t>

Breaking News

Kenali DR. Afifi - Al- Akiti.




Nama penuh : Doktor Mohammad Afifi al-akiti


Umur : 33 tahun


Tempat Kelahiran : Batu Gajah, Perak.


Pekerjaan : Anak Melayu pertama sebagai Pensyarah di University Oxford.


Ramai orang malaysia terutama nya muslim yang tidak begitu mengenali Dr. Afifi berbanding mawi ataupun siti nurhaliza. Dr. Afifi adalah melayu pertama yang berasal dari malaysia menjawat jawatan pensyarah di salah satu universiti termasyur dunia iaitu OXFORD. Baca sini.


Dr. Afifi dah berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata, yang dipercayai kedua-dua nya ialah lelaki. Menarik pada Dr. Afifi ialah selain daripada pendidikan agama di beberapa universiti, dia juga pernah belajar di pondok-pondok agama, di sekitar indonesia sebelum belajar di salah satu universiti seattle dan seterusnya bekerja di sana untuk beberapa tahun.  Dr. Afifi menguasai 7 jenis bahasa di antara ialah ;


Bahasa melayu
Bahasa English
Bahasa Arab
Bahasa Latin
Bahasa yunani kuno
Bahasa perancis


Tak ramai orang malaysia kenal Dr. Afifi neh, nama dia memang kurang terkenal kat malaysia sebab bukan kemahsyuran pun yang dia cari kat dunia neh. Bagi korang yang sedang mencari beberapa artikel online dari Dr. Afifi boleh klik sini. Boleh klik sini dan sini untuk melihat lebih dekat jawatan yang dia pegang sekarang. Dan sini untuk membaca pandangan umum dari mereka yang pernah berjumpa Dr. Afifi secara berdepan.  Dan yang ini adalah profile Dr. Afifi di facebook, manakala ini adalah video youtube di mana Dr. Afifi pernah menjadi tetamu jemputan untuk rancangan analisis astro awani. 


Korang cuba fikir sejenak, apa guna anak-anak remaja kita pergi buang masa, buang undi dan jadi tolol dengan meminati akedemi fantasia, mari menari, sehati berdansa dan mentor? Sedangkan lebih baik anak-anak muda kita di dedahkan dengan pencapaian Dr. Afifi neh supaya anak-anak muda kita boleh mencontohi kejayaan Dr. Afifi. Sudah sampai masa nya, pemimpin kita mengharamkan semua rancangan-rancangan hiburan yang sesat lagi menyesatkan demi memelihara akidah umat islam semalaysia. 







Ameno : Umat islam di hanyutkan atas sebab mereka yang mahu hanyut.

8 ulasan

Nur berkata...

alhamdulillah, thanks tuan tanah sebab mengetengahkan profile yang menarik.

for the record - saya tak pernah tengok dan tak pernah undi untuk Akademi Fantasia.

Farihah Ahmad berkata...

Dr Afifi ada kaitan ngn ulama muda umno tak?

and off record, walopon saya tau kewujudan mawi, saya xpenah tgk AF nor voting watsoever jugak. enh, perlu ke nak gitau ni? jadi riak tak??

Novelgurl berkata...

salam ziarah ^_^ emm.sy tgk je AF

AmenoWorld berkata...

Saya tengok AF dulu time sekolah, tetapi semakin lama semakin besar dan semakin tahu apa itu hakikat sebuah ilmu. Manusia mmg sering leka, tetapi terserah samada kita nak terus leka ataupun memperbaiki diri sendiri.

Cik Agogo berkata...

ada astro kat umah semata2 untuk discovery channel ngan channel2 kurang glemer tuh...

tension tengok channel2 lain (104-132) rasa mcm nak baling je tv kdg2...

bersepah2 pertandingan menyanyi...

AmenoWorld berkata...

Yang terbaru kat astro ceria.. macam owang bodoh je.. sapa la yg luluskan rancangan hiburan macam tue.. try kritik kat fb astro kalau ada la..

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya merupakan saudara dekat beliau.

Ingin saya katakan di sini, Dr. Afifi tidak pernah belajar di Univ Seattle seperti yang tertera, beliau pernah belajar di Univ sekitar Ireland (waktu itu beliau byk mengembara dan tinggal di pondok2 Indonesia) dan kemudiannya di Oxford.

Beliau juga BUKAN ulama UMNO ataupun PAS. harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Dr. Afifi fasih 7 bahasa,apa lagi 1 itu?yg tertera diats bru ade 6..