Mari kita buat demo pinda / bantah IFF online
Tahukah anda bahawa IFF di kuala lumpur akan singgah di bumi malaysia tak lama lagi? Sila rujuk gambar di bawah ini yang saya petik dari sini ;
Di beritakan juga IFF neh akan berlangsung selama 3 hari. So ini bermaksud selama 3 hari lah pereka fashion bukan islam akan sibuk mencipta pakaian terbaik untuk orang islam seumpama pereka fashion yang beragama islam sudah pupus. Kita bukan bias ataupun prasangka pada pereka fashion bukan islam, harap jangan salah faham ya.
Saya harap IFF dapat meminda beberapa perkara meskipun IFF tidak dapat dihapuskan.
1. IFF kena anjurkan fashion show yang sejajar dengan tuntutan islam.
2. IFF kena memastikan hanya pereka muslim sahaja yang layak design untuk orang islam.
3. IFF kena minta maaf di atas keterlanjuran mereka.
4. IFF kena bakar semua baju yang menghina kalimah Allah swt.
5. IFF kena asingkan tempat duduk lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bagi memastikan fashion show ini selaras dengan tuntutan islam.
6. IFF kena pastikan sekurang kurangnya 80% model adalah beragama muslim bagi membantu ekonomi orang islam.
7. IFF kena pastikan setiap sumbangan dan kutipan derma mereka disumbangkan kepada orang2 miskin yang berhak.
8. IFF kena pastikan bahawa IFF di kuala lumpur mestilah tidak boleh tercemar dengan unsur-unsur freemason dan maksiat seperti di monoca.
9. Oleh itu, IFF kena tukar venue. Daripada buat dalam hotel orang bukan islam, lebih baik buat dalam hotel islam seperti di bangunan tabung haji ataupun pentas di pwtc. Kita kena bantu menaikkan ekonomi orang islam. saya rasa tak salah.
10. IFF kena beri peluang kepada rakyat marhaen untuk menilai prestasi IFF saban tahun. Bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
11. Bagi yang menentang fashion show (ini yang seharusnya pun, sebab fashion show bukanlah tuntutan islam) boleh terus menentang nya. Saya cuma berikan saranan di atas untuk pihak yang merasakan bahawa IFF hanya perlu penambahbaikan.
12. Dan yang terakhir, IFF haruslah di anggotai oleh orang yang benar2 faham apa itu islam. Wujudkan jabatan hal-ehwal fashion islamic yang di anggotai oleh orang2 yg benar arif dan pakar dalam islamic fashion yang memenuhi tuntutan syariat islam di IFF supaya mereka boleh melihat dan memantau setiap fashion yang cuba diketengahkan oleh IFF.
13. Bagi menunjukkan anda protes kepada IFF, samada mahu ianya ditambahbaikan ataupun mahu kan ianya dihapuskan terus, sila ke page ini. Marilah kita nyatakan bantahan secara besar-besaran mulai kini.. lagi 2 hari je nak IFF neh.. cepat!!
Ameno : And the protest start now...
Tiada ulasan
Catat Ulasan