit disiarkan , ianya disiarkan secara besar besaran, namun ketika ralat berlaku, ianya disiarkan dalam font kecil dalam petak yang bukan semua orang mampu baca. fikirlah.


8. Tindakan penyokong bn juga dikira melampau bila menyerang peribadi dan bentuk tubuh badan calon pas. Di batu sapi juga sama. Mereka mengutuk dan menghina lawan sebagai gemuk dan lambat. Namun, harus di ingat, bahawa selama ini pejuang2 pr juga sering menghina kegemukkan ahli2 umno, bn dan rosmah mansur terutamanya. Mungkin ini adalah satu pengajaran buat semua. Janganlah menghina bentuk badan dan peribadi mana-mana pemimpin/calon yang kita tidak sukai pada masa akan datang.


9. Meskipun sepanjang tempoh berkempen, segala nya nampak baik, namun ketika hari pengundian nampaknya provokasi berterusan berlaku antara umno dan pas. Bila kah semua ini akan berakhir? Berjuanglah dengan matang. Baca sini dan sini serta sini.


10.Maklumat awal yang saya dapati ialah, puteri umno tidak diserang. Sebaliknya dia terkena ranting pokok. Aik, pokok serang dia, pas pula yang salah kenapa?


11. Lagipun, andai benarlah dia diserang oleh salah seorang wanita berusia (makcik ataupun nenek) yang dia marah sangat kenapa? Mestilah ada sebab kenapa makcik tu serang dia, jangan2 disebabkan isu peribadi. Tak perlula nak membabitkan pas semata-mata dalam insiden ini. Elok periksa dulu kesalahan diri sendiri dengan mana-mana individu. Kot2 ada rampas laki orang ke. okey?


12. Di galas, pengundi cina mula memihak kepada BN. Bilangan yang mengundi bn menaik, dan yang mengundi pas pula merosot. Mungkin kaum cina melihat pas hanya mampu menjuarai isu islam dan bukan isu ekonomi. PAS kena berubahlah, cubala belajar menguasai isu islam dan ekonomi sekaligus.


13. Meskipun harga rokok naik, minyak naik dan beberapa masalah nasional melibatkan IFF dan Hub Hiburan Malam, nampaknya BN tetap menang bergaya di galas. pelik juga. adakah rakyat galas tak perasan semua ini?


14. Ada yang mengatakan bahawa PAS ditimpa Bala Allah swt sebab tue kalah di galas, bangunan pejabat terbakar dan banjir besar di kedah. Baca sini


15. Tuduhan tersebut tidak tepat, namun ketika berlaku puting beliung kecil di jasin, kita juga mengangap ianya mungkin amaran kecil dari Allah swt? Ini bermaksud kedua-dua belah pihak baik umno dan pas sama sahaja, cubalah lainkali kita sesama manusia bersangka baik dan elakkan diri daripada membuat kesimpulan seperti ini. Boleh tak?Kita bukan Allah swt yang boleh menghukum sesama manusia. Saya sejujurnya tidak suka menulis ataupun mengaitkan satu2 insiden dengan itu, dengan ini.  Daripada sibuk mengait2kan elokla kita amek iktibar dan memperbetulkan kesalahan diri. Muhasabah diri lebey baik, sudah sempurna kah kita untuk menilai amalan orang lain pula? fikirlah.


16. Terdapat penipuan kertas undi di galas. Baca sini. Tak kisahla samada angka yang terlibat kecil ke besar ke, kalau dah terbukti menipu, kenalah di highlightkan kan? SPR kena amek peduli la. Cuba jangan bias. 


17. Insya-Allah di masa akan datang, galas milik pas. Namun, daripada sibuk memikirkan kekurangan satu kerusi adun, lebih baik cari jalan macam mana nak raih semula sokongan pengundi.


18. PAS kalah besar di galas. Ini satu hakikat. Jika pas taknak kalah besar di PRU-13 kelak, elokla perbetulkan mana yang tak betul. Dengar suara ahti rakyat, itu yang lebih utama. Jangan sesekali menyalahkan rakyat yang telah mengundi. Hak mereka untuk mereka mengundi sesiapa yang mereka sukai. Tunjukkan kepada rakyat, islam itu indah dan sesuai untuk semua manusia tanpa mengira kaum. Dan tunjukkan juga kepada mereka, selain isu islam, pas juga mampu menguasai isu lain dengan baik.


Ameno : Tak jangka kalah pun di galas. saya jangka menang dengan bergaya. Namun dah kalah kenalah terima. Berhenti menyalahkan pihak lain sehingga terbukti kesalahan mereka. 

5 ulasan

Anonymous berkata...

pas kelantan patuk selesaikan masalah rakyat dulu di galas, tanah merupakan isu penting, ya tak di nafikan faktor2 lain, antaranya BN kalah dulu di galas atas sebab calon, raryat galas buat undi protes kerana calon BN dulu x bagus,tp isu tanah yg tetunggak bertahun2 adalah sebab utama juga, ya mungkin PR13

Anonymous berkata...

knape bru skg nk byr zakat? klo xde prk xbyr zakatla? adeih.. sush2.. sme je dua2 ni umno ngn pas.. bajet suci sgt.. klo umno or pas yg ksi duit, yg bodohnye kt pengundi jugakla.. yg g amek tu npe?? dorg ckp org rasuah, yg penerima rasuah tu xpe ke? adoii la.. terima hakikatla.. sedar dri tu before ckp kt org laen yg bukn2..

ada nama berkata...

anynomous 2~

bayar zakat kpd muallaf lar, kat tempat aku blajar rm500 bg duit zakat tuk muallaf, ape cer.. ngom tol.. terima lah seadanya..

perbaiki yg lemah ok..

Anonymous berkata...

nak tanya satu sahaja...adakah memberi zakat itu satu rasuah?jika TGNA beri wang zakat yang sepatutnya diberi,adakah UMNO juga pejuang ISLAM sebenar seperti yang digembar-gemburkan?

q4yyum berkata...

hahahahaha... pokok serng di pas yang kena?? terbaik.. hhhhahaahahahah.... kalah takpe. cuba lagi... kalo nak menang lepas nie.. buat macam bn.. tabur janji palsu n bayar pengundi... dah itu yang pengundi nampak.... haahahahahhaha....