Najib kritik Mahathir..
Baru-baru ini Mahathir dengan lantang nya telah menentang ETP yang di gagaskan oleh najib. Mahathir juga mengkritik najib, malahan mahathir memilih untuk mendengar suara rakyat berbanding menyokong gagasan najib.
Sila baca petikan press conference dari mahathir mohammed, mantan perdana menteri malaysia selama 22 tahun;
Kerajaan mungkin dalam hala menyerahkan ekonomi negara ini kepada sektor swasta tetapi bekas Perdana Menteri, Tun DrMahathir Mohamad mempunyai keraguannya.
Ditanya pandangannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dipacu oleh sektor swasta, Dr Mahathir berkata ia tidak seharusnya diserahkan semata-matanya kepada mereka kerana matlamat sektor swasta adalah hanya untuk mendapatkan keuntungan.
"(Sektor swasta) akan mewujudkan pelbagai dana bagi mengelakkan pelbagai halangan dan kecuali kerajaan memantau ini dan mengehadkan peranan sektor swasta, mereka akan cuba melarikan diri daripada peraturan,” kata Dr Mahathir.
Mahathir bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di Kuala Lumpur hari ini yang dihadiri 200 perwakilan, termasuk dari majlis pemerintah tradisional Nigeria.
Sepanjang 22 tahun pemerintahanya, beliau banyak menswastakan projek-projek kerajaan dengan dakwaan 'kerjaan tahu apa yang terbaik'.
Dan apa yang amat mendukacitakan sekali najib sanggup menempelak kenyataan mahathir yang boleh dianggap sifu kepada mana-mana pemimpin umno memandangkan pengalaman luas mahathir di dalam pentadbiran kerajaan malaysia. Hey najib, kenapa perlu menepis pandangan tokoh berpengalaman luas seperti mahathir mohammed? Sedangkan kepandaian mahathir turut mendapat pujian dari tuan guru Nik Aziz Nik Mat?? Baca bawah ini kenyataan balas dari najib kepada mahathir mohammed ;
Sebagai kontras, Najib dengan lantang mengumumkan bahawa 'hari-hari kerajaan tahu apa yang terbaik' sudah berakhir dan bercadang memperkenalkan pembaharuan bagi melonggarkan beberapa sekatan dalam perniagaan di Malaysia agar ia merancakkan usaha negara mencapai penduduk berpendapatan tinggi.
Dalam pada itu mahathir juga berpendapat bahawa pasaran dinar emas adalah lebih baik daripada pasaran matawang. Dinar emas yang diperkenalkan di kelantan mendapat sambutan yang baik, namun ini sama sekali ditolak oleh kerajaan najib, kenapa? Sedangkan Mahathir juga menyokong usaha baik tuk guru Nik Aziz Nik Mat! Baca petikan di bawah ini ;
Sementara itu, Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya kerajaan menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang."Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis," katanya.Dr Mahathir berkata emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang."Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa," kata beliau.
Kenyataan dipetik dari sini
Ameno : Dasat juga najib neh, langsung taknak terima nasihat dan kritikan membina dari mahathir mohammed yang suatu ketika dulu pernah menolong mengangkat dia menjadi perdana menteri malaysia..
5 ulasan
I Luve Tun Mahathir!!!!!!!!!!!!!! you are the Great PM!!!!!!!!!!!!
Pergh.. kalo aku jadi PM lepas Tun Mahathir, aku akan ikot gaya dia.. Dia memang terbaik..
Jadilah yg lebey bek daripada mahathir, kalau ikut cadangan aku la.. hahahahah
10q dr.m sbb sokong dinar emas,byk bnda xbetoi yg sy dgr sal dinar emas,after dr.m bgtau ckit sy dh leh nilai mana baek n buruk...sejahat2 anda dr.m adagak baeknya...yg baek ak time yg jahat ka bunag jauh2...pru-13 is my mission...
melayu mudah lupa
Catat Ulasan