t>

Breaking News

Undang-undang islam tak best..

Adakah muslim semalaysia membenci undang-undang islam sepertimana yang sedia termaktub dalam kitab suci umat islam iaitu AL-QURAN? Soalan ini bermain-main di kotak pemikiran saya. Setelah menonton satu berita yang menyayat ahti, saya pasti, memang rakyat malaysia bencikan undang-undang islam.

Tahu kah anda bahawa selama ini kita, selaku rakyat malaysia lebih suka tanggung anak luar nikah daripada banteras gejala maksiat? Ini bukan statement syok sendiri. Cuba kaji berapa banyak pusat pemulihan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk tanggung masalah sosial remaja pada masakini. Yang sedia ada pun masih tak cukup. Perlu pusat tambahan, itu tak termasuk penambahbaikan infrastuktur di pusat-pusat pemulihan tersebut. 

Di selangor paling ramai. Kita ada 24 rumah pemulihan untuk ibu mengandung sahaja. Heh. 24 pusat pemulihan di bawah jabatan kebajikan masyarakat. Yang mana secara langsung, wang-wang cukai ataupun zakat (dipercayai) kita kembali ke mereka. Ya, inilah yang kita buat. Kita kerja susah payah. Kita bersengkang mata cari rezeki. Kita bayar cukai. Kita bayar zakat. Tapi akhirnya kita tanggung anak-remaja yang gila seks. 

Ibu yang buang anak yang kemudian nya telah meninggal/mati jika didapati bersalah hanya di hukum penjara selama 18 bulan. Baca betul-betul. 18 bulan. Bukan 18 tahun. 18 bulan, bermaksud kurang dari 2 tahun. Selama mereka dalam penjara, kita juga tanggung mereka. Tanggung kos kehidupan penjara mereka. Kalau terlalu ramai pembuang bayi, perlu upah ramai warden dan polis untuk menjaga mereka. Gaji kakitangan awam juga di biayai oleh rakyat. Heh. Pokoknya selama kita hidup, kerja kita hanya menangung orang yang buat zina. Itu belum masuk bab penagihan dadah.

Yang menjadi persoalan ialah, sampai bila kita nak tanggung mereka yang buat zina neh? Apa kena mengena mereka dengan kita? Sampai bila kita nak bagi muka kat mereka? Sampai bila dan apa keperluan nya? Sedangkan wang yang sedia ada boleh dilaburkan untuk kegiatan yang lebih berfaedah, yang lebih relevant dan lebih baik untuk rakyat yang lebih memerlukan. Tahu kah anda bahawa ikut sistem sekular, semakin pesat pembangunan satu-satu negara, semakin banyak kos yang digunakan untuk mengubati penyakit sosial?

Mereka yang buat maksiat neh, 90% adalah memang saja-saja buat. Bukan takde kesedaran diri. Bukan tak di nasihatkan. Bukan tak di halang. Tapi memang suka ahti nak buat. Bila dah menyesal cari jabatan kebajikan masyarakat. Konon malu nak mengandung sambil duduk dalam rumah takut kena mengata. Tapi malu, malu yang menyusahkan. Menyusahkan rakyat malaysia pasal terpaksa tanggung kos 'malu'. Yang lebey parah, bila ada yang mengandung lepas tue buang anak. Heh. Buang anak, hidup2 pun ada. Muslim yang paling ramai. Kenapa?

Undang-undang islam tak buat semua perkara2 di atas. Kita tak buat sekolah untuk budak mengandung. Kita tak buat rumah untuk simpan budak pregnant yang kemudian nya akan terjebak di alam perzinaan semula. Kita tak buat penjara untuk simpan para pelaku maksiat. Menyimpan mereka, bererti kita menanggung mereka. Siapa mereka neh pun kita tak kenal. Nama pun kita tak tahu, alih-alih kos menangung kemaksiatan mereka terletak di atas bahu kita.

Kalau kita sungguh orang islam, kita kena practise undang-undang islam. Undang-undang islam mencegah, bukan mengubati. Apa yang kita buat sekarang ialah mengubati, bukan mencegah. Sampai bila kita boleh mengubati? Sampai bila wang kita harus tersalur kepada mereka-mereka yang tak kenal erti serik? Darurat ke mereka-mereka neh? Adakah mereka akan mati kalau kena hina dengan masyarakat? Adakah mereka dapat kanser kalau kena ejek dengan masyarakat? Mereka patut di dedahkan dengan sikap bertanggungjawab. Berani buat berani tanggung. Berani main, berani hadap. Berani mengandung, beranilah tanggung akibat. 

Lebih baik kena mengata. Perit, pedih tapi benar. Mungkin mereka akan rasa sengsara tetapi itulah yang mereka kena bayar setelah berzina. Ya, memang betul, kita kena beri mereka peluang. Tetapi sampai bila? Dari tahun ke tahun, pusat pemulihan semakin bertambah, bukan semakin berkurangan. Kalau mereka hargai peluang yang kita berikan, pusat pusat pemulihan neh akan berkurangan. Tetapi mereka tidak. Mereka berani buat, sebab mereka tahu, apabila mereka terdesak, mereka boleh aje lari ke rumah pemulihan akhlak, ataupun buang bayi di baby hatch, ataupun kalau dah kejam sangat, mengandung then buang bayi. Sebab undang-undang yang sedia ada langsung tak menakutkan mereka pun. Yang paling ramai terlibat pun orang islam. Heh. Nak masuk world record gamaknya. 

Tolong tengok carta kat bawah ;

Korang tahu apa kesan nya kalau seluruh muslim di malaysia bergabung untuk melaksanakan undang-undang islam? Korang tahu apa yang akan terjadi kalau seluruh umat islam di malaysia berdemo di jalanan demi mempertahankan undang-undang Allah swt? Yang paling drastik, masalah sosial pasti akan berkurangan. Ramai la anak-anak muslim takut nak berzina pasal kena sebat. 

Jangan. Jangan sesekali meletakkan negara majmuk sebagai penghalang undang2 islam terlaksana kat malaysia. Jangan. Jangan sesekali menyalahkan parti pemerintah. Umat islam lebih ramai kat malaysia neh. Pemimpin tertinggi kita pun orang islam. Ketua tertinggi negara kita pun orang islam. Kalau kita mahu, kita boleh mendesak kerajaan kita. Tetapi, sayangnya kita memang tidak mahu undang2 islam. Itu masalahnya. Bukan masalah, samada boleh terlaksana ataupun tidak, tetapi masalahnya kita memang tidak mahu. Jangan tipu diri sendiri. 

Kita lebih suka berperang pasal kuasa politik. Kita lebih suka berperang pasal perkara yang sia2. Pernah kah kita berdemo untuk mendesak kerajaan melaksanakan undang2 islam? Apa yang menghalang gerak langkah kita? Adakah non-muslim? Tanya balik pada diri masing2. Bukan siapa2. Tetapi kita yang menghalang diri kita sendiri. Kemahuan kita tidak kuat. Keinginan kita tidak teguh. Kita kata kita cinta Allah swt, tetapi setiap perbuatan kita tidak menjurus ke arah sepatutnya. 

Oleh itu, langkah mudah, kita salahkan kerajaan kita. Sedangkan kita lupa pada pepatah lama, bagaimana acu, begitulah kuihnya. Bagaimana pemerintah, begitulah rakyatnya. Heh. Yang pilih pun kita. Yang pangkah pun kita. Kenapa bila pemerintah kita salah, kita taknak selidik kelemahan dan kesalahan diri kita? Semua pemimpin pun sama. Kalau PAS, UMNO dan PKR bergabung, esok pun boleh laksanakan undang2 islam. Boleh. Mmg boleh. Tapi dengan syarat, kita kena desak mereka.

Jangan lupa juga, Allah swt tidak akan mengubah satu2 kaum, selagi kaum itu tidak mengubah diri mereka sendiri. Mesej jelas dan dalam. Bukan pemerintah yang kita kena takut. Bukan ISA yang kita kena gerun. Bukan Polis yang kita kena cuak. Kalau kita berani kerana Allah swt, esok pun kita boleh berdemo demi undang2 Allah swt. Asal kita mahu. Masalahnya kini, ada yang tidak mahu. Yang tidak mahu ini, bukan orang lain. Tapi orang islam. Orang islam reject undang2 islam. Orang islam sendiri benci undang2 islam.

Kesimpulan nya, kita kena tanya balik dalam diri masing2. Betul ke kita benar-benar nak laksanakan undang2 Allah swt ataupun kita sekadar berpura-pura untuk nampak baik dan alim di mata orang lain? Sebab apa, suka atau tidak, kita kena mengaku, walaupun tanpa lafaz mulut, terdapat rakyat muslim di malaysia memang benci undang2 Allah swt.

Baca sini dan sini 

Ameno : Manusia memang hipokrit. 

Sumber gambar : Rakan facebook. 

18 ulasan

raihan berkata...

mana dapat pecahan peratus islam kat malaysia ni ameno????

Zehan berkata...

Terima kasih ameno sbb awak x salahkan umno macam blogger pakatan rakyat yg lain. ulasan awak lbh rasional berbanding blogger pr lain yg retorik asyik2 meletakkan kesalahan atas kerajaan. (^_^)

Anonymous berkata...

nih mcm pekung, pekung dada sausdara aku. mcm kakak saudara aku nih kan dia menyibuk jer kerja dia marah adik aku yg asik kuar dating ngan balak dia, mcm2 la dia kata nanti bunting la kena tinggal leh jantan ler. aku kerja seberang laut, leh tegur pakai hp je la adik aku tu.

akhirnya adik aku kawin ngan balak dia, kakak saudara aku termengandung n kena tinggal leh jantan siot yg dia percaya.

moral .... baik tgk diri sendiri dulu sebelum mengata org nih itu,, last2 diri sendiri yg sejibik mcm yg dkata. apa kessssss

Drunbella Khoo berkata...

good artikel.
a'ah kan bila laa negara kita nak jalan undang2 islam.
sekarang neh budak-budak dah makin liar laa.
bila ada hukum hudud, baru depa taw langit tu tinggi rendah.

budak kecil berkata...

apa salahnya kalau kita laksanakan hukum hudud?
zalim?
tidak sama sekali.
itu adalah untuk menyedarkan bahawa jenayah itu salah, barulah jenayah dan maksiat kurang.
just my 2 cents.

Anonymous berkata...

Tahukah anda negara apakah yang mempunyai kadar jenayah pembunuhan yang terendah ? Cuba lihat statistik berikut :

http://www.nationmaster.com/graph/cri_mur_percap-crime-murders-per-capita

Paling bawah :

# 60 Japan: 0.00499933 per 1,000 people
# 61 Saudi Arabia: 0.00397456 per 1,000 people
# 62 Qatar: 0.00115868 per 1,000 people

Malaysia nombor 34
# 34 Malaysia:

Arab Saudi dan Qatar mempunyai jumlah jenayah pembunuhan paling rendah.

Cuba teka, undang-undang apa yang kedua-dua negara ini pakai ? sama-sama kita renungkan.

Anonymous berkata...

betol .. tepat skali... yg buat salah di bela... di belai bagai nak rak... graduan-graduan plak diburu bagai nak mampus sebab tak bayar hutang ptptn.... kan ke bagus kalau duit yg diberi untuk bela depa2 yg sering kali dok kluar masuk pusat pemulihan ni diberi kepada graduan2 kita di malaysia... ini tidak.. belum grad lagik... hutang sudah menunggu ....para graduan ni jugak lah yang nak menaikkan ekonomi negara kita...

owh malaysia tanah airku...

Anonymous berkata...

Oh data yang ini lebih relevan untuk topik ini.

http://www.nationmaster.com/graph/cri_rap_percap-crime-rapes-per-capita

Negara paling kurang dilaporkan kes rogol ialah Arab Saudi.

Negara orang paling ramai pakai tudung dan orang yang mencuri dipotong tangan. Nah! kenapa lagi mau kita endahkan undang-undang hudud!!!

Anonymous berkata...

hukum hudud ditentang kerana tidak sesuai dengan situasi semasa
abes 2 zaman Rasulullah guna hukum Islam
bukan orang Islam je kat Madinah 2
orang bukan Islam pon ramai
xde masalah pon
bila hukum hudud ditentang bermakna menentang hukum Allah
bila hukum Allah ditentang
fikir-fikirkanlah natijahnya

Hamba Allah berkata...

Mungkin masyarakat mempunyai persepsi yg salah terhadap hukum hudud, bukan kata org bukan Islam, org Islam sendiri takut dan x yakin dgn perlaksanaan hukum hudud, sbb ape? sbb salah faham, kurangnya ilmu pengetahuan ttg apa itu hukum hudud, kurangnya pendedahan ttg hukum yg sempurna dan adil ni, yg mereka nampak semuanya buruk semata2, padahal kalau kita bandingkan hukuman hudud dan sivil, hukuman hudud lebih adil dan berkesan, saya nak sertakan contoh utk renungan bersama..

Di antara Hukuman Pancung(Hudud) dan Gantung Sampai Mati(Sivil), kalian rasa mana lebih menyakitkan/menyeksakan? sudah tentu gantung, cuba kita analisi,

Pancung
=Putus terus urat2 saraf dekat leher yg menghubungkan 'rasa sakit' dr leher ke otak

=Terus mati tanpa x sempat nak rasa sakit

Gantung Sampai Mati

=Sekali gantung x semestinya dia terus mati, ada kes yg 2-3 kali gantung baru betul2 mati

=Bila sekali gantung tp x mati, bayangkan kesakitan dan kesengsaraan yg dihadapi oleh pesalah, tu baru sekali kalau 2-3 kali?, sesak nafas + leher terasa nak cabut....

Jd kenapa masyarakat kata pancung lebih zalim sedangkan ianya antara hukuman paling x sakit di dunia, sbb anda terus mati, hmmmmm saya yakin dgn perlaksanaan hudud di malaysia, kadar jenayah akan turun merundum, percayalah, if u cant do the time, dont do the crime ;)


p/s = sembelih dan pancung adalah dua perkara yg berbeza, dalam syariat islam hanya ada hukuman pancung saja, sembelih takde!

Hady83 berkata...

Masalah berpunca bila org yang mengaku islam menakut2kan org islam lain dan menganggap undang2 islam itu kejam...golongan anti hadis pulak mati2 pertahankan bahawa tidak ada rejam dalam hudud, kerana tidak disebut dalam quran...pancung pun tak disebut dalam quran kata anti hadis ni...

http://hady-83.blogspot.com/2010/08/masalah-buang-bayi.html

http://hady-83.blogspot.com/2010/10/kahwin-vs-zina.html

http://hady-83.blogspot.com/2010/11/bila-islam-tidak-di-dalami.html

Melayu Atheist berkata...

undang undang islam zalim
ketinggalan zaman
jumud
bangang
tolol

ikhlas aku cakap

harapnya malaysia akan menjadi negara sekular sejati

jika islam naik malaysia akan mundur dan hancur lebur

yang benar

Melayu Aheist

Yukihiro berkata...

Assalamualaikum wbt (^____^) .. Salam Aidiladha diucapkan walaupun baru sahaja berlalu ...

Bagus sekali penyampaian saudara/saudari ameno ...
jika kita dapat mencapai kata sepakat untuk membuat demonstrasi besar-besaran untuk melaksanakan undang-undang Islam ... InsyaAllah .. saya akan menyertainya
...

Ya, benar .. rakyat sendiri yang tidak mahu bersatu ... malah ada juga orang yang jenis bermusuhan dengan bangsa sendiri .. itu juga yang menjadi salah satu punca masalahnya ...

Saya memang nak sangat hukum hudud nie dilaksanakan .. tiada bantahan langsung kepada hukum Allah S.W.T ...
pemimpin kita sendiri yang tidak mahu melaksanakan hukum tersebut.. nama sahaja pemimpin ..
tetapi salah rakyatnya juga kerana memilih dia sebagai pemimpin ...

Saye ada nampak ramai juga orang yang sedar tentang semua nie ..
dan juga masih ramai yang masih tak tau dan...

Ada juga yang buat2 tak tahu ...
sebab mungkin mereka takut .. atau mungkin sebab mereka sudah leka dengan kemewahan kehidupan duniawi apatah lagi ilusi sang dajjal ...

Nauzubillah min zalik ...

Sedarlah .. kita diciptakan oleh siapa?

Kita hidup di dunia ini demi siapa?
dan...

Kepada siapa juga kita dikembalikan nanti?

Jangan hanya Islam pada nama... dan jangan hanya kerana kita berbangsa melayu sudah menjamin kita Islam ... jadilah umat Islam yang sebenar...

Bersatulah umat Islam ... bersama-samalah kita mencapai perpaduan Ummah Islam yang sebenar ...



Allahuakhbar!!!!!!!

Anonymous berkata...

mmg betul ape yg diperkatakan... kalau seluruh muslim malaysia bersatu,.. insyallah xde halangan utk melakukan undang2 islam..

tapi tgk la org melayu islam skang.. berpuak2.. bergaduh sama sendiri, kutuk sama sendiri, menjatuhkan sama sendiri... macam mane nak bersatu?

dunia dunia.. nih la akibat kalau dah masuk politik..
yg telus, jadi penipu...
yg baik, jadi penyangak..
yg warak, x nampak dah waraknya..
yg sesat, bertambah sesat...

minta lindungan Allah di akhir zaman

mirlme berkata...

telus dan mantap penjelasan ini

Umar Al-Khattab berkata...

Assalamualaikum.

Izinkan saya menyatakan sesuatu, walaupun hal sebenarnya saya tidaklah pandai menulis. Tetapi ini adalah kewajipan saya sebagai seorang muslim untuk memperingati muslimin yang lain. Ini bukan kerja saya seorang tetapi kerja sekalian umat Islam. "Sampaikan walau satu ayat".
Kenapa ingin merasa diri hipokrit apabila membuat satu kebaikan? Kenapa tidak rasa hipokrit apabila melakukan sesuatu kemungkaran? Kenapa manusia zaman sekarang merasa bangga dengan kemungkaran dan kenapa pula tidak rasa bangga dalam melakukan kebaikan? Manusia sendiri dari segi fitrahnya suka dan cinta kepada kebaikan. Ini adalaha hasil daripada pemikiran yang rosak angkara agenda sekuralisme. Kenapa. Adakah meninggalkan solat lebih baik daripada mengerjakan solat. Adakah memakan najis lebih baik daripada memakan kuih. Sememangnya jika anda berterusan berfikiran begini, anda lebih suka memakan najis. Saya terus terang, saya bukannya sempurna. kerana kita semua muslim, bukannya maksum. Memang, manusia tidak tinggal melakukan kesalahan. Apabila sedar melakukan kesalah, minta ampun kepada Allah swt. Itu sebaik-baik jalan yang patut kita semua lebih-lebih lagi yang bergelar muslim untuk merasa diri ini penuh dengan kesalahan. Adakah anda ingin berterusan dalam melakukan kesalahjan. Dan saya ingin menggariskan bahawa, Malaysia ini bukan negara Islam, tetapi ia merupakan negara umat Islam. Negara Islam adalah negara yang mempunyai sistem berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan diperbaharui dengan sesuatu yang waqi'iah yang tidak bertentangan dengan syar'iyah. Syarat2 penubuhan negara Islam, hendaklah mempunyai Khalifah, perundangan Islam berdasarkan hukum 'Had', iaitu hukum hudud, hukum hak penuh Allah keatas manusia yang telah melanggari hak Allah swt.

Unknown berkata...

nak copy leh x?menarik sgt2..!!

Tanpa Nama berkata...

masyaallah...sungguh benar..semoga sinar kenagkitan islam akan muncul di malaysia satu hari nti