t>

Breaking News

Ahad ini detik keramat surau diroboh.

Saya baru mendapat tahu satu berita. Entah berita buruk atau berita baik saya pun tak pasti sangat. Tapi apa yang pasti satu perkara iaitu ahad ini ada satu surau akan di robohkan. Dan surau tersebut terletak di rawang. Bukan kah kerja-kerja merobohkan surau ini adalah sesuatu yang menyeronokkan?

Sabar dulu. Jangan cepat melenting. Surau berlambak-lambak pun tak guna kalau takde jemaah dan pengisian. Daripada membazirkan tanah eloklah surau tersebut dikuburkan terus. Lagipun tapak di mana surau tersebut dibina telah dijual oleh kerajaan negeri terdahulu [BN] kepada salah seorang pemaju yang ingin memajukan kawasan tersebut.

So, orang melayu ataupun lebih tepat melayu-muslim-tipikal tidak patutlah melenting tak tentu hala. Ataupun meroyan sakan bagai nak gila. Rileks sudah. Saya diberitahu ini berkemungkinan besar ialah gambar surau yang bakal dimusnah pada ahad ini. Lihat betul2. Mungkin ini kali terakhir surau ini anda akan lihat. Kalau nak lihat secara live, boleh pergi ke lokasi berhampiran. Kalau nak rakam siaran langsung ketika surau itu bakal di robohkan pun takpe. Tiada masalah. Sebab geng2 PR dan Perkasa akan membuat bantahan. Mereka sangat tidak berapa cerdik. Nak bantah buat apa? Cuba fikir betul2 beb. Fikir ke dalam sikit beb.


1. Lokasi surau tersebut telah di jual. Baca betul2. Telah dijual.

2. Orang tersebut dah membeli tapak surau terbabit.

3. Dia ada sebab nak robohkan apa2 premis yang terletak ditanah dia, sebab itu tanah dia. Bukan tanah ko. Bukan tanah aku, tapi tanah orang lain, hak dia, milik dia, dia punya pasal lah!

4. Dia nak bangunkan tanah dia, dia nak cari income.

5. So what's the problem now sehingga melayu-muslim-tipikal meroyan sakan neh?

Andaikata beria2 sangat sayangkan surau tersebut, suruhlah kerajaan korang tue [baca betul2, kerajaan negeri korang yang TERDAHULU tue] lainkali jangan jual tapak ibadat rumah orang islam. Dah kerajaan negeri dulu [bn] pandai2 jual, tiba2 kerajaan negeri [pr] sibuk masuk campur dan halang kerja2 perobohan ini pula. Apsal? Kalau aku, aku pun mengamuk 18. Tanah, tanah aku. Duit, duit aku. So aku punya pasal lah aku nak buat apa2 pun dengan tanah aku.

Sebagai pemilik tanah kerajaan takde satu sebab pun untuk halang aku dari merobohkan apa2 premis yang didirikan atas tanah aku. Senang cakap, kalau taknak aku robohkan surau tue, maka jangan jual tanah tersebut in the first place. Kesian pemaju tue. Dah lah keluar duit riban2 beli tanah, keluar duit riban2 beli orang [errk ada rasuah enh?] lepas tue tiba2 bila kerajaan negeri bertukar dia kena tanggung sengsara. Kesian dia. Memang kesian.

Penduduk siap mengadu kat kerajaan negeri kini [PR] untuk selamatkan surau terbabit. Mereka rasa sangat ralat sebab pemerintahan khir toyo suka sangat mengusik rumah ibadat islam. Iskh. Kesian aku tgk korang, kesian. Yelah, yang pilih pemimpin korang. Yang undi pun korang. Dah dapat pemimpin ngobrok baru nak melatah seribu kali. Apsal?

Mungkin lah kerajaan negeri terpaksa keluarkan wang untuk ganti balik duit kepada pemaju tersebut ataupun gantikan tanah yang sama nilai. Itupun kalau pemaju setujulah. Tanah ialah tanah pemaju. Hak pemaju nak setuju ataupun tidak. Dan menurut sumber yang aku tahu, semua kelulusan yang diperlukan untuk merobohkan surau tersebut sudah dipenuhi. So apalagi, hari ahad neh jom turun rakam detik bersejarah saksikan perobohan surau. Heh


Ameno : Ingat pilihlah pemimpin dikalangan kamu orang2 yg beriman.

16 ulasan

not so anonymous berkata...

mintaklah PR jadi hero.. kan skarang depa memerintah

Sapix berkata...

bgs r ayt ko...kalu ade yg x sdr jgk aq x taw r...tp kalu rakyat dibutakan dgn kekayaan kerjaan mcm mne erh??
ape lh nk jd dgn umno ni...asik die jerk yg berkuasa gila nk jd ape...budus lh ssiape yg undi umno...

Melayu Islam berkata...

Bkn ke diorg dah wat surau ke bagi menggantikan surau yg akan kene roboh tu?

suraya berkata...

hmmm..rasa nak tgok laa..surau tu di roboh kan tp sedih gak kan..coz surau tu mmg dah ada kat situ sblm sy lahir lagi..hmm tak tau nak komen ape..huuuu..

BN-bendera neraka berkata...

nk jd hero panya,sedangkn perak da depa ambik dr pas inikn nk pertahan tanah owg tu..mcm dok kata kt atas td tu laa,yg sblom ni ampa p pangkah pemimpin lahanat tu saipa??len kali plih owg yg beriman bkn cm org hipokrit munafik utk agama...caow~

new hope berkata...

harap bina masjid saje cantik tapi tak di imarahkan baik bina surau je

KELUHAN PEMBAYAR CUKAI

mascellyna berkata...

Nauzubillah...
Surau pertama di perkampungan terawal untuk orang Islam di Rawang...
Surau bukankah dari tanah wakaf... Bagaimana dan macammana ianya boleh terjual... Boleh dijual...
Astaghafirullah

Jack Jackal berkata...

Biasalah... tu sebab ameno kata 'beli org'.... dunia2~

Animonos berkata...

Ameno , ko ni ckap punye la panjang , pandainye macam mengalah perdana menteri , ko je la jadi pm...biar rasa skit...

Pemerhati berkata...

Lantang sgguh mulut korng yer.. Klu aku la pemerintah dr BN,lama dh aku quit biar korng rsa pemerintahan bru..apa susahnya,duit blambak dh btui x???

Dlu seingat aku la(ketika BN pegang)mana2 kawasan taman yg nk dibangunkn diwajibkn ada sekurang2nya surau.. Tp skrg apa yg ada??? Itupn korang x prsan kan?? Bangsa lain sedang tggu jer msa nk btindak.. X pcaya??tggu & lihat..

Star berkata...

kalau btol2 setiap taman ade surau, yang nk bukak hab hiburan tu bt ape, kalah surau yg kecik tu zzzz. jgn pandang satu bende, fikir mane impak lagi buruk.salam

C45T3LL0 berkata...

U are Stupid... KHAIR TOYOL !!!!

January Jones berkata...

I used to love reading your blog, but lately it's been a little boring. I'll still read it though =)

Roof Repair berkata...

Just encountered your blog at aol today and Imust say Ilike it!Bookmarked this and may be back to check it out more later.

Newark berkata...

This really solved my problem, thank you!

BioBasics berkata...

You really make it seem so easy with your introduction but I find this topic to be really something which I think I would never catch on. It seems too complicated and very broad for me. I am looking forward for your next blog, I will try to get the hang of it!