t>

Breaking News

Khalid Ibrahim menyokong menara warisan.


Khalid Ibrahim, menteri besar selangor mengambil keputusan untuk menyokong projek pembinaan menara warisan kerana ianya menguntungkan selangor. Namun dalam masa yang sama, menteri besar selangor mengangap bahawa pembinaan bangunan menara warisan seharusnya bebas daripada segala korupsi dan skandal yang mungkin akan merompak berjuta-juta wang rakyat.

Baca berita penuh di bawah ini ;

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa kerajaan negeri mengambil pendekatan terbuka terhadap cadangan pembinaan projek kontroversi Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat di ibunegara.
Bercakap dalam sesi soal jawab di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Khalid berkata, Selangor adalah sebahagian daripada pelan pembangunan semula 'Greater Kuala Lumpur' yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat, dan oleh kerana itu, adalah munasabah untuk negeri itu memberikan sokongannya.
Katanya, Menara 100-tingkat itu adalah sebahagian dari projek Greater KL-Lembah Klang, yang mana kerajaan negeri seharusnya menyokong kerana ia melibatkan Selangor.
Bagaimanapun, ironinya, dalam ucapan bajet di DUN semalam, Khalid mengkritik pembinaan menara tersebut. yang disifatkanya sebagai 'tidak mendahului kepentingan rakyat'.


Pada pandangan aku, projek neh dibantah atas sebab-sebab berikut ;

1. Tiada manfaat secara langsung kepada rakyat. Berapa banyak rakyat yang mendapat manfaat secara langsung dari projek ini? Kalau nak berniaga dalam tue, dah tentu2 sewa mahal. Oleh itu, segala manfaat yang ada hanya akan pergi kepada orang2 kaya. Sama macam KLCC. Orang biasa macam kita datang melangut, melepak, buang duit itu aje la yang mampu pun.


2. Masih ramai lagi rakyat yang memerlukan sokongan dari segi kewangan. Adalah lebih baik, jika kerajaan boleh pujuk PNB untuk bina satu bangunan di tengah2 kota, dengan memperuntukan kadar sewa yang murah untuk beberapa tahun, sehingga perniagaan mereka stabil (ikut deal) barulah menaikkan kadar sewa.

3. Buat rumah kedai pun okey juga. Khusus untuk orang islam. Yerlah, orang2 islam kat malaysia neh, rata2nya tak berapa bagus dari segi ekonomi, nak dapat rumah tengah2 kota, alamat mimpi la. Buat rumah kedai, atas rumah (tak kesahla setinggi 100 tingkat ke 200 tingkat ke) bawah kedai dan pasaraya. Lot2 rumah khas untuk orang islam tanpa mengira bangsa. Buktikanlah malaysia negara islam dengan membantu ekonomi orang islam dulu. amacam ada bran? PNB tetap dapat untung sebab orang yang beli rumah kena bayar duit beli rumah kan? Sambil2 tue, buatlah beberapa tingkat khas untuk sektor pelancongan. Jangan buka kelab disko sudahlah.

4. Tolongla fikir sket demi kebaikan rakyat. Asal mahu mesti boleh punya. Asal tak mahu macam2 alasan je yang timbul. Menara warisan neh pandangla dari perseptif apa pun, tetap menyusahkan dan merugikan rakyat, bagi aku la.

Berita di atas dipetik dari sini

Ameno : Betul ke projek neh menguntungkan rakyat melayu? Macam kena tipu jer aku rasa.

1 ulasan

fidayu berkata...

Salam,

Admin, rasanya DS Khalid Ibrahim ada nyatakan semula pendirian beliau melalui twitter yang beliau sokong pembangunan di Lembah Klang tapi tidak menyokong pembinaan Mega Tower.

Sila rujuk Malaysiakini:
http://www.malaysiakini.com/news/147677

Terima kasih.