Anwar dan Azmin punca masalah dalaman PKR.
Zaid mendakwa bahawa Anwar ibrahim dan Azmin ali punca kepada pergolakkan dan masalah dalaman pkr.
"Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR),” kata ZaidApabila diminta wartawan mengulas lanjut kenyataannya, Zaid berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur dari kepimpinan parti.
"Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar,” katanya.
Entah bagaimana saya nak cakap pun saya tak pasti, cuma saya nak jelaskan kesimpulan nya adalah seperti ini, terserahla pembaca nak membuat persepsi sendiri ;
1. Kalau satu-satu nama itu terlalu banyak isu peribadi, angkara fitnah sekalipun, rakyat pasti muak. Sebab apa? sebab bukan semua rakyat sedar bahawa individu terbabit difitnah. Perlukan medium yang lebih besar, lebih menyeluruh untuk menerangkan kepada rakyat isu fitnah terbabit, tetapi sayangnya bukti2 yang kita ada, terlalu kurang untuk dipaparkan kepada pembaca. Yang ini, mereka yang terbabit dalam lingkungan tersebut kena fahamla. Ada bukti, bagi sini, kita sebarkan, kalau takde bukti, kita nak backup macam mana?
2. Dan satu-satu individu yang dikaitkan dengan cubaan mempertahankan kuasa tapi menggunakan cara yang tidak baik. Tak boleh la macam tue, apa salahnya guna cara 'halal' dalam perebutan kuasa. Kita, konon nya benci konspirasi dan benci korupsi, tapi kalau kita sendiri yang buat konspirasi dan korupsi adakah kita layak nak memperjuangkan apa yang kita namakan sebagai keadilan untuk rakyat? Betulkan diri sendiri dulu, barulah boleh maju ke depan untuk memperbetulkan individu2 lain. Tak kirala mana-mana pihak pun, memasing bertelagah demi pangkat dan kuasa. Kalau ada bukti, tunjuk dan paparkanla, biar kita sama2 nilai sapa yang salah sapa yang tidak.
3. Konflik dalaman PKR menjelikkan rakyat jelata. Sudahlah tue, kalau cakap tak jelik, adalah penipuan semata-mata. Kita semua jelek dan kita semua dah menyampah. Tolong atasi segera. Janganlah biarkan cita-cita Umno melihat PKR hancur menjadi suatu kenyataan. Belum sampai ke putrajaya dah rebah. Apa kes?
4. Konflik dalaman PKR juga menjejaskan pakatan rakyat secara tidak langsung. Jika PKR dilihat sama seperti UMNO, dan jika DAP dilihat sama seperti MCA, maka apa perlu PAS buang masa bergabung dengan mereka? PAS tidak mahu buang masa untuk bergabung dengan parti yang mempunyai imej seperti UMNO dan MCA. Bukan sahaja PAS tidak suka kepada UMNO dan MCA, kepada bayang2 UMNO dan MCA pun kita tak mahu terima.
5. Dalam satu dua topik yang membabitkan PKR, mestilah ada satu, dua yang betul. Tak akanla semua nya fitnah semata2? Fikirlah.. kenyataan akhbar pagi tadi yang membabitkan salah seorang calon yang bertanding dalam pemilihan PKR juga mendedahkan sikap Anwar Ibrahim yang double standard semata-mata mahu memenangkan Azmin Ali.. kenapa itu terjadi?
6. PKR bukan parti anak-beranak. Persepsi itu nampaknya sudah semakin jelas jika Azmin Ali memenangi jawatan itu. Meskipun Azmin Ali banyak berjasa kepada PKR, ianya bukan hanya Azmin Ali aje yang berjasa kan? Masih ramai lagi yang berjasa, atas sebab apa jasa2 Azmin Ali sahaja di ambil kira? Manakala jasa2 orang lain di anggap 'lupus dan luput' pula?
7. Untuk masa depan yang lebih baik untuk PKR, lebih baik hapuskan semua dalang-dalang yang merosakkan PKR dari dalam. Bukan kuantiti yang diperlukan dalam perjuangan. Sebaliknya kualiti dan kejujuran.
Baca sini
Ameno : Kejujuran itu memerlukan keberanian.
Tiada ulasan
Catat Ulasan