Cabul nya mulut tuk deris
Mohd Nor Idris neh memang terkenal dengan mulut yang celupar. Kaki maki hamun memang no 1. Ketika dulu dia duduk dalam pas, kerja dia asyik mengkafirkan orang umno je. Bukan tak pernah dinasihatkan. Bukan tak pernah tegur cara baik. Cuma dia neh degil. Konon nya ilmu agama tinggi. Kalau tinggi ilmu agama tak akan kerja dia mencarut dan memaki hamun aje 24 jam? Orang pun tahu letih, dia neh tak pernah berhenti memaki hamun orang dari muda sampai ke tua. Nak kata tak pandai ilmu agama, pandai pula. Cuma mungkin ilmu agama dia lebih hebat sebab tue la dia bebas maki hamun orang lain.
Baca petikan ini ;
Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Nor Idris membuat pengakuan bahawa dia memang tidak mahu bersalam dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila salam dihulurkan kepadanya kerana menganggap ia tangan syaitan, lapor HarakahDaily. "Saya tak mahu jamah tangan syaitan...ana tak akan jabat tangan hari ini selagi anta kawan dengan DAP," kata Mohd Nor dalam video yang dirakamkan oleh jentera kempen BN di Galas. Pengakuan Mohd Nor (kanan) ini dibuat di video yang dinamakan jawapan beliau terhadap laporan Harakahdaily baru-baru ini yang bertajuk "Bekas calon BN maki Tok Guru". Mohd Nor yang kebetulan berada di atas rumah itu telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Aziz kononnya tangan Nik Aziz umpama tangan syaitan kerana bekerjasama dengan DAP. "Nik Aziz itu sendiri seolah-olahnya apabila dia datang tidak dengan rupa dia yang asal...dia datang seolah-olah telah dirasuk hantu di rasuk jin," katanya dalam video itu."Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan...dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan," akui Mohd Nor dalam video yang dikeluarkan BN itu.
Untuk lihat versi video pula boleh singgah sini dan sini. Tonton dan nilaikan sendiri.
Jawapan aku senang je.
1. Kenapa perlu nak mengkafirkan dan menyetankan orang lain?
2. Orang dah hulur tangan untuk bersalam, salam aje la tanda perdamaian sesama muslim.
3. Kalau taknak salam pun tak perlu la maki hamun orang.
4. Kenapa nak maki hamun pas sebab pas berkerjasama dengan dap. umno berkerjasama dengan mca dan mic tak salah ke?
5. Dia neh terasa dia lah yang paling hebat dan paling bagus. Susah juga nak berurusan dengan orang macam neh. pepandai la korang fikir sendiri.
Baca lanjut kat sini.
Ameno : Keras dan kasar betul bunyi seseorang yang konon nya mengakui diri adalah seorang ulama.
2 ulasan
tok mat nor lar...bukan tok deris. deris tu bapak dia...hahaha
Hahaha ye ke pt? nasiblah salah nama rupanya.. hahaha tapi yelah disebabkan ini, teruk juga dia kena caci. saya rasa tak seronok pula tgk adegan caci maki sesama muslim neh
Catat Ulasan